Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 5, 2010

Tiada kawan


"Puan, take five..."


"Ok..kita berehat lima minit."


Namun, hanya dua orang sahaja yang keluar dari bilik kuliah bagi melepaskan lelah. Bayangkanlah, dari awal pagi mereka perlu hadir ke kelas seawal pukul 8.00. Kemudian disambung pula dengan kelas ke dua bermula pada pukul 11.15 dan kelas ketiga bermula pada pukul 3.00 petang. Pasti mereka kelelahan.


Sekadar bertanya;

"Ketika waktu rehat di pejabat, apa yang kamu buat?"

"Puan, waktu itulah kami membuat tugasan atau mengulangkaji pelajaran."

"Tidak keluar makan?"


"Kadang-kadang kami rasakan keluar makan itu suatu pembaziran masa. Lebih baik kami makan sekadarnya sambil membuat tugasan kuliah. Di rumah nanti belum pasti kami dapat mengulangkaji."

"Kawan-kawan tidak mengajak kamu keluar?"


"Sesekala sahaja boleh..tetapi kerana kerap sangat menolak, akhirnya kami terpinggir. Kami hampir tiada kawan..."

Tidak sanggup saya meneruskan pertanyaan kerana saya juga melalui apa yang sedang mereka rasakan.

5 comments:

  1. salam ziarah..

    Kagum saya pada mereka yang masih menyambung pelajaran walaupun sudah bekerjaya dan mempunyai keluarga..

    Bagi saya mereka lebih bersemangat semasa belajar..dan pengalaman mereka dapat dikongsikan bersama kami yang masih tidak punya pengalaman..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan,
    Seronok membaca entri puan .Grafiknya juga menarik.Mohon izin untuk disalin gambar-gambarnya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam,
    saya buat sarjana muda fulltime uitm, anak 3 org 1,2 n 3 thn. ulangkaji hanya di kampus saja.
    curi2 masa in between classes utk study. kalau class smpai tghari saja...tetap balik ptg utk belajar mana patut. make sure ada di kampus 8 a.m to 5 pm walau tiada class. balik no chance to open the books.....

    aya , ADIA uitm 1992-95

    ReplyDelete
  4. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wansyu,

    Mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian secara separuh masa/luar kampus juga bukan boleh di buat main-main.

    Ramai juga yang tidak dapat sampai ke hujungnya.

    P/s Terima kasih Fakeh.

    ReplyDelete