Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, June 10, 2010

Hendak dukung?

Hampir dua puluh tahun yang lalu, Sara Fateha masih lagi merangkak ketika saya melahirkan adiknya, Azrai. Aduhai..ibu muda yang beranak rapat.

Semasa dalam pantang, Sara merangkak-rangkak mendapatkan saya di katil. Dia merengek-renggek meminta dukung. Lalu, saya ketepikan sebentar bayi kecil yang masih merah lantas memberikan perhatian kepadanya. Emak mengambilalih menjaga Azrai.

Selepas pantang, Sara masih juga belum pandai berjalan. Baru bertatih, berjalan jatuh. Perlahan-lahan saya pimpin tangannya, sementara si adik saya tolak dalam stroller. Apabila puas dan penat berjalan, dia mendongak . Mata bulatnya memandang saya. Bahasa isyaratnya mengatakan;

"Mama, Sara sudah penat.."

"Hendak dukung?" Saya bertanya. Dia faham dan membuat anggukkan.

Kelmarin, saya melihat Rafiki, 2 tahun [anak kecil Ayu dan adik Ben 10] memanjat kerusi beroda di bilik bacaan. Tempat sandar kerusi itu boleh di tolak ke hadapan dan ke belakang mengikut keselesaan. Bimbang jika kerusi itu terbalik kebelakang, Ayu memujuk anaknya agar turun.

"Rafiki, turun sayang..nanti jatuh."

Rafiki mengeleng-gelengkan kepala. Sambil berdiri, semakin kuat sandar kerusi itu ditolaknya.

"Jangan.. Jatuh nanti. Duduk. Duduk ya."

Rafiki mendengar kata. Sambil duduk, dia memandang uminya.

"Rafiki hendak dukung ya?"

Ayu bertanya. Barangkali Rafiki cemburu melihat Addin, anak bungsu Raihan [kakak atas Ayu] yang sebaya dengannya. Masih menyusu badan, berdukung dan berulit sepanjang masa dengan ibunya. Pernah suatu hari secara bergurau, Rafiki mengusik Addin yang sedang asyik menyusu:

"Dah tinggi..nenen. He..he..he"

Rafiki membuat isyarat, sedikit tersenyum dan mengangkat sebelah alis keningnya. Memohon simpati dari umi.

"Umi tidak kuat, sayang.."

"Umi ku-at. Umi si- hat..."

Patah perkataan yang masih pelat dari bibirnya. Sebentar kemudian, saya melihat mata bundarnya merenung wajah umi.

"Umi, Iki nak ukung. Nak ukung oleh?" [Umi, Rafiki hendak dukung. Hendak dukung, boleh?]

Lalu, Ayu berkesut-kesut pergi ke arah anaknya. Ayu sudah tiada upaya. Hendak bergerak pun perlahan-lahan, sesekali perlu di pimpin tangan. Bagaimana mungkin hendak mendukung anaknya?

Peluklah anak itu Ayu. Dakaplah dia ..


12 comments:

  1. Salam,saya silent reader and silent reader ayu jugak.
    Alahai kesiannya Rafiki...

    ReplyDelete
  2. salam..sy pon pena alami situasi tu..anak yg tua baru merangkak dah dpt baby baru..mmg kesian kt dia..kita pon penat sgt..alhamdulilah dh bsr pon sume anak2..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Kak Roza..

    sebagai ummi kepada 3 anak(sulung 3tahun, kedua 2tahun, ketiga 2bulan), saya amat memahami situasi itu.. sedihnya bertambah bila baca bab iki dan ayu tu...

    Laila

    ReplyDelete
  4. salam..
    moga kat ayu kuat..

    ReplyDelete
  5. berat mata membaca, berat lagi bahu menanggung. kesian rafiqi. semoga ayu tabah.

    ReplyDelete
  6. Salam Roza, blog Ayu dulu menjadi rujukan kawan yang juga pengidap kanser payudara....kini telah tidak berupdate... kawan kak rose kini at stage 3... mudah2an Ayu dan Mazni kuat menghadapi dugaan ini....

    ReplyDelete
  7. Memang ayu tabah.Cuma rasa simpati yang mampu dihulurkan.

    ReplyDelete
  8. kak Roza,

    sedihnyaaa..sayu membaca..
    semoga Ayu sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  9. Salam Puan,
    Sudah lama tak ada berita mengenai Ayu. Didoakan Ayu tabah menghadapi dugaan ini..

    Supiah Ahmad

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Ya Allah...tak tahan airmata baca entry Roza ni. Mereka sedang di uji....

    ReplyDelete
  11. salam roza, terkedu rasanya membaca kisah ayu dan iki. Muga Allah menganugerahkan kekuatan dan ketabahan buat Ayu juga keluarga.

    ReplyDelete