Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, August 29, 2010

Saya tidak pandai..


Seorang pelajar datang berbincang mengenai tugasan yang diberikan. Ia tugasan yang telah dimaklumkan dalam silibus sejak awal semester lagi. Sebanyak 30% tugasan kerja akan diambilkira.

"Puan, saya tidak berapa faham bagaimana mahu mendapatkan artikal seperti yang dikatakan.."

"Bukankah ia jelas tercatat di dalam "scheme of work" yang diberikan kepada semua rakan sekelas? Bukankah kita sama-sama telah ke makmal komputer dan setiap pelajar diajar bagaimana mencari artikal dan journal?"

"Iya ke puan..."

"Kalaupun awak tidak hadir ke kelas, cubalah bertanya kepada kawan-kawan. Jangan esok tarikh untuk menghantar tugasan, hari ini baru kita mahu bertanya. Sudah hampir dua bulan tugasan itu dimaklumkan, kenapa baru sekarang hendak sibuk-sibuk pula.."

"Saya agak lembab sedikit puan.."

Lalu, sebelum kelas berakhir saya teringat kata-kata ustaz yang meminta agar kita menyampaikan kata-kata peringatan dan nasihat walaupun dengan satu ayat. Ya Allah, saya tidak pandai tetapi berikanlah rezeki faham, ilham serta ajarkanlah agar dilancarkan kata-kata. Agar mereka memahami apa yang diperkatakan.

"Adakah kamu semua bersahur di bulan ramadhan ini?"

"Iya puan..kalau tidak nanti lapar."

Tersenyum. gelihati dengan gelagat mereka yang berterus terang.

"Tahukah kamu apakah iktibar yang Allah ingin sampaikan sempena waktu sahur?"

"Ia membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang bukan Islam."

"Ya. Pernahkah kita diingatkan tentang bangun di satu pertiga malam masih tersisa?"

"Pernah.."

"Kenapa tidak sebelum bersahur, kita ambil air sembahyang dan sembahyang sunat dua rakaat dahulu. Ketika itu berdoalah mohon Allah memudahkan urusan kita. Mengadu kepada Allah tentang kekurangan diri kita, mohon pertolongan dari-Nya."

Mereka diam.

"Sebenarnya kita boleh melakukannya. Bangunlah sembahyang di waktu malam..biar Allah mendengar bisikan hati kita.

Saya mohon keampunan dari tuhan yang menjadikan alam semesta, jika tersalah menyatakan itu kepada mereka.

3 comments:

  1. salam puan, sy mencari-cari ke mana perginya pasal pulang beraya mendengar MP3 (Oh babe).

    macam x jumpa je.. tadi baca kat Google Reader ada. Baru nak tinggal komen :0

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kuey-san

    Sabar..masaalah teknikal tu.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan roza..
    Menitik airmata saya baca post ini. Terkesan sungguh di hati. Lemahnya saya dalam mendidik anak bangsa... Saya mohon Allah bantu & permudahkan amanah yang dipertanggungjawabkan ini...

    ReplyDelete