Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, February 6, 2009

Layang-layang


Ia sejenis permainan yang bermusim. Bila musim itu datang, seluruh kampung akan keluar bermain. Baik tua apa tah lagi budak-budak muda.

Permainan bermusim ini kadang-kadang banyak deskriminasinya. Ia dikatakan ada permainan untuk budak lelaki dan permainan untuk budak perempuan. Layang-layang ini di kategorikan sebagai permainan budak lelaki. Bila tiba musim ini, tiba-tiba kawan-kawan lelaki sebaya kita menjadi begitu maskulin lagi macho. Begitu juga bila tiba musim bermain gasing dan bola baling.

Tidak seperti permainan budak perempuan, ia dikatakan agak "evergreen". Kita ada main pondok-pondok, main jual beli, main buat kuih, main ting-ting, main emak-emak, main skipping dan main zero point. Ia boleh dimain bila-bila masa sahaja walaupun di waktu hujan.

Tetapi apabila habis sahaja musim layang-layang ini, mula lah kelihatan budak lelaki yang kekeringan permainan dan mengecek nak tumpang bermain. Masalahnya budak-budak lelaki ini mereka tidak begitu pandai membawa dialog ketika memainkan peranan di dalam permainan seperti ini. Contohnya, bermain pondok-pondok jadi mak, ayah, kakak, makcik, jiran dan sebagainya.

Budak-budak perempuan akan mengeluarkan dialog seolah-olah seperti skrip drama. Budak lelaki, perlu di ajar apa yang perlu dituturkan. Akhirnya...

"Kita main pengantin-pengantin lah, awak jadi pengantin lelaki."

Lalu, terlerailah maskulin dan macho mereka.


7 comments:

  1. When I was growing up, we were discouraged from flying a kite. My parents said "nanti harga beras naik". Didn't stop us tht much tho. Don't know the relation between harga beras and flying a kite, but certainly we weren't responsible of the harga beras.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    he...he..he..Roza sering mengembalikan nostalgia lama. Main perantin-perantin.
    Pakai bedak, anyaman daun kelapa dijadikan
    tanjak dan crown (kononnya).

    Kalau ada batang pokok getah yang tumbang, maka
    di situlah pelaminnya. Dihiasi dengan daun2.
    Kompang dari kulit kerang atau kulit lokan.

    Ahhh...manisnya kenangan itu kan.
    Dah tua2 ni bila terjumpa pasangan pengantin, masing2 dah beranak pinak. Gelihati pulak kan
    terkenang zaman kanak2.

    kak wati

    ReplyDelete
  3. Salam Pn. Roza,

    Dah lama saya tak menjengah blog ni. seronok baca cite2 nostalgic from you.

    Saya tersenyum sorang2 bila baca cite2 dulu nie. Keep on writting coz i will be enjoying reading it too.

    ok..take care and stay sweet,

    hasnah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Tiada apa yang istimewanya blog ini.

    Malah,saya sendiri pun tidak punya apa-apa keistemewaan, yang ada hanyalah hari semalam.

    Semalam saya yang penuh dengan kenangan. Kenangan indah yang tidak pernah padam dari ingatan (dengan izin Allah).Lalu, saya nikmati ia dengan penuh kesyukuran.

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  5. Salam Pn Roza..

    Dulu aruah mak bimbang bila musim layang2 ni..sebab waktu ni angin bertiup kencang adalah musim gugur/panas.bila pokok getah mengugurkan daunnya..maka susu getah terlalu pekat dan tidak sesuai untuk ditoreh..jadi kuranglah pendapatan..Di Johor rasanya masih banyak lagi pokok getah.cuba Pn perhatikan..

    oked

    ReplyDelete
  6. budak2 sekarang dah tak main pondok2 kot... perantin2 nih tak ada dah... samada dok depan tv atau main komputer. sungguh nostalgik zaman kecil2 dulu.

    ReplyDelete
  7. Selalu terdengar perbualan Hakimi Ben 10 dan Princess Sofea main mak-mak. Kimi sebagai anak lelaki dewasa, adik Fiqi sebagai baby dan Sofea sebagai mak.
    Sofea sampai menangis-nangis tak mahu main lagi sebab Kimi sangat annoying. hehehehe..terlebih petah! :D

    ReplyDelete