Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 18, 2010

Dia terlupa?


Barangkali dia terlupa.

Suatu masa dahulu kawannya itu beria-ia mempelawa untuk mengajar kerana simpati dengan keadaannya. Karipap biasa yang di buat olehnya tidak berapa menjadi. Kawan itu menawarkan diri untuk menunjukajar membuat karipap belang. Karipap belang yang jarang-jarang diketahui orang. Sekali pandang bagaikan kulit kuda belang. Warisan nenek moyang yang sudi di kongsi oleh kawannya.

"Senang sahaja buat karipap belang ini. Mari saya ajarkan bagaimana caranya.."

"Bolehkah saya mempelawa adik saya turut sama?"

"Tentu sekali. Silalah bawa dia bersama."

Dan kawan itu bersungguh-sungguh mempelajarinya. Gembira sekali kerana dia dan adiknya terang hati. Sebentar sahaja karipap belangnya bagaikan buatan seorang profesional. Lalu, dia berkata kepada kawan yang mengajarnya;

"Kakak saya pandai melebel dan memasarkannya. Bolehkah saya meminta dia membantu kita? Dalam lebel itu saya mahu masukkan jenama kita."

"Oh ya! Tentu sekali. Silalah jika itu dapat memasarkan karipap belang kita.."

Setahun berlalu. Tiada jualan apatah lagi hasil keuntungan dari jualan karipap belang. Kawan yang diajarnya menghilang. Tiba-tiba, suatu hari, kawan itu terdengar berita tergempar. Kisah karipap belang yang meletup di pasaran heboh diperkatakan orang di surat khabar dan dikaca TV.

Kawan itu terkedu melihat kawannya sedang di wawancara. Tambah terharu apabila mendengar kenyataan dari mulut kawan yang suatu masa dahulu pernah belajar karipap belang darinya. Kata kawan itu:

"Karipap belang ini adalah resepi peribadi. Kami adik-beradik yang bertahun-tahun membuat kajian bagi membuatnya. Maaf, ini resepi rahsia."

Barangkali dia terlupa?

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.

Surah AzZumar. Ayat 008.

14 comments:

  1. salam kak roza..

    benar..ramai sekali yang bersikap sebegitu..hasil orang dikatakan kepunyaan ciptaan sendiri. Berbangga diri dan mula lupa dimana bumi di pijak, disini langit di junjung.
    Mungkin mereka terlupa bahawa Allah swt maha kaya dan bijaksana.
    Semoga mereka diberikan petunjuk..Wallahualam

    ReplyDelete
  2. "karipap belang"..realiti ke..?
    macam mane rupa nye...?

    ReplyDelete
  3. Salam Roza,

    Biasa tengok, karipap pusing. Mmg berpusing dibuatnya. Yg belang belum pernah dengar pulak.

    Apapun, hakikatnya jauh di sudut hati si kawan yg dah berjaya tu pasti terdetik perasaan dia menupi dirinya sendiri apabila mengatakan resepinya resepi peribadi.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Karipap belang memang wujud. Mak saudara saya sebelah suami [panggilannya Che We] sangat pandai membuatnya.

    Di Besut..setahu saya,hanya dia yang tahu membuatnya.

    ReplyDelete
  5. salam kak roza,

    macamana rupa karipap belang ni sama macam karipap pusing ke......

    ReplyDelete
  6. Salam Kak ROza,

    Macamana rupa karipap belang tu, sama macam karipap pusing ke......

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum asyeqen,

    Tidak. Ia tidak berpusing tetapi berbelang.

    ReplyDelete
  8. Arwah Wan juga belajar dari che wa. Rupa kulit karipap belang lebih kurang macam biskut bawang.

    ReplyDelete
  9. ingatkan tadi nak buat karipap zebra..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Tak pernah dengar...ingin juga nak tengok dan nak belajar. Mesti best.



    Kak wati

    ReplyDelete
  11. mcm dlm cerita Desperate Housewives masa Bree mengaku resepi masakan Itali itu miliknya. :)

    ReplyDelete
  12. Salam roza..

    Redha jer mereka tu..tentunya hasil keuntungan itu dari kerana ilmu dari kita ..bayangkan pahala yg kita dapat pabila mereka berjaya...semua itu akan dikira oleh Allah jua..diakhirat nanti...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kak roza.

    ibarat kata lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

    p/s: terima kasih banyak kak, sudi berkenalan dan beramah-mesra dengan saya siang tadi ceramaha anjuran SSM di Dar Nur al-Zahra'

    kakchik @ nor haniza

    ReplyDelete
  14. Salam.. Biasa la kejadian seperti itu.. Cuma kita harus ingat bahawa setiap kejadian yang berlaku atas izin-NYA.. Insya-Allah suatu hari nanti rakan puan akan sedar juga.. Sesungguhnya ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang akan berlaku.. Cuma, doakan agar rakan Puan mendapat hidayah.. Insya-Allah..

    ReplyDelete