Ketika kecil dahulu, apabila ada orang bertanya bunga apa yang paling saya suka. Saya katakan :
"Saya suka bunga ros.."
"Ros apa?"
"Ros...Lan!"
Ketika zaman remaja, saya gemar menggunakan nama samaran. Asalnya nama samaran saya adalah Raudhah D' Raudzah. Tetapi, perasaan hati menyatakan bunyinya tidak sedap. Tidak komersial. Tidak glamour. Lalu, saya tukar kepada Roda D' Roza. Atau Rozz.
Ketika di universiti, saya singkatkan panggilan nama samaran sebagai Roza. Ia berterusan sehingga saya bekerja. Namun, ketika di luar negara..mereka memanggil nama abah sebagai panggilan untuk saya;
"Miss Roslan.."
Lalu, jika ditanya apakah makna "Roslan" itu.. Saya katakan kepada mereka, ia adalah "a land of roses" atau "rose's land". Ada logiknya, barangkali begitu.
Dan, hingga kini saya masih lagi tidak tahu apakah judul lagu untuk senikata di bawah ini. Ia adalah nyanyian saudara Sohaimi Mior Hassan.
Ros,
Maka di sini aku terlantar kesakitan,
Sampai bila aku mampu menahan,
Tubuhku lesu,
Terkulai layu,
Kerinduan...
Gambar ihsan blog:http://markonahjambu.blogspot.com/2010/05/travelog-cinta-abadi-masa-yang-berlalu.html
Salam Roza,
ReplyDeleteRos merah, Ros pink, Ros putih...mungkin terus-terusan saya kempunan...
Salam Roza
ReplyDeleteDah tak lama nak jumpa penyanyi Ros tu....
salam Roza,
ReplyDeleteRoza...sangat sesuai dengan puan!
Maaf, kak nab tak dapat hadir ke majlis pelancaran TCA. Tahniah3x..teruskan berkarya..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSubhanalllah! Tidak Allah ciptakan setiap kejadian itu dengan sia-sia..
Ia termaktub di dalam kitab alam semesta.
Salam Puan...
ReplyDeleteTahniah atas pengeluaran Travelog Cinta Abadi. Buku itu saya baru habis baca semalam.. Sungguh menarik. Ternanti-nanti jilid yang seterusnya.. Buku itu cukup mengusik jiwa, membuatkan hati tunduk akur pada aturan Sang Pencipta. Mg karya puan akan menjadi saham di akhirat kelak.. Insya-Allah.. Teringin nak buat buku mcm puan.. ;)
=) tersenyum seketika. Baru tersedar bila melihat kredit gambar itu. Sekarang buku itu tidak ada lagi dengan saya. Saya sengaja tinggalkan di rumah untuk tatapan kedua orang adik perempuan saya. Semoga warna kemerahan ros-ros di buku akan membuat mereka ketepikan seketika semua novel cinta dan membaca buku ini suatu hari nanti dan mendapat input yang berguna.
ReplyDeleteSEKEPING CORETAN BUAT KEKASIH
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_y-tZ6_jcwc
ReplyDeletesekeping coretan buat kekasih - suhaimi meor hassan
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_y-tZ6_jcwc
sekeping coretan buat kekasih - suhaimi meor hassan
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_y-tZ6_jcwc
.
ReplyDeleteSekeping Coretan Buat Kekasih - Sohaimi Mior Hassan (1982)
RUS
Maka di sini aku terlantar kesakitan
Sampai bila aku mampu menahan
Tubuhku lesu terkulai layu kerinduan
Aku pulang ke kampung ku semalam
Kini DEMAM DENGGI sedang merebak
Agaknya tuhan sedang memberi pesan
Hentikanlah maksiat yang membiak
Aku pun terus menjadi rindu
mmmmmmmm.....pada mu
RUS
Maka disini aku terlantar kesakitan
Sampai bila ....aku mampu menahan
Tubuhku lesu .... terkulai layu kerinduan
Kakakku pun pulang ke desa
Membawa berita yang sungguh memilukan
TUAN TUAN besar menghulur dosa'
'Ntuk mencapai hasrat dan tujuan
Aku pun jadi tersangat rindu
mmmmmmmm.....padamu
.........................................
.........................................
RUS
maka disini aku terlantar kesakitan
sampai bila .....aku mampu menahan
tubuhku lesu .... terkulai layu kerinduan
Mari-lah bersama menadah tangan
Agar MALAYSIA ini ... MAKMUR DAN AMAN
Aku SAYANG pada negaraku
Aku SAYANG pada AYAH dan IBU
AKU TERLALU SAYANG KEPADAMU
Dan segalanya.... membuat kurindu.....
mmmmmm... padamu
..