Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, March 31, 2010

Rindu

Di dalam diam saya merindui gumpalan awan di puncak gunung Ledang. Sayup-sayup dan berbalam-balam melitupi banjaran nya yang panjang. Rindukan pemandangan indah ketika berbaring di atas dangau di tengah sawah. Kehijauan sawahnya memukau.

Ia bagaikan cinta pandangan pertama. Meragut hati dan perasaan. Kenangan cinta itu abadi dalam fikiran. Lansung tidak dapat dilupakan.

Patutlah beberapa tahun yang silam, sekeping poskad dari luar negara menyatakan kerinduannya yang sama. Ya, cantik sekali negara orang tetapi manakan sama kampung sendiri.

Dalam diam, saya teringatkan abah yang pernah meminta saya mendeklimasikan sebuah sajak pada “Hari Guru “ di sekolah. Ketika itu saya tidak langsung mengambilkira siapakah penulis sajaknya. Namun, bait-bait perkataannya amat saya faham. Walau masih kecil, ketika itu saya mampu melafazkannya sepenuh hati. Saya luahkan sepenuh perasaan.

Alangkah indah kampung halaman,
Tanah tempat tumpahnya darahku,
Masih jelas terbayang aman,
Teratak buruk tempat tinggalku.

Masih jelas di depan mata,

Walau jauh telah tiada
Ramah mesra teman sebaya
Menghibur hati dalam derita

Walau kampungku yang semak sunyi
Pohon kelapa tegak merindang
Hanya yang ada murai menyayi
Namun hatiku terpaut sayang

Nukilan : Usman Awang

Tiba-tiba saya merindui bayangan kasih Mak Wa.

Kali terakhir saya melihatnya, Mak Wa kelihatan layu dan lesu. Beliau berubah menjadi gersang serta kering kontang sebagaimana sawah bendang yang pernah diusahakannya. Mak Wa yang ketika zaman kecil saya, kata-katanya kaya dengan kiasan dan falsafah. Mak Wa yang apabila melafazkan perkataan, penuh hikmah.

Zaman dan musim telah jauh berubah. Pasti ia tidak akan kembali. Namun kenangan itu abadi.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Roza,Semuga dirahmati Allah selalu hendaknya.Karya penulisan Usman Awang memang hebat, semasa di sekolah dahulu ada kakak2 senior membuat persembahan pentas 'Gadis di kuburan'.Mungkin juga menonton filem2 lama dapat mengubati rindu dimasa lampau.Saya dapat menghayati apa yang Puan luahkan,perasaan rindu yang mencengkam jiwa. Saya seronok membaca karya penulisan Puan,ayat2 yang ditulis memang tepat dan 'to the point'. Tahniah !. Salam hormat dari Dilla.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Rindu pada kenangan silam memang amat menghiris perasaan.
    Walau akak masih menetap di kampung sendiri tapi banyak tempat2 nostalgia telah tiada oleh arus pembangunan.
    Namun ia sentiasa segar dalam lipatan kenangan.

    kak wati

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Dahulu saya sering merasa bosan mendengar cerita lama mak wa serta mencebik apabila emak membanding-bandingkan kepayahan mereka dengan kemudahan sediaada. Menutup teliga apabila mendengar abah berkhutbah.

    Kini, wajah-wajah seperti itu nampak jelas di raut wajah anak-anak .. setiap kali saya membuka lembaran lama.

    Cerita lama itu kini adalah cerita saya.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wbt.

    I like it... Fantastic!

    Intan

    ReplyDelete