Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 19, 2009

Tahalul

Saya kira, kami mengambil masa hampir dua jam untuk menyudahkan perjalanan tujuh kali berulang-alik dari Safa ke Marwah. Tanpa berlari-lari tanpa berjalan pantas.

Beberapa meter sebelum sampai sampai di bukit Marwah, kami berhenti buat sekian kali. Segelas air zam-zam lagi untuk mak. Saya melihat suami dan anak-anak melambai-lambai dan menanti kami di bukit Marwah dengan penuh kesabaran.

Akhirnya kami sampai ke garisan penamat. Suami dan anak-anak menyambut tangan saya dengan penuh kegembiraan. Abah dan Ayu juga telah berada di sana.

Di bukit Marwah, kami mula bertahalul (bergunting). Masing-masing mencapai buku, membaca bait-bait bacaan doa yang tertulis di dalamnya.

Saya meraba-raba dan mencapai beberapa helai hujung rambut di celah anak tudung kepala, lalu menguntingnya. Mak pula meminta saya mengunting hujung rambutnya sambil beliau membaca bacaan doa.

Kemudian tiba giliran Ayu.

“Kak Ngah, tolong guntingkan rambut Ayu.”

Saya meraba-raba di celah-celah anak tudungnya. Mengulangi sekali lagi. Menyingkap kain telekung, mata tertumpu ke arah anak tudungnya. Lalu, saya meletakkan gunting betul-betul rapat di kulit kepala. Serapat mungkin. Dengan berhati-hati sekali.

“Dapatkah Kak Ngah mengunting rambut Ayu? Ayu sudah tiada rambut ni..”

Sayu.

“Dapat guntingkah rambut Ayu?”

Tanya Ayu berkali-kali.

“Ya..Dapat Ayu.. dapat. Banyak sekali.”

Saya menyuakan secubit rambut-rambut halus ke arahnya. Tidak terkata. Tanpa disedari ada air berkaca di mata. Mengalir perlahan tidak dapat di tahan..

10 comments:

  1. Salam. Kak Roza, bukan akak sorang saje yg mengalir air mata. Saya juga... orang luar yg x pernah bersua dgn kak ayu juga kak roza. Semoga Allah mengurniakan segala yang terbaik utk Kak Roza dan Kak Ayu sekeluarga - mariam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    .....sebaknya....





    Kak wati

    ReplyDelete
  3. doa saya semoga k ayu kembali diberi kesihatan dalaman dan luaran yang baik oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Roza & Kak Ayu.....

    Somoga Kak Ayu kembali sihat selepas niee....
    Laju jee air mata mengalir baca entry puan pada kali ini

    Hanis

    ReplyDelete
  5. salam roza dan ayu,

    bersabar banyak2 ye ayu. semua ape yang berlaku ade hikmah di sebaliknye.

    kak jose

    ReplyDelete
  6. kak Roza,
    Dah berbelas tahun saya tak jumpa Ayu. Sehinggalah FB mengingatkan saya dan menemukan kami semula di alam cyber. Terkejut bila tahu yang dia sakit. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Ayu.Diberikan cubaan untuk Ayu lebih mengingatiNya. Dan menerima kasih sayang yang tak terhingga dari orang sekelilingnya terutama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Ya. Doakan yang terbaik untuk Ayu dan keluarganya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

    ReplyDelete
  8. salam kak roza..

    saya kawan aku semasa di sek keb agama segamat. Terima kasih kerana berkongsi cerita ttg ayu. Dpt juga suria tahu kisah dia dari sudut yg berbeza. Mmg kami semua sayangkan dia. Sedih dan macam2 perasaan ada.

    ReplyDelete