Semasa kami di jemput menghadiri makan malam di rumah rakan-rakan, antara topik yang paling digemari oleh para isteri adalah barangan hiasan. Setiap hiasan rumah dari sebesar-besar hinggalah sekecil bunga batu akan menjadi topik perbualan.
Sebagai seorang isteri yang paling muda, saya hanya memasang telinga. Mereka akan bertukar-tukar maklumat dengan penuh minat. Memberi tips-tips yang hebat. Memberitahu tempat-tempat di mana mereka boleh mendapatkan barangan hiasan yang baru, prestige tetapi murah. Jawapannya adalah di Car Boots Sales [dikenali sebagai CBS atau Jualan bonet kereta]
Walaupun kakak-kakak yang berpengalaman itu menerangkannya, namun sukar bagi saya memahaminya. Mereka akan menyebut tentang jenama, koleksi design serta jenis barangan tertentu yang dikatakan amat bermutu.

“Tenguk ni Kristal akak dapat di CBS St.Andrews, jenama XXX. Kalau beli di Malaysia harganya RMxxx. Mahal”
Kakak A berkata dengan wajah yang ceria serta penuh bangga. Saya memerhatikan perubahan di muka kakak-kakak yang lain. Terkelip-kelip malah ternnganga mulut mereka. Seolah-olah kakak yang memberitahu tadi telah menemui sesuatu yang amat bertuah sekali. Saya dapat merasakan terdapat sedikit getaran perasaan iri di dalam hati.
Malah ia seolah-olah satu pertandingan di antara mereka. Jika si A mendapat sebuah barangan yang masih cantik dan baru di CBS di daerah X, minggu hadapan si B dan si C akan berlumba-lumba mencari barangan yang sama serta pergi lebih awal pagi lagi. Sebentar sahaja berita itu akan tersebar di kalangan melayu Malaysia!
Teruja dengan cerita rakan-rakan, saya dan suami mengambil keputusan untuk mencari pengalaman.
“Car Boots Sales” selalunya diadakan di hari minggu. Ia terletak di lapangan padang yang luas terbentang berhampiran ladang ternakan biri-biri pada musim panas. Ia seumpama suatu perkelahan yang besar lagi meriah. Ketika musim luruh dan musim sejuk, selalunya ia akan diadakan di dalam kabin, di dewan atau di tempat-tempat yang tertutup.
Penjual yang datang terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah peniaga yang sememangnya berniaga barangan terpakai. Kumpulan kedua adalah individu yang benar-benar ingin menjual barangan mereka yang tidak lagi digunakan atau yang tidak dikehendaki oleh mereka dengan tidak menetapkan harga. Barangkali hadiah yang di terima telah mereka miliki. Sebab itulah mereka menjualnya.

“Ya Allah. Kad ucapan selamat hari jadi pun masih ada lagi di dalam kotak ini!”Kali pertama saya melihat “Car Boots Sales” ia umpama seperti sebuah karnival jualan barangan terpakai. Rata-rata mempamerkan barangan yang [pada pandangan mata saya] telah lusuh, design lama, teknologi terdahulu dan barangan koleksi. Namun, bagi mereka yang menghargai barangan lama, ia mempunyai nilai estitika yang tidak ternilai harganya.
Para peladang menjual cangkul, parang, mata bajak dan berbagai alatan terpakai mereka. Para ibu yang mempunyai anak-anak yang mulai membesar akan menjual pakaian atau alatan mainan anak-anak yang sudah tidak sesuai dengan usia semasa mereka. Ada juga yang menjual novel, majalah, karpet, set pinggan mangkuk, periuk dan segala jenis barangan yang sudah tidak mengikut trend semasa.
Subhanallah! Kadang-kadang saya menjadi hairan bagaimana barangan atau peralatan yang masih bagus dan baru itu telah di jual oleh mereka. Lalu saya mendengar jawapan mereka;
“Oh! Warna dan bunga pada set pinggan mangkuk itu adalah design lama [setahun atau dua tahun lepas]. Itu sahaja sebab kenapa kami menjualnya”Begitu juga dengan fesyen-fesyen pakaian yang di jual oleh mereka. Ia juga dikatakan kerana tidak mengikut trend semasa. Pakaian musim sejuk tahun ini tema warnanya berbeza dengan tema pakaian musim sejuk pada tahun lepas. Saya melihat mereka seperti menghambakan diri kepada perhiasan dunia dengan alasan mengikut trend semasa.
Saya melihat mereka beria-ia dan begitu mengemari perhiasan dunia. Ia dipaparkan di majalah, di media malah di serata pelusuk tempat. Lalu, saya membayangkan bagaimana perasaannya jika ia dilihat oleh orang yang duduk merempat. Maka, barangan terpakai seperti itulah yang di beli oleh mereka;
“Ada yang berseru [Malaikat]: “Biarkanlah dunia itu untuk pengemarnya, biarkanlah dunia itu untuk pengemarnya, biarkanlah dunia itu untuk pengemarnya! Barang siapa yang mengambil dunia melebihi keperluannya, nescaya ia akan menemui ajalnya dalam keadaan yang tidak ia sedari.” (Hadis riwayat Bazzar)
Namun, lama kelamaan saya juga menjadi sebahagian daripada kakak-kakak itu. Ketagih “Car Boots Sales”. Ia seperti candu yang penagih telah tahu buruknya. Apakan daya, jika tidak dapat disedut, di hidu pun sudah cukup menghilangkan ketagihannya.
Suatu ketika, kami menziarahi sebuah keluarga yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat 3 tahun pengajian. Mereka di jangka akan berangkat dalam masa seminggu lagi. Subhanallah! kotak-kotak, barangan eletrik serta kelengkapan dapur hampir sahaja tidak membenarkan kami masuk ke rumah mereka. Salah satu barangan adalah troli untuk dibawa pulang. Apabila di tanya, ini jawapannya; “Alah! 50 buah sahaja. Murah. Akak beli di CBS”

Salam Roza..Tkasih bawak tajuk ni...berbagai kenangan yg kdg2 melucukan..
ReplyDeleteBila fikir balik buat apalah byk2 troley tu...sudahnya tersadai kat sana sini....
Mama pun terkena perihal troley ni..tak de le dpt di CBS ..sebab kat situ kena berlumba dgn org lain.
Tapi takut bila baca hadis tu....Ya allah ampunkanlah dosa2 kami...
Salam,
ReplyDeleteterus setia menanti buku penulisan puan
Nak buat ape ye troli byk2. Jual ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang sudi untuk membaca manuskrip yang diwar-warkan tempohari. Jika boleh, ingin rasanya mengirimkan kepada semua.
Namun, saya membuat pilihan mengikut ketentuan tuhan.
Terus terang, sebenarnya saya merasa amat kerdil dan malu kepada diri sendiri apabila ada beberapa penerbit besar yang sudi menerbitkan tulisan saya.
Namun, sekali lagi saya membiarkan ia menurut ketentuan-Nya.
InsyaAllah, Jilid 1 dikatakan akan diterbitkan serta berada di pasaran semasa Pesta Buku yang akan datang.
Mahasuci Allah yang lebih mengetahui segalanya.
kak roza,
ReplyDeletesemua pelajar yg dah pulang ke malaysia memang akan nasihatkan yg masih di perantauan supaya jangan bershopping sakan. Saya pun mengingatkan diri saya & kawan2 begitu - terlalu seronok membeli barangan 'overseas'. Di Malaysia banyak brg cantik2 dan ekonomi lebih baik. Sikit2 boleh la buat kenangan...;)
Kak roza,
ReplyDeleteNanti di Pesta Buku KL, akak ada hari yang keberapa? Kalau boleh nak dapatkan tandatangan kak roza pada buku terbitan tu. InsyaAllah kita jumpa di sana bulan Mac.
Inshaallah kalau tak ade aral melintang sy pun nak pegi nak jumpa puan sekali..
ReplyDeleteSalam Kak Roza,
ReplyDeleteApe Khabar? Kita pernah jumpa di Leicester, duduk belakang akak masa Prof berucap. Ada juga baca beberapa artikel akak. Merehatkan minda masa2 lunch, dr mengadap kerja2 experiment ni...
CBS ni mmmgle menyeronokkan, especially masa summer... kengkadang tak tahu ape nak carik... tp bila p rumah kwn2, diorang ckp, kumpul itu ini... cantik plak tgk...;)
Walauapapun... saya cuba menahan godaan CBS ni....jgn sampai membazir...
Ok kak.. jumpa lg...n Take care... Wassalam...
Bagus tu daripada simpan barang2 banyak2 dirumah dan tidak digunakan lagi lbh baik dijual murah kpd org lain yg memerlukannya. Saya sokong sangat idea car boot sales ni.
ReplyDeletekat malaysia mana selalu mrk buat car boot sale...
ReplyDeletenak join ada contact tak,... sape ada..