Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 19, 2010

Pulanglah...

Pada semester pertama ketika belajar di UiTM [ dahulu ITM Dungun] setiap hari, hati saya meronta-ronta untuk pulang. Anak kampung yang mengelepar kerinduan.

Rindu pada keluarga.
Rindu kepada sepupu.
Rindu kepada kawan-kawan.
Rindu kepada guru.
Rindu kepada kampung halaman.

Malah, ketika menjelang hari raya..bukan lagu-lagu hari raya yang mengundang tangisan. Tetapi lagu Pulanglah...nyanyian Dato Shake



Lagu itu pernah dihadiahkan oleh seorang rakan yang dikenali semasa minggu silaturahim [ceritanya di sini]. Dia menyanyikannya sebelum saya pulang. [Ceritanya di sini.]

Ketika berada di luar negara.. lagu itu juga yang membuatkan sebak di dada. Subhanallah! Bagaimana Allah memberikan ilham dan kelebihan kepada hamba-Nya dengan cara yang pelbagai. Lagu yang biasa-biasa sahaja bagi orang biasa, namun luar biasanya ia mengusik hati hati hamba-Nya yang lain.

Maka, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan?

3 comments:

  1. Salam Puan, nama Datuk Shake mengembalikan kembali kenangan semasa berumur 16 tahun,masa tu datuk shake sedang popular,bila dia datang ke kota bharu utk pertunjukkan konsert,saya memujuk adik [13 tahun] meminta izin mak utk pergi,mak marah berapi,he he maklumlah kami tidak dibenarkan pergi ktempat2 cam ni...nak tanya sendiri takut, kesian adik kena marah...bila dengar nama datuk shake tersenyum sendiri saya. Dilla

    ReplyDelete
  2. Kih3. Nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Roza, Terima kasih sudi mengundang, terima kasih atas layanan, akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete