Di hujung kuliah pada sabtu lepas, kami berbicara tentang masa dan kesedaran untuk terus belajar. Masa yang ditinggalkan berbanding dengan masa yang ada.
"Masa yang telah kita tinggalkan..telahpun berlalu. Masa yang ada hanyalah pada saat ini sahaja. Kerana esok belum pasti. Jangankan esok, malam ini pun belum tentu. Jangankan malam ini, sebentar lagi pun belum pasti."
Mereka mengangguk bersetuju.
"Puan, masa yang lampau tidak membenarkan kami belajar. Biar usia dikatakan sudah tua, namun kami mahu meneruskannya."
"Benar. Jika kita fikir sekarang umur kita sudah tua untuk belajar. Esok, bulan hadapan atau tahun hadapan.. kita lebih tua lagi daripada usia sekarang."
Diam.
" Jadi, jika mahu lakukan sesuatu..lakukanlah sekarang. Seolah-olah kita akan mati esok hari. Namun, lakukan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita mahu membina empayar untuk 1000 tahun lagi."
Diam.
" Jadi, jika mahu lakukan sesuatu..lakukanlah sekarang. Seolah-olah kita akan mati esok hari. Namun, lakukan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita mahu membina empayar untuk 1000 tahun lagi."
Mereka menganggukkan kepala.
"Apakah kita tiada perasaan apabila mengadaikan hujung minggu untuk meneruskan pengajian? Apakah kita tidak simpati kepada keluarga? Tidak.. Namun, nyatakan dan mohon agar mereka memahami keadaan kita. Jangan sampai kita lemah dan mengalah. Lantas, tidak sampai ke hujungnya."
Mereka mengangguk lagi.
"Tetapi ingat.. jika kita sedang bersama mereka. Layani mereka sepenuhnya.. Apalah sangat masa yang diperlukan jika anak minta di dakap. Apalah sangat masa yang diperlukan jika isteri minta menemani ke pasar malam. Ketika kita bersama mereka, berikan tumpuan sepenuhnya."
Kali ini anggukan kepala mereka terhenti.
Salam Pn Roza, sorry tinggal jejak kat si sebab dah htr emel tak berbalas, mungkin Pn x buka lagi emel dan saya ni tak sabar-sabar hehe.Saya nak oder buku tulisan Puan & Prof ada stok lagi ke? ni emel saya tie2103@yahoo.com. kalau ada Puan emelkan jumlah bayaran dan no akaun .Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum Tie-Ibu wawanisolehah,
ReplyDeleteBuku TCA:Masa yang berlalu telah kehabisan stok. Mungkin puan boleh dapatkan di kedai buku berhampiran - MPH, Popular book store.
Namun, Travelog Haji edisi baru masih ada dalam simpanan. Mohon puan e-mail alamat penghantaran
Terima kasih di atas sokongan puan.
:) salam ziarah.
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny