Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, August 30, 2010

Pulang beraya


Saat yang paling seronok apabila berjauhan, tentulah ketika pulang menemui keluarga.

Saya pernah merasai keseronokan itu ketika di universiti, semasa pertama kali berjauhan dengan keluarga. Seronok pulang berhari raya. Seronok membawa pulang suami dan anak-anak ke kampung halaman saya. Seronok apabila pulang dari luar negara.

Dahulu, sepanjang perjalanan pulang keceriaan dinyatakan dengan memutarkan lagu-lagu berunsur kerinduan kepada kampung halaman, kemeriahan hari raya dan sebagainya. Lalu, masa yang berlalu dan usia yang tinggal meminta saya mengubah amalan itu.




"Adakah awak semua mengucap dua kalimah syahadat dan berdoa sebelum berangkat pulang?"

"Adaaaa..."

"Ok. Alhamdulillah. Apakah yang awak buat disepanjang perjalanan pulang?"

Jawapan yang kedengaran adalah pelbagai. Tidur, adalah agenda utama. Mereka tidak menjadikan membaca sebagai amalan biasa.

"Tidur?"

"Zikir, puan...kami berzikir."

"Baik. Alhamdulillah. Jika betul apa yang dikatakan itu. Tetapi jika apa yang dilafazkan itu semata-mata kerana kamu mempersenda-sendakan agama Islam, atau berdusta dalam menyatakan yang bukan menjadi amalan, maka hari ini kamu harus menjadi saksi dan jawablah ketika di hari pembalasan nanti."

Mereka terkedu.

"Ada tak antara kamu yang mendengar walkman atau MP3?

"Adaaaa.."

"Kalau boleh..perdengarkan ayat-ayat al-quran. Bukannya apa..bimbang nanti sekiranya pakcik yang memandu bas itu tekan break serta-merta atau ada kemalangan berlaku...Kalau kita sedang tidur, takut tidak sempat mengucap. Atau kalau kita sedang mendengar muzik atau lagu-lagu, takut nanti ucapan terakhir yang keluar dari mulut kita..."

"Laillah..haillallah"

"Bukan..takut terkeluar perkataan akhir kita adalah " Oh babe!"

Mereka tergelak besar.

Itulah pesanan yang diingatkan kepada anak-anak saya yang bakal pulang untuk beraya di kampung halaman nanti. Barangkali perasaan keibuaan itu terbawa-bawa ke dalam kelas. Ya Allah, berlebih-lebihankah saya?


6 comments:

  1. Salam Puan,

    Benar, masa berlalu mengubah kita. Saya telah lama tinggalkan nostalgia lagu2 raya...itu semua dulu. Hari ini saya tidak mengajar anak2 untuk menghayati lagu2 raya yang berkumandang setiap kali raya menjelang...tapi tanpa diajar, anak kedua dan bongsu saya amat meminati lagu2 raya walaupun hanya didengar di iklan tv...naluri anak2, kita tidak boleh menafikan keseronokan mereka menyambut hari raya.

    Rose

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Alhamdulillah...rasa tak percaya saya jumpa puan di alam maya ini...sebab ape sy happy ??? sebab hr tu saya ada beli buku puan Travelog cinta abadi"....suka sgt buku tu...dan buku tu pernah dipinjam oleh one of my non muslim friend...dia suka gak...tahniah mhasilkan buku yg sgt menarik itu.
    sbnrnya itu pertama kali sya beli buku puan...ada tak buku yg lain ?
    oklah,selamat maju jaya..salam ramadhan kareem.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Buku Travelog Cinta Abadi 2 : Di sebalik perjalanan ini..sedang diedit.

    Saya sedang menulis buku ke tiga - Travelog seorang hajah.

    Mudah-mudahan diberikan ilham oleh Allah untuk menyiapkannya.

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. sudah mula yg ketiga? Alhamdulillah.. Moga semuanya lancar.

    ReplyDelete
  5. Salam Roza,

    Begitulah perasaan dan detik hati seorg ibu. Bimbang memikirkan keselamatan anak2 yg dlm perjalanan menaiki kenderaan awam atau bersama ibubapa. Di corong telinga biasa disumbat dgn lagu2 semata samada dlm perjalanan, sedang belajar hingga sedang berbaring utk tidur sekalipun.

    Masyallah..penamat umur kita tidak dijangka sedangkan apakah pengucapan kata2 akhir yg bakal dikira. Sedang mengingat Allah atau khayal berteman lagu2 yg menghiburkan. Smg diri kita dan anak dlm perlindungan Allah setiap waktu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Salam Aidilfitri buat Kak Roza sekeluarga.Terimakasih tak terhingga dari Ummi atas kunjungan persahabatan baru-baru ini.Semoga ukhuwwah yang terbina akan berkekalan sehingga ke yaumul akhirah..

    ReplyDelete