Di Dundee, Scotland saya menghantar Sara ke playgroup bagi anak-anak warga universiti.
Sementara menunggu anak-anak pulang, kebanyakan ibu-ibu dari negara luar akan di pelawa ke kelas belajar memasak. Masakan dari rakan-rakan berlainan negara. Setiap peserta di minta mengajar sejenis masakan popular dari negara mereka.
Saya belajar membuat pizza dan pasta daripada rakan dari Italy. Mendapat resepi Steak dari US dan Australia. Pelbagai kek dari England. Mee dan Popia dari Hong Kong. Sejenis roti pita masakan dari Spain. Saya? Saya mengajar mereka masak nasi goreng kampung dan goreng keropok ikan.
Saya bawa bahan-bahan mentah dan rencah yang sudah siap-siap ditumbuk dari rumah serta sudip dan kuali sendiri. Saya mulakan dengan mengoreng keropok ikan yang di bawa khas dari Malaysia. Mereka kagum melihat kepingan keropok mengembang serta merta!
Nasi goreng kampung saya campurkan rencah ikan bilis dan sebiji lada untuk perasa. Apabila sudah masak, sebagai penyeri saya teburkan telur dadar yang di gulung nipis dan dihiris-hiris, sedikit bawang goreng, hirisan lada merah dan daun saderi. Kemudian kami makan beramai-ramai.
Terdapat juga kelas renang, kelas kelab catur dan berbagai lagi aktiviti yang di atur untuk isteri-isteri pelajar pasca Ijazah dari negara luar. Saya hanya berminat untuk mengikuti kelas kek dan sugar craft. Namun, hanya berkesempatan menghadirinya hanya untuk beberapa kali sahaja.
Di sana, saya bertemu dengan seorang Malaysia berketurunan cina yang telah berumah tangga dengan rakyat tempatan. Suaminya adalah seorang professor di University Of Dundee. Dengan kereta mini coopernya, beliaulah yang membawa saya melihat-lihat keadaan di sekitar Dundee. Beliau juga memberitahu di mana tempat-tempat barangan boleh di dapati dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Apabila beliau ingin membeli barangan keperluan rumah, pasti saya akan dipelawanya. Kami minum teh terlebih dahulu sebelum beliau pergi berbelanja. Beliaulah membuka mata saya untuk melihat kebendaan dunia! Diam-diam saya mengkaguminya.

“Ya Allah, seronoknya menjadi isteri seorang professor..boleh memandu sendiri sebuah kereta mini. Bila-bila masa sahaja boleh bebas pergi berbelanja di mana sahaja. Ada wang semua boleh pegang, ada duit semua boleh cuit”
Beberapa bulan pertama di Scotland, rasanya bukan sahaja seperti pergi berbulan madu tetapi lebih kepada suatu percutian keluarga yang panjang. Banyak sekali tempat yang menarik yang tidak pernah terlintas di hati seorang anak kampung untuk menjejakkan kaki serta melihatnya.
Namun, sepanjang percutian itu saya sering di rasuk dan berperang dengan hawa nafsu bisikan syaitan. Ia mengambarkan seolah-olah setiap barang yang di lihat terlalu cantik di pandang mata. Mempersona. Lantas, nafsu membuak-buak untuk memilikinya. Terpengaruh dengan persekitaran, rakan-rakan serta cara hidup penduduk di sana. Syaitan mula mengalakkan saya memasang angan-angan untuk memiliki harta kebendaan dunia.

“Ya Allah.Cantiknya.. Pinggan mangkuk jenis seperti itu masih belum ada diMalaysia. Terlanjur berada di UK, tidak patut jika tidak membelinya”Saya ingin dapatkan bekas hidangan makanan silverware seperti jenama Queen Anne, pinggan mangkuk yang cantik lagi menarik seperti Royal Doulton, kasut jenama Clarks, tekstile menarik dari Laura Ashley, kain langsir lace, bunga batu, bekas kristal dan berbagai lagi.
Lalu saya terfikir, alangkah baiknya jika ada sedikit wang di tangan kerana barangan yang ada di depan mata amat-amat mencengkam perasaan!
Setiap hari saya semakin tidak sabar menanti suami pulang untuk bercerita dan bercerita. Selalunya belumpun sempat sampai kesudahan cerita sedar-sedar sahaja ada dengkuran kuat memecah suasana!
hehe... wanita dengan kisah shopping amat membosankan lelaki!
ReplyDeletebestnya baca cerita-cerita anda... seronok dan lucu... jangan marah saya menyinggah...
ReplyDeleteakak,
ReplyDeletesaya berangan-angan nak pergi oversea kerana tertarik dengan pengalaman kawan-kawan dan gambar-gambar mereka semasa di sana. tentu seronok kan! boleh bawa anak2 dan suami main di taman bunga yang mekar, besar2, bermain salji..melihat bangunan klasik yang unik..
Laila
akak,
ReplyDeletebestnya kalau saya dapat jumpa dengan akak dan prof! kalau dekat nak sangat belajar memasak segala yang akak tahu tu, le jamu suami dan anak-anak..tentu seronok kan!tapi saya di shah alam, akak dah pindah ke segamat...
laila
Laila
Assalamualaikum
ReplyDelete'Ada wang semua boleh pegang, ada duit semua boleh cuit'
Ayat yang best....Alhamdulilah Allah beri mata.
tengok je le.
(he..he..he.. gurau je Roza)
Kak wati
Puan Roza....
ReplyDeleteSemua wanita ada naluri pada kebendaan....hendak buat camana...nafsu yang bertapiskan akal dan iman je yang boleh meredakan kehendak.
Salam Roza...
ReplyDeleteMasa kat sana saya pun terpengaruh dgn benda2 tu...tapi tak byk le membeli sebab tak pegang duit!
Ada pengalaman dgn car boot sale?...ceritalah...berebut melayu sama melayu masa tu cari troley glamur..!
Saya juga ada memasang angan-angan untuk pegi oversea bersama suami..:-D
ReplyDeleteAssalamualaikum mama ju
ReplyDeleteCar Boot sales? Ha..ha..memang ada cerita.
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteLama mengikuti, cuma tak kesempatan menyampuk :-) Seronok baca cerita2 akak. Kalau mengikut suami mungkin saya pun akan ada perasaan begini. Tp sbb saya yang belajar maka kurang sgtlah perasaan itu. Lgpun saya mmg kurang minat kpd item2 domestic household. Bila dah lama2 di Australia ni, saya tgk pun kdg2 ada brg2 yg lebih elok buatannya di Malaysia. Mungkin saya belum teruja...:-)