Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, June 9, 2010

Dia kawan?

Hati-hati..Nampak ulas isi manggis yang putih bersih? Percikan getahnya kalau terkena baju, kesannya payah hendak hilang. Ia akan terpalit di situ. Ia berbekas.

Ada pepatah menyatakan :

"Kawan ketawa mudah dicari..kawan menangis? Barangkali payah sekali."

Namun, Allah menghantar seorang kawan kepada kita untuk menjadi pengajaran, menimba pengalaman dan untuk kita fikir-fikirkan. Apa pun..jangan sesekali menangis di hadapan mereka. Tahanlah perasaan itu sedaya upaya. Takut-takut, kawan yang paling baik itu nanti menjadi musuh yang paling ketat.

Kenapa begitu?

Bimbang..cerita semalan, ketika kita dalam tangisan yang sedang dilanda perasaan gundah gulana menjadi senjata ketika dia menjadi musuh kita. Musuh dalam selimut. Kita fikir dia kawan karib kita. Rupa-rupanya..kawan karib dia, bukan diri kita.

Menangislah dan mengadulah kepada Allah. Ketika kita sujud, tunduk rebah..berceritalah segala keresahan, gundah gulana..kepada Dia yang maha kuasa.

Allah tidak pernah bergosip. Malah Dia membantu kala kita buntu. Mengurai segala kusut masai. Sandarkan segalanya kepada Dia. Allah adalah rakan, teman dan kawan yang tidak pernah menikam kawan dari belakang..

4 comments:

  1. itulah yg berlaku pada diriku... ak menyesal menceritakan segalanya pada kawan ku..rupanya dielah yg musuhi ku sgt2... dielah yg pura2 dlm persahabatan... ak kecewa....ak belajar sesuatu iaitu dlm persahabatan jgnlah kita mudah menceritakan segalanya...takut satu hari kebenaran muncul siapa sebenar sahabat kita... sy banyak bertepuk sebelah tangan... semanagat dlm sahabat tp pada kwn kite, ak adalah owg biasa je.. "YA ALLAH, tabah kan hatiku dan lindungi ku dlm menghadapi hidup ini dlm mengharungi dunia yang penuh hiprokrasi"...amin

    ReplyDelete
  2. Salam..Roza

    Bersahabat dengan adik beradik lebih baik kerna...hubungannya bak air yg tak putus pabila dicincang....
    Benar mengadu pada Allah adalah pilihan yang terbaik...bila kita dirundung kekusutan..tapi kawan juga perlu sebagai penghubung komunikasi dalam hidup bermasyarakat..sejatinya..perlulah kita tawan...

    ReplyDelete
  3. Salam Roza,

    Kawan hanya sekadar utk bersuka2 saja. Spt kata shami2, semasa susah keluarga rapatlah tempat kita mengadu. Ibu,ayah, suami/isteri, anak2 & adik beradik. Susah kita, susahlah mereka.

    ReplyDelete
  4. salam...

    sekadar kebetulan, entry saya hari ini pun mengulas erti seorang kawan... :)

    first time singgah, salam tuan rumah dulu..

    -abanglong-

    ReplyDelete