Suatu hari saya singgah untuk membeli ikan.
Semasa membayar, mata saya terpandang seketul kepala ikan salomon yang agak besar. Terfikir di dalam hati alangkah sedapnya jika di buat kari. Pernah juga rakan-rakan menyatakan bahawa orang putih selalunya akan membuang kepala ikan. Mereka hanya memakan isinya sahaja. Jadi apa yang mereka buat dengan kepala ikan itu?
Sedang berbagai perkara bermain di fikiran, tuan kedai memerhati ekor mata saya. Tidak semena-mena beliau bertanya:
“Awak berminat dengan Cat fish?”
“Ya. Berapa harganya?”
“Percuma”
Petang itu, saya tidak sabar menunggu suami pulang untuk berkongsi cerita. Suami turut hairan mendengarnya namun tumpang gembira. Esok malamnya beliau meminta saya memasak lebih untuk menjamu rakan-rakannya yang belum bekeluarga.
Lalu, Cat fish itu dijadikan kari kepala ikan. Di Malaysia, seketul kari kepala ikan mahu rasanya mencecah 50 ringgit Malaysia. Di Scotland, ia percuma!
Di dalam kepala saya tertanya-tanya kenapa kepala ikan jenis solomon itu dinamakan Cat fish? Padahal ia langung tidak menyerupi kepala kucing.
Kami juga menjemput sebuah keluarga jiran di blok apartment berhampiran. Mereka adalah pelajar dari Malaysia yang sedang meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran.
Kami juga menjemput sebuah keluarga jiran di blok apartment berhampiran. Mereka adalah pelajar dari Malaysia yang sedang meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran.
“Awak tahu tak, orang putih kata cat fish tu makanan untuk kucing..he.he”
“Ya ke kak Ida? Alah, kita semua ni pun kucing juga. Kucing kepala hitam!”
Kisah kepala ikan percuma cepat tersebar di kalangan isteri rakyat Malaysia yang belajar di sana. Beberapa minggu kemudian, saya sekali lagi pergi membeli ikan makerel serta bertanyakan tentang kepala ikan sekiranya ada.
“Oh kepala ikan. Hendak buat masak kari ya? Hari ini ia telah di tempah oleh beberapa orang dari Malaysia. Jika awak mahu, esok saya simpankan. Harganya cuma 50 pence sahaja”
Salam Puan,
ReplyDeleteKat Canada dulu senario sama tapi lepas tu terus jadi mahal sampai tak mampu nak beli.
Dah ramai org malaysia yg beli agaknya...tu jadi mahal..:-)
ReplyDeleteAda kajian mengatakan makan kepala ikan ni tak baik untuk minda. Bagi kanak2 akan menyebabkan susah mengingati pelajaran. Bagi orang dewasa pula, cepat menjadi nyayuk & hilang ingatan. Tak silap hadis tak gallakkan makan kepala ikan ni. Tu sebab si Maahad Tahfiz, pelajar diberi makanan2 sunnah (kismis, badam, kurma dll).
ReplyDeleteSaya di North Carolina dulu pun sama.Tmpt kami mmg mewah dgn hasil laut, dapat lagi kepala ikan percuma; tapi org sana tak tau kita buat kari, kami cakap nak bagi makan kucing.. jadinya kucing2 kepala hitam kat sana dpt kepala kan free selama 2 tahun lebih!
ReplyDeletesalam~
ReplyDeleterasanya tak de nas atau hadis yang mengatakan makan kepala ikan jadi pelupa. Tapi kalau ada minta nyatakan sanad dan perawinya....maaf bebanyak.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
Namun, jika sahih haram atau makruhnya..hindarkan.
Maksu,
ReplyDeleteSalam semua,
Penjelasan sahabat "mat salleh" yang saya ingat sampai sekarang " I can't eat anything that is looking back at me" Sebab tu tak makan kepala ikan.
Bila beli celery pun selalunya daunnya dipotong. Terkejut mula2. Dah angan2 nak buat macam daun sup tapi trus dipotong sebelum dimasukkan dalam beg.
Kulit dan kaki lembu (di kalangan orang jawa dan kini diterima kebanyakan orang kita) dahulunya tiada harga, tetapi sekarang sudah terjual di pasar.. Puan pernah makan kulit lembu? saya dah jadi penggemar pula, walaupun dahulunya bertanya 'halal ke?"..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz Nawawi,
ReplyDeleteKulit lembu? Cuba bawa semangkuk ke ofis gak..boleh kita pakat-pakat rasa..
Arwah Bapa mertua saya pernah bakar kaki lembu, di kikis kulit dan ambil isinya untuk dibuat sup. Memang sedap!
Roza,
ReplyDeletekt sini pun sama,dulu free now kena byr lepas ramai pergi serbu tanya.