Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, June 6, 2010

Terima kasih abah..


Suami saya terbaca di Facebook Prof Abdullah Hassan, suami puan Ainon Mohamad [Penerbit PTS Publications]. Dia menulis..

Terima kasih Abah!!! Cikgu Haji Roslan.

Sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan berada dalam dewan ini, tentu ramai yang menitiskan air mata mendengar Puan Roza membacakan bab terakhir Travelog Cinta Abadi.Beliau bukan saja pandai mengarang, pandai pula membacakan ceriteranya.

Saya melihat ramai yang mengesat air mata.

Terima kasih Tuan Shohaimi yang datang dengan isteri dan tiga orang tuan puteri jelitanya.

Terima kasih Prof. Muhd. Kamil.

Syabas Puan Rosa@Raudah.

Sesungguhnya inilah sebuah pelancaran buku yang berlainan sekali, sangat menghiburkan, sangat mengesankan.


Subhanallah! Ampunkan saya ya tuhan. Saya benar-benar melihat kuasa Allah. Sesungguhnya Dia maha pengasih, mengetahui apa yang berbisik di hati dan yang terbuku dalam perasaan. Malah yang tidak terlontar dengan kata-kata...

Bersaksikanlah oleh-Mu ya Allah, bahawa jika hari ini saya ditanya.."Maka nikmat mana satu kah yang mahu didustakan?"

Lalu, saya akan berkata:

"Tiada. Tiada langsung limpah kurnia nikmat-Mu yang mahu daku dustakan ya Allah. Ia terbentang di depan mata.. Malah, nikmat-Mu melimpah ruah, tidak tertulis oleh mata pena"

7 comments:

  1. Salam Roza.

    Terharunya saya melihat gambar tu...saya terkenang ayah saya yg dah pergi.

    Moga ayat nikmatmu melimpah ruah tu jadi ingatan..dan difikir2kan.

    Jumpa satu hari nanti insyallah..

    ReplyDelete
  2. Saya terharu...tahniah kak roza!

    ReplyDelete
  3. Salam Roza...

    Istimewa....didikan dan kasih ayah pada anak2 kan...

    Saya ada hadiri..forum perdana anjuran Masjid Nurul Iman rawang...juga berkongsi pengalaman Datuk Dr Hassan Ali..yg memberi ceramah ttg konsep didikan..seorang ayah ...yg menjadikan kita..anak2 yg berjaya ...
    hari ini beliau amat menghargai usaha gigih ayahnya tentang pendidikan agama serta usaha untuk mendekatkan diri dengan masjid...serta membangunkannya....
    hari ini juga menyaksikan beliau adalah antara barisan exco pembangunan agama islam negeri.. yg cukup aktif....dan jitu..untuk memakmurkan masjid...betapa didikan ayahnya...telah memberi motivasi kepadanya untuk memimpin masjid..dan kariah setempat..agar berada berada dalam kehidupan...mengikut lunas2 islam sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. Syukur majlisnya berjalan dengan baik. Bab ini -bertemu ayah- tiada dalam skrip, tapi ia berlaku sejujur-jujurnya atas kasih kita kepada mereka.

    Maafkan saya tersasul sebut 'sidang Jumaat'.

    ReplyDelete
  5. Salam...Roza

    SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANDA.....kerana berjaya...
    mencetuskan peribadi seorang anak ....yg menghargai pengorbanan dan jasa seorang ayah...yg cukup menyentuh..jiwa sesiapa yg ada ketika itu...

    ReplyDelete
  6. Assalamu`alaikum
    kalau saya berada di situ, pasti berjujuran air mata

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Puan Roza,

    Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menjadi salah seorang insan di belakang tabir penerbitan TCA. Sepanjang menyunting manuskrip Puan, jiwa dan hati saya juga bercampur-baur dengan pelbagai perasaan. Tulisan yang ditulis dari hati sememangnya akan sampai ke hati. Ketika menyunting, ada masa saya tersenyum, ketawa, mengalirkan air mata dan berhenti seketika untuk berfikir dan mengenang memori sendiri. Sememangnya saya 'enjoy' semasa melakukan tugas itu, alhamdulilah.

    Ketika majlis di Muzium Negeri Shah Alam bulan lepas, saya juga antara insan-insan yang tersentuh hati semasa mendengar penyampaian Puan. Sebenarnya saya ada menjenguk bilik VIP di muzium untuk bertemu Puan. Namun, apabila saya terlihat Puan sedang membaca surah di dalam Majmu' Syarif semasa menunggu sesi Puan tengah hari itu, saya membatalkan niat.

    Saya belajar daripada pegangan Puan, jiwa yang kental hanya akan dapat hadir dalam diri individu apabila kita bergantung cinta dan harap serta dekat dengan Allah. Manusia tidak mampu memberikan cinta 100% walaupun orang terdekat kita sendiri.

    Terima kasih, Puan Roza. Semoga terus sukses. Semoga kita masih dapat bekerjasama dan berukhuwah.


    ---
    Puan Firdaus Tahir
    Gombak

    ReplyDelete