Ramai juga rakan-rakan pelajar bujang yang nakal menceritakan bagaimana mereka membeli kamera atau video untuk merakamkan sesuatu percutian singkat di musim panas.
Seminggu kemudian mereka memulangkannya seperti keadaan asal. Siap di dalam kotak bersama resit sebagai bukti pembelian. Kaedah itu mereka namakan sebagai “Pinjam sebentar”.
Katalog ARGOS itu pasti ada di setiap rumah rakan-rakan sesama negara. Setiap kali berkesempatan untuk berjumpa atau datang berziarah, katalog dan barangan yang ada di dalamnya akan menjadi bahan cerita.
Kami bukan sahaja bercerita tentang barang yang kami ingin dapatkan di dalam katalog itu, tetapi kadang-kadang lebih kepada merenung tentang sikap diri, perlakuan serta perbezaan budaya. Kepercayaan keagamaan yang di pegang tidak melambangkan perilaku sesaorang. Sejauh manakah kejujuran kita?
kadang-kadang kami dapati bangsa mereka jauh lebih telus dan jujur berbanding dengan kami yang sejak dari kecil di asuh dengan didikan Islam. Perbuatan yang dilakukan oleh setengah di antara kami langsung tidak menggambarkan nilai agama yang telah turun-temurun menjadi anutan ibubapa.
“Sengaja memulangkan kembali barang yang telah di pakai, tidakkah kita telah melakukan suatu dosa? Mudah-mudahan mereka telah meminta ampun kepada Allah kerana kenakalan mereka ketika remaja…”
Bukan itu sahaja, kami juga kagum dengan kejujuran pekedai menjual sayuran dan buah-buahan segar. Bayangkan cauliflower masih disaluti dedaun hijaunya. Lobak merah masih bertangkai dengan dedaunnya yang berumbai.
Pernah suatu ketika, saya membeli beberapa biji apel masam [dikenali sebagai Granny apple] untuk dijadikan inti pie. Di dalam keadaan tergesa-gesa serta kewangan yang terhad, saya mencapai sebungkus anggur hitam yang telah diasingkan daripada anggur segar yang tangkainya masih kelihatan hijau. Pada fikiran saya barangkali harganya akan lebih murah berbanding anggur yang masih bertangkai dan berdaun segar.
Dua perkara yang menyentuh hati saya. Pertamanya, sambil melemparkan senyuman manis, penjaga kaunter bayaran membelek satu persatu apel yang di beli. Kemudian berkata:
“Apel ini terdapat sedikit lebam di sudut ini. Mahu saya
dapatkan yang lebih segar untuk awak?
“Bagaimana awak dapat tahu?”
“Ia terasa lembut di bahagian itu”“Oooo..”
Saya langsung tidak perasaan terdapat sedikit tanda lebam. Biasanya tanda seperti itu rata-rata tidak asing keadaannya di mana-mana kedai buah di Malaysia.
Keduanya, apabila pekedai itu menawarkan buah anggur yang saya capai tadi untuk diberikan secara percuma. Kenapa?
“Ooo..tangkai anggur itu telah kering”Barangkali di daerah saya anggur seperti itu masih lagi dijual dengan harga yang sama. Malah, walau terdapat sebiji dua yang telah benyek dan busukpun harganya tetap utuh dan tidak akan jatuh!
salam kenal
ReplyDeletewah saya tetiba rasa setuju dengan tulisan awk.beto2 terjadikan.
Salam sejahtera Puan Roza,
ReplyDeletelama saya menjadi silent reader..tapi kali ini saya sangat-sangat bersetuju dengan puan. Semasa saya menuntut di USA juga, saya dapati sikap mereka yang bukan penganut Islam lebih mempunyai ciri2 Islam daripada penuntut2 Malaysia yang rata-rata mengaku Melayu dan beragama Islam...
Di USA juga tidak ada masalah untuk memulangkan kembali barangan yang kita beli jika kita tidak berpuas hati dengan barangan tersebut setelah di bawa pulang...
lalu sikap2 ini terbawa2 semasa saya baru pulang ke Malaysia setelah 6 tahun berada di USA... kali pertama membeli barangan elektrik untuk rumah..selepas di bawa balik di dapati barangan tersebut tidak berfungsi dengan betul..lalu saya membawa kembali ke kedai beserta resit pembelian... apek kedai bermati-matian tidak mahu menerima kembali walaupun disertakan dengan resit dsb... lalu saya "bergaduh", maksud saya "bertekak" mempertahankan hak saya sebagai pembeli...
akhirnya apek tersebut mengalah... tapi selepas itu saya dapati semua kedai menyertakan resit dengan tertera ayat "Goods sold are not returnable" ... di manakah hak kita sebagai pembeli??
Salam Roza
ReplyDeleteSaya pun terkilan ramai yg buat buat macam tu..diaorang tak rasa bersalah ke...Argos mwmang femes..
Marilah kita sama2 bermuhassabah diri. Pastinya tiada kesilapan di dlm ajaran Islam. Bukan hanya berkaitan kejujuran, kebersihan yang dikatakan sebagai sebahagian dari iman juga sukar diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam di seluruh pelosok dunia. Lalu di manakah silapnya kita?
ReplyDeleteorang kafir lebih jujur dari orang islam... buat malu je...
ReplyDeletesalam sis Roza,
ReplyDeletealhamdulillah dalam dunia bukan islam mereka amat memlihara kejujuran. satu tamparan buat kita bermuhasabah...
kenapa dan mengapa terllu payah utk kita jujur dan sedekah..apakah suasana kita akan terus begini....semuga ada harapan .
sekadar berkongsi , saya setuju dan sesuatu yg mnghairankan tika diberlin 2001, kami kehilangan sesuatu kamera ..tpi boleh menuntutnya di centre sperti brg2 hilng dan dituntut. Ini kerna, jika sesorang itu terjumpa, lazimnya akan dihantar kesini..walaupun berbeza bahasa tapi hatimereka tetap sama...kenapa tidak kita seperti mereka di segi ini...?
:)
ReplyDeleteSalam perkenalan Puan Roza,
ReplyDeleteEntri Puan Roza kali ini sungguh menarik, padat dan mengandungi banyak mesej untuk kita renungi bersama. Sayang sekali ada di antara rakan-rakan Melayu/Muslim kita yang 'bersikap sedemikian' dan 'tidak ada perasaan bersalah/akauntabiliti). Di mana agaknya silap cara pendidikan kita terutamanya orang-orang Melayu yang bersikap 'acuh tak acuh'. Diharap ramai yang mahu bermuhasabah dan memperbaiki sikap. InyaAllah semoga kita menjadi lebih perihatin.
Salam hornat,
Sharifah A
Austria
Betul puan, Supervisor saya lebih 'Islamik' dr saya...
ReplyDelete