Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, February 28, 2010

Ladies Day Out

Tepat jam 3 petang pintu dibuka. Suami isteri mempersilakan saya duduk di ruang tamu. Si isteri melayan saya sementara si suami ke dapur.

Sebentar kemudian si suami membawa sebiji teko kecil dan dua biji gelas kecil yang dimasukkan daun pudina dan sebiji lagi gelas kosong.

“Awak boleh buat pilihan. Teh dengan daun pudina atau Cardamon?”

“Boleh saya cuba kedua-duanya?”

“Ha..ha..tentu sekali”

Si suami berkomunikasi dengan patah-patah perkataan bahasa Inggeris yang masih jelas menunjukan keturunan bangsa arabnya. Beliau menjadi jurubahasa kepada si isteri. Selepas mempersilakan saya minum, si suami meminta diri untuk pergi ke universiti. Beliau menyandang sebuah beg yang dipenuhi buku.

Si isteri, dengan bahasa isyarat memberitahu bahawa beliau ingin menyiapkan diri dan meminta saya membuka pintu kerana katanya sebentar lagi rakan-rakan yang lain akan datang. Lalu, saya menunggu dan menunggu rakan-rakan “Mak Arab” itu sendirian. Hampir satu jam!

Segelas kecil teh pudina yang di minum secara sedikit-sedikit tidak mampu menghilangkan kebosanan.

Saya bercadang meminta izin untuk pulang ke rumah, tiba-tiba terdengar ketukan. Tuan rumah segera membuka pintu dan mempersilakan tetamu masuk. Sekumpulan demi sekumpulan wanita Arab muncul dengan berpurdah atau jilbab. Wanita-wanita Arab tersebut segera pergi ke ruang dalam.

Beberapa minit kemudian tuan rumah memasang muzik lagu-lagu penyanyi timur tengah di ruang tengah rumah. Tiba-tiba, salah seorang wanita yang berbadan besar serta berkulit agak gelap mengeluarkan suatu bunyi dari lidahnya yang biasa dilakukan oleh wanita arab apabila bergembira mahupun bersedih. Nyaring. Tangan kanannya diletakkan diatas mulutnya sambil membuat sedikit gerakan jejari bagi mengalunkan tonasi.

Lalu, tiba-tiba bagaikan tidak percaya keluarlah wanita-wanita arab yang berpurdah tadi, kini mereka bagaikan puteri raja atau bagaikan artis popular. Mereka menari bergelek-gelek perlahan dengan gembira.

Terkesima. Saya mengajuk serta mengeluarkan bunyian yang sama. Rupa-rupanya bunyian itu menarik mereka ke arah saya! Mereka melintuk-lintukan tubuh mereka betul-betul di hadapan mata.

Subhanallah! Haruman yang disembur ke badan mereka menusuk kalbu! Asyiknya melihat kecantikan mereka membuatkan saya berlagak seperti syeikh yang dirasuk di dalam cerita Hikayat Seribu Satu Malam.

“MasyaAllah! Ya Habibi..Ya syarifah…Ana sangat takut lah!”

6 comments:

  1. salam,

    hahahaha...tergelak saya membayangkan mereka menari2 di hadapan puan....hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Masih terbayang masa kita menghadiri majlis mak arab ni di flat 12, St. Mary.
    Tak terlintas di fikiran begitu rupa pakaian mereka setelah membuka jubah & purdah.
    Mashaallah, cantik nye mereka...terkedu sebentar. Lagaknya persis artis-artis barat bila ber party...menari, make up, minyak wangi, skirt pendek, boot etc. Puji hubby mereka, sanggup jaga anak-anak di rumah utk... mummy day out.

    ReplyDelete
  3. Haha! Saya pernah menghadiri majlis perkahwinan di Mekah dan memang terkejut bila tengok wanita2 cantik berpakaian ala-Holywood! Rasanya adat ini ada baik-buruknya juga...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum N.M.M Siregar,

    Ha..ha..patutlah mulut awak ternganga masa itu.

    ReplyDelete
  5. Ha,ha,ha... terkezzzzut waktu tu!
    Terlintas di fikiran, dlm berjubah tu ade ati juga mereka nak pakai pakaian seperti org. barat.

    ReplyDelete
  6. Salam K.Roza n semua pembaca blog rozaroslan,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    ReplyDelete