Surat perkenalan itu mengusik hati, menyentap perasaan. Saya mencari-cari tuan empunya diri di dalam diam. Saya fikir ingin menghadapinya sendirian, namun ia tidak dapat bertahan.
Akhirnya, saya berkongsi cerita sesama teman-teman.
"Dia ni pun satu..kalau ia pun hendak menyuruh orang agar surat di balas, beritahulah mana dia punya kelas. Tingkatan berapa? Hendak bagi surat ini pakai tangan ke..?"
"Ya lah..ataupun beritaulah alamat di rumah."
Teman-teman rapat memberikan tindak balas. Betul juga tu. Kenapalah saya tidak terfikir begitu. Saya memberitahu mereka bahawa surat itu diletakkan di bawah meja tingkatan 2A/2 yang digunakan oleh pelajar persekolahan disebelah pagi.
"Jika kita letakkan di tempat yang sama, ada kemungkinankah surat balasan itu nanti akan sampai ke dalam tangannya?"
"Apa kata kita bertanya kepada "Si pembersih" yang duduk di meja itu?"
"Ya Allah, awak dah gila! Macam tak munasabah bunyinya, tetapi.. jika terpaksa kita boleh mencuba."
Lalu, kami sepakat untuk menulis nota dan bertanya kepada "Si Pembersih", pelajar tingkatan 2A yang duduk di meja 2A/2. Seorang rakan beria-ia ingin menulis bagi pihak saya.Di kalangan kami, hasil tulisannya dikatakan paling hebat sekali. Kami sepakat akur. Setelah membaca berkali-kali, akhirnya beginilah bunyi surat yang dipersetujui :
Saudara Jxxxxx,
Tujuan saya menulis surat ini bukanlah untuk berkenalan dengan saudara. Jauh panggang dari api. Tetapi saya ingin bertanya sekiranya saudara tahu tentang sampul surat wangi yang diletakkan di meja ini tempohari. Kenalkah saudara tuan punya diri? Bagaimanakah cara saya boleh menghubunginya?
Dari meja tingkatan 1A/2
RR
Tujuan saya menulis surat ini bukanlah untuk berkenalan dengan saudara. Jauh panggang dari api. Tetapi saya ingin bertanya sekiranya saudara tahu tentang sampul surat wangi yang diletakkan di meja ini tempohari. Kenalkah saudara tuan punya diri? Bagaimanakah cara saya boleh menghubunginya?
Dari meja tingkatan 1A/2
RR
Keesokannya kami menerima jawapan :
Saudari,
Sekiranya saudari ingin berkenalan dengan sesaorang, janganlah sampai di lihat sebagai seorang perempuan murahan. Apahalnya hendak mendekati lelaki berkenaan? Tiada pengenalan diri, tiada alamat peribadi. Jika saya menjadi saudari, saya tidak akan berkawan dengan seorang lelaki yang sebodoh itu!
Dari meja tingkatan 2A/2
Jxxxxx
Sekiranya saudari ingin berkenalan dengan sesaorang, janganlah sampai di lihat sebagai seorang perempuan murahan. Apahalnya hendak mendekati lelaki berkenaan? Tiada pengenalan diri, tiada alamat peribadi. Jika saya menjadi saudari, saya tidak akan berkawan dengan seorang lelaki yang sebodoh itu!
Dari meja tingkatan 2A/2
Jxxxxx
Kami semua panas hati!
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteTersenyum saya bila masuk ke blog Puan arini ada entry baru......
Fuuuhhhh penuh berbisa nota "si pembersih".....
Terus menanti entry seterusnya......Telenovela paling hangat pada masa kini.....
Hanis
Salam...
ReplyDeleteKak Roza ni memang pandai stop di tempat yang suspen...terkenang cerita2 lama...bila dingatkan balik memang tersenyum sendiri...
Assalamualaikum
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu cerita seterusnya.
Nanti2 kalau part sekolah ni dah tamat, jgn lupa siri seterusnya. Perkenalan dgn. Prof.
he..he..he....
kak Wati
Saya pun naik gila di buatnya.
ReplyDeleteMKI
Erm makin menarik, tertarik dan the bomb....hehehe (tergelak bila baca komen MKI)
ReplyDeleteAlamak... si pembersih tu sangat bersih la plak minda dia... eeii.. I(tak sabao nak tunggu episod seterusnya ni...)
ReplyDeletehahhahah...tergelak....sebab Prof pon naik gila macam kami....puan mmg berbakat besar dalam penulisan....SifiPST tanak offer Puan Roza ke?...
ReplyDeletesalam roza.
ReplyDeleteteruskan dengan sambungan cite ni.makin suspen nampaknye!
p/s anak dara akak tergelak baca cite ni. mungkin pernah mengalami keadaan seperti ini!
kak jose
ohh.. pedasnya penangan si pembersih...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAlamak! MKI dah mula pantau blog ni..
So, nak tanya pada you all semua..patutkah saya teruskan cerita ini atau hentikan sahaja?
Salam Puan....
ReplyDeletehuhuhuhu....jangan hentikan puan....itu semua "hidup itu indah....kenangan cerita diri"....saya pasti prof juga memberi sokongan kepada Puan....
salam roza.
ReplyDeleteakak cadang teruskan!
kekawang yg lain camner?
kak jose
Salam
ReplyDeleteKak Roza ni bikin suspens la....
Apa kata tulis buku je? Jenuh nak tunggu endingnya ni.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNampak macam Hanis & kak Jose paling kuat sekali menyokongnya..apa kata kalau awak berdua pergi tanya MKI?
he..he..he
teruskan!! teruskan!! hehe
ReplyDeleteKak Roza... Teruskan Saje...
ReplyDeleteMKI pasti teruja... sebab tu MKI pun pusing kepala carik ending cerita diri.
Tak sabar nak tunggu kisah esok... kalau dibukukan.. lagi best!! MKI.. kasi la Kak Roza menulis...
sudah gaharu bertanya pula, takkan kak roza nak tinggalkan kami ternanti-nanti??!!
ReplyDeletepart 3 pleeeeeeeeeez!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteOk la..he..he
saya senang dengan jawapan 'si pembersih'! teruskan - hehehe ;)
ReplyDelete