Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, February 22, 2010

Argos

Dorongan kebendaan begitu kuat di dalam diri saya. Apatah lagi, kami baru sahaja memulakan sebuah kehidupan berumahtangga. Keperluan seperti pinggan mangkuk, barangan eletrik, utensil, cadar, alas meja dan sebagainya menjadi tumpuan hati saya.

Rupanya hati tidak tenteram apabila setiap kali menyorong anak menyusuri kaki jalan di sepanjang kedai di High Street. Setiap kali terpandangkan susunan barangan yang dipamerkan di dinding kaca luar kedai, angan-angan menjadi panjang.

“Ya Allah, cantiknya jika pinggan mangkuk itu di susun begitu rupa di atas meja di rumah saya. Oh..set sudu dan garfu serta senduk akan ku dapatkan jenis seperti itu. Ah..alas pinggannya akan diletakkan seperti yang dipemerkan”


Kadang-kadang ia terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Malah, gelodak hati semakin melampau kerana angan-angan dan impian itu juga mampu menganggu kekhusyukan solat ketika menghadap ilahi. Melampau!

Berhadapan superstore tempat saya bekerja terdapat sebuah kedai katalog bernama ARGOS. Susunan dalamannya amat ringkas sekali. Barangan tertentu sahaja yang dipamerkan di dinding. Namun, jika pembeli inginkan sesuatu barang, ia boleh di rujuk di dalam katalog.

Terdapat segala jenis barangan dari sekecil-kecil barang seperti pemutar skerew, mainan anak patung sehinggalah jongkang-jongkit, gelungsur, set sofa, set bilik tidur dan khemah besar untuk perkelahan.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan merujuk sebuah katalog yang tebal, menuliskan keperluan di dalam borang dan membuat pembayaran. Barang akan diberikan dengan polisi jaminan boleh dipulangkan di dalam masa 14 hari sekiranya pulang ke rumah nanti kita berpaling hati.

Sekiranya di dapati terdapat sebarang kecacatan atau hati tidak berkenan, pembeli boleh sahaja terus memulangkannya di dalam tempoh yang di beri tanpa risau mencari alasan agar duit dapat dikembalikan. Mudah sahaja mendapat jaminan balik wang tanpa bersoal jawab dengan pekerja kedai. Katakan sahaja;
“Oh..saya tidak menyukainya..”

6 comments:

  1. ya Allah.. benar dugaan jika berjalan di high street

    ReplyDelete
  2. Salam Roza

    Nampaknya keadaan di Manchester pun sama juga, ada Argos, ada Oxfom..saya juga rajin merayau bawa pushchair kembar! Saya bersalin 2 x di sana!

    ReplyDelete
  3. Sambung lagi..

    Ramai kawan2 yg berkerja di sana..paling2 pun diaorang jual nasi lemak..duit byk bila di kali dgn duit Malaysia!
    Yg hebat bila ada kawan kerja sebagai tukang buang chop made in china kepada made in England!Tipu betul!

    ReplyDelete
  4. hmmm

    Yg hebat bila ada kawan kerja sebagai tukang buang chop made in china kepada made in England!Tipu betul!

    ni pun ade... tak sangka. satu pengalaman.....
    indah....

    ReplyDelete
  5. Kak Roza,
    Saya teringat sewaktu undergraduate dulu, memang ramai kawan2 yang 'pinjam' barang dari Argos. Biasanya budak2 lelakilah. Wordprocessor 'dipinjam' dan dipulangkan selepas siap assignment. Camera pun 'dipinjam' selepas pulang bercuti. Sayang ya, bila kemudahan disalah gunakan... 'Honesty is the best policy?' Hampeh...

    ReplyDelete
  6. Katalog Argos paling disukai oleh suami dan anak kecil saya satu ketika dulu :) dan suami siap bawa pulang untuk kenangan katanya... Ramai peminat Argos ni ye...

    ReplyDelete