Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, June 15, 2009

Terima kasih, Allah.

Bimbang, gentar dan berdebar-debar.

Itulah perasaan semasa memulakan perjalanan ke tanah suci Mekkah. Apatah lagi bersama saya adalah suami, anak-anak lelaki, mak yang semakin uzur, abah yang menghidapi kanser pundi kencing dan adik Ayu yang menghidapi kanser payudara.
Ada alasan, banyak perkara yang saya perlu bimbangkan. Hati! Saya boleh mengunci mulut agar tidak berkata-kata tetapi, tidak untuk hati! Ia sentiasa berbicara. Tanpa henti. Walaupun mata ini telah tertutup namun, 'Hati' masih berjaga.

Terima kasih, Allah.

Kerana sepanjang kami menunaikan umrah,
Dia mengawal kadar kekerapan buang air kecil mak dan abah.
Kerana di dalam kesakitan,
Ayu mampu senyum dan menarik nafas lega,
Kerana di dalam persimpangan,
suami dan anak-anak bahagia menbawa haluan sendiri

Terima kasih, Allah.

Kerana membawa pulang kami kembali ke tanah air ini.
Muga pulang kami membawa erti.
Muga kami menjadi lebih beriman dan bertakwa di sisi-Mu,
Lebih merasa kehinaan diri
Sesungguhnya kami datang dari-Mu, kepada-Mu jua kami akan kembali.

2 comments:

  1. alhamdulillah, syukor pada Allah semuanya selamat, namun jauh disudut hati, masih terasa kelazatan dan kenikmatan beribadat dibumi Allah yang dimuliakan.Betapa syahdu, nyaman dan kerdilnya kita disisi Allah.Tiada kata yang sesempurna untuk diucapkan dan digambarkan. Hanya mereka yang mengalami yang mengetahuinya.Semoga ibadah puan dan keluarga mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin

    ReplyDelete
  2. Maha Kaya Allah! Perjalanan hidup lebih bermakna apabila diuji kerana hanya dengan itu dapat kita nikmati keagunganNya. Semoga Allah memberkati keluarga kak Roza sentiasa.. :)

    ReplyDelete