Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 12, 2009

Kosong

Kosong!

Itulah gambaran perasaan yang saya alami sejak pulang dari menunaikan fardu haji dua tahun yang lepas. Segala perasaan takut dan bimbang, keluh kesah, gundah gulana, pahit derita , suka duka dan segala-galanya telah saya lepaskan...

Di bawah lembayung Kaabah..
Di depan Multazam
Di Hijir Ismail
Di Safa dan Marwah
Di Raudhah...

Ia terluah dengan iringan air mata bersama kumitan bibir yang berbisik, hati yang berkata-kata. Dilepaskan sambil berjalan, ketika sujud, ketika tangan menadah ke awan, baring mengiring dan tidur terlentang..

Saya kira ia tidak berlaku lagi ketika melakukan ibadah umrah pada kali ini. Tidak rupanya! Himpitan perasaan lebih hebat. Kalaulah saya dapat kongsikan perasaan dan pengalaman dengan menjemput rakan taulan, sanak saudara untuk datang ke sana. Alami sendiri. Rasa seperti apa yang dirasa..

"Ya Allah, berikan daku sedikit ilham untukku catitkan sekelumit perasaan tentang kasih sayang dan kehebatan-Mu yang telah diberikan kepadaku. Dalam takut dan gentar..Ya Allah, Kau banyak memberikan tunjuk ajar!"


"Ya Allah, Berikanlah rezeki kesihatan, rezeki kewangan dan rezeki kelapangan masa kepada adik-beradikku, sanak saudaraku dan rakan taulanku. Dibukakan pintu hati.. Jemputlah mereka, agar mereka dapat mengalami dan merasa seperti apa yang diriku rasakan.. Melihat kebesaran-Mu dan kehebatan-Mu. Ya Allah, Tunaikanlah segala doa dan makbulkanlah segala permintaan!"

Amin..

5 comments:

  1. Amin, moga-moga doa mu diperkenankan ALLAH. Terima kasih kerana mendoakan semua. Saya pun sangat merindui Mekah dan Madinah, sukar nak diluahkan dengan kata-kata tahap kerinduan itu. Saya memohon rahmat ALLAH agar DIA izinkan saya ke sana semula; memuja kebesarannya, beribadat kepadaNya.

    ReplyDelete
  2. amin,

    teringin lagi saya untuk pergi ke sana, pertama kali pergi, dengan anak sulung yang masih kecil setahun lima bulan. Entah sempurna entah tidak, yang pasti perasaan rindu sentiasa membuak2 hanya Allah yang tahu....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zaidah & Melati,

    Pernah sekali saya 'terperangkap'(?) di dalam hijir Ismail di bawah cucuran emas,hampir sejam lebih..

    Disitulah, saya mendoakan untuk semua. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil urusan dunia..Daripada lebat bercucuran sehingga kering air mata.

    Setelah puas, saya berhempas pulas untuk keluar..diiringi seorang Sheikh arab yang berbadan besar.

    Subhanallah. Itu kerja Allah.

    ReplyDelete
  4. Slm pn roza, masyaALLAH..kagumnya sy dgn kebesaran Allah, teringin sgt nak menjejaki bumi Allah tapi entah bila akan termakbul..menitis airmataku sbb terasa tharu dgn pgalaman orglen jer..

    ReplyDelete
  5. amin. moga doa akak dimakbulkan ALLAH. ceritalah lagi pengalaman akak di tanah suci.Saya tidak jemu mendengar tentang mekah, madinah, haji, umrah, kebesaran ALLAH, kasih sayang ALLAH. Benar saya juga berperasaan yang sama tatkala pulang dari jemputan ALLAH itu. sungguh istimewa ibadat haji dan umrah ini.

    ReplyDelete