Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, June 10, 2009

Abah, pakailah diapers..


Dari Jementah ke Melaka hanya mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja, tetapi hampir setiap hentian kami terpaksa berhenti kerana abah tidak dapat menahan untuk membuang air kecil di sepanjang perjalanan. Ada ketika saya melihat beliau berkerut-kerut menahan kesakitan kerana tiada berjumpa tempat hentian.

“Abah, pakailah diapers. Tidak mengapa, biar ia beralas. Takut-takut kalau abah terlepas.”

Saya mengusik tetapi berwajah tegas. Namun, abah menolaknya. Ia bukan kali pertama abah mengalami keadaan seperti itu. Beberpa bulan sebelumnya, kami telah membawa abah ke Hospital Pakar di Damansara bagi membuat rawatan “chemotheraphy” bagi rawatan kanser pundi kencingnya. Kata doktor yang merawat, abah berada di tahap ke dua. Terdapat juga sedikit bengkak prostat. Namun, itu adalah perkara biasa bagi lelaki yang seusia abah. Sebanyak empat kali rawatan yang telah dijalani kesemuanya. Kini, sakit itu kembali.

Apabila abah ingin mengikut kami pergi menunaikan umrah, hampir setiap malam kami suami isteri bersolat hajat dan bersembahyang istiharah. Kami tidak mahu keadaan penyakit abah merebak dan menjadi penyebab terhalang perjalanan serta menambah kesakitannya.

“Jadi abah hendak pergi umrah?”

“Ya. Umur abah sudah hampir 70 tahun. Kalau ditakdirkan abah mati pun tidak mengapa. Allah telah memberikan kesihatan yang baik selama ini. Cuma beberapa bulan kebelakang ini sahaja yang diuji oleh-Nya. Apa lagi yang abah takuti, kerana rakan-rakan sebaya abah juga ramai yang telah tiada. Mati itu pasti terjadi walau dimana-mana kita pergi.”

2 comments:

  1. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup Abah Kak Roza... Abah saya sendiri sudah 77 sekarang dan Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik. :)

    ReplyDelete
  2. arwah abah saya tak sempat mencecah umur 70an. semoga Allah permudahkan abah kak roza.

    ReplyDelete