Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, June 24, 2010

Travelog Cinta Abadi : Di sebalik pengembaraan ini..


Alhamdulillah!

Saya sedang menyudahkah fasa-fasa terakhir Travelog Cinta Abadi : Di sebalik pengembaraan ini.. Ia merupakan kisah realiti suatu pengembaraan yang telah ditentukan ketetapannya oleh tuhan. Allah yang maha berkuasa.

Sesekala, tolehlah ke belakang melihat masa yang berlalu...[klick sini] dan [klick sini.]

Sesungguhnya Allah telah menetapkan dalam diri setiap insan suatu perjalanan dan pengembaraan yang penuh dengan suka duka, ada ranjau, ada duri dan ada yang mencuit hati. Terkadang dalam perjalanan itu kita menemui dua simpang. Lalu, simpang yang di pilih rupa-rupanya tersesat jalan. Lantas kita berpatah balik ke pangkal bagi meneruskan perjalanan yang lurus lagi betul. Pengembaraan itu perlu diteruskan.

Terkadang ketika terasa lelah, lalu berhenti sebentar di perhentian. Sambil menghirup secangkir kopi pahit tanpa gula, kita terkesima mendengar cerita orang. Oh! Begitu rupanya kisah dia..
"Terima kasih ya Allah, nasibku lebih baik berbanding dia."

Begitulah kitab yang diciptakan oleh Dia yang empunya dunia yang bakal binasa. Tiada suatu pun bakal kekal. Semuanya pasti berakhir. Kitab kita atau kitab sesiapa pun dia, tidak kira samada dia mempunyai kuasa, yang pernah mengambil nyawa, yang glamour malah yang mengemis lagi miskin hina.. adalah ketentuan-Nya. Ia bukan pilihan. Kitab itu telah termaktub sejak azali lagi, terletak di suatu tempat yang mulia bernama Lauh Mahfuz. Lalu, sebenarnya kisah kita atau kisah dia, itu adalah milik mereka yang mahu mengambil iktibar darinya. Subhanallah!


Surah Al-Alaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)

9 comments:

  1. Salam Adik Roza.Penulisan adik amat baik. Kakak sering juga membaca blog adik Roza dan juga blog Proff. Cuma sedikit kakak rasa perlu penghalusan mengenai cara kita menulis konsep PLIHAN dalam hidup, apa yang ditakdirkan, qadha dan qadhar dan sebagainya. Cuba hubungi Ustaz Kariman Abd. Moin untuk sedikit penjelasan lajut. Kalau berminat, ini no. kakak dan insyaAllah kita boleh bincang cara bertemu dengan nya. 019-216 0064.tq

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza,

    Terima kash saya dah terima bukunya.
    dah hbs baca pun... seronok baca n rasa insaf...
    kena syukur apa yg kita ada dan dapat...

    mmg kita ada pilihan saya selalu cakap dgn mak saya ... saya ni sedang melalui 1 perjalanan perjalan tu lurus jer klu nak cepat sampai jngn masuk lorong2 atau jalan2 tuh tp saya selalu n suka nak masuk jalan-jalan dan lorong tuh walau tahu jalan tuh jalan mati ... lepas tu keluar balik n terus kan perjalanan...

    kadang2 saya tahu jalan tu jalan mati tp sy masih nak singgah juga.. kenapa ya dengan saya dah tahu tapi masih nk masuk n menyusah kan diri sbb nak kena keluar balik...untuk teruskan perjalanan..

    kenapa dengan saya?
    apa yg perlu saya buat agar tk masuk jalan2 dan lorong itu untuk meneruskan perjalanan dan samapai cepat kesana?

    nora

    ReplyDelete
  3. Salam Roza,

    Pasti TCA 2 yang bakal muncul nanti akan melengkapkan koleksi peribadi saya... Agak-agaknya bila akan diterbitkan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    kalu ada rezeki kita jumpa di UITM Segamat.
    Nak hantar adik ke sana.



    Kak wati

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak wati,

    Sayangnya hujung minggu ini..kami di Kota Bahru.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Tak pe lah. Dapat juga menjejakkan kaki ke
    UITM Johor. Menyusuri kawasan2 yang pernah di
    baca dari blog Roza. Seronok sangat.

    Terimbau kenangan masa kita mendaftar di Dungun kan.....berduyun2 memulakan minggu silaturrahim.

    Tergenang juga airmata.

    Kak wati

    ReplyDelete
  7. salam puan roza...
    2x sy ke MPh mencari TCA:hari yg berlalu...tp tiada..kali ke3, jumpa buku display...trs ke kaunter, minta yg baru,kata staff MPH, tggl 2 buah saja...trs sy ambil buku display..jnji dapat beli...buku puan menemani sy di hospital (SDMC) kerana sy menjalani pembedahan...ingatkan sy akan menghabiskan bacaan semasa sy sedang berehat2 lps pembedahan....dek ralit membaca buku yg best ni...sy khatam semuanya dlm satu malam sebelum hari pembedahan...sudahnya....hari2 berikut di hospital, sy mengulang baca saja lah..tahniah puan..best sgt la

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Malaysia ni sebenarnya mempunyai 'khazanah' cinta yang ramai tidak mengetahuinya. Makna; dalam sedar tk sedar, Malaysia ada suatu 'brand' dalam bidang cinta. Info lengkap ada di:

    From Taiping with Love

    Sebarang perkongsian pendapat dialu2kan. Ini adalah untuk generasi2 yg mendatang. Sepatutnya kisah ni diselitkan dlm mata pelajaran sejarah sekolah2 kebangsaan sekalian...

    ReplyDelete