Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, May 3, 2010

Kenangan : Baju songket untuk Ayu


Saya pernah menulis cerita tentang Ayu dengan baju songket bunga taburnya.

Ia cerita lama yang masih segar dalam lipatan ingatan. Kenangan itu umpama cinta pertama. Dan ingatan kepada cinta pertama itu abadi.

Baju kurung songket bunga tabur itu memberi kesan yang mendalam. Personanya memikat. Lalu, apabila dihadiahkan sepasang kain songket tenun Terengganu berwarna biru tua sebagai iringan bersama cincin lamaran, hati terharu.

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (4)
[Surah Al Anbiya]


"Ya Allah, betapa kau mendengar bisikan hati yang sekian lama tersimpan secara tersembunyi. Ia tidak pernah sekali dinyatakan secara terang di atas tikar sembahyang.


"Wahai tuhan, begitu sekali kasih-Mu terhadap ku. Betapa banyak nikmat yang dilimpahkan, ia tidak terucapkan. Apakah daku akan terus alpa, apakah daku akan terus angkuh apabila dapat mengecap nikmat satu persatu yang diberikan kepadaku?


"Wahai tuhan, akan sampai waktunya barang yang dipinjamkan akan di ambil kembali oleh-Mu. Jadikanlah daku hamba-Mu yang sentiasa bersedia untuk memulangkan barang pinjaman dari-Mu itu. Jangan sampai aku tidak reda Ya Allah. Jangan sampai daku fikir ia milikku selamanya Ya Allah. Tabahkanlah.


"Wahai tuhan, perkenankanlah"


5 comments:

  1. Salam puan,
    membaca tulisan puan tentang Ayu, mengingatkan saya kepada kakak saya yang juga menghidapi kanser payudara. Ada satu lagi kimoterapi yang perlu dia lalui daripada 6 kimoterapi. Kakak saya tidak boleh bercakap seperti kita. Bahasanya hanya kami yang memahami, itupun adakalanya tidak semua yang difahami. Melihat kepalanya yang botak, sudah cukup untuk saya menitiskan airmata. Adakalanya, saya tertanya2, betulkah dia 'Sihat' selepas setiap kimoterapi yang dia lalui. Allah...hanya doa yang boleh saya panjatkan kepada-Nya. Semoga Ayu tabah...itu juga yang saya harapkan kepada kakak saya.

    ReplyDelete
  2. salam puan
    sy minta permission untuk copy doa tuh..
    harapnye okay.

    ReplyDelete
  3. Bukan pertama, tapi...Ke-3 setelah dewasa
    Ha haaa... pecah rahsia!Flirt nya remaja.

    Ya, usia kita pinjaman tanpa bunga!
    Mesti bersedia diaudit oleh Nya.

    ReplyDelete
  4. Salam puan..saya juga punya teman yang amat rapat seperti saudara sendiri yang mengharungi dugaan sama seperti Ayu..alangkah pilu rasa hati setiap kali memandang wajahnya...namun dalam keperitan yang beliau hadapi..beliau masih bersemangat untuk menyambung pHd....kagumnya saya padanya.....
    saya doakan Ayu akan tabah menghadapi dugaan ini dan saya juga sentiasa doakan teman saya itu akan diberikan jalan oleh Allah untuk bertemu dengan penawar yang boleh mengubati sakitnya....

    ReplyDelete
  5. jln menuju syurga sudah dijanjikan Allah tak akan mudah, diberi sakit sbg asbabnya..yg penting adalah pengalaman,ilmu,kekuatan yg kita kutip semasa menghadapinya..

    boleh jadi kita meninggal dunia krn sakit ini dan boleh jadi tidak..hanya Allah yg mengaturnya..

    ReplyDelete