Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, March 11, 2011

Keropok lekor kuantan 1: kasut roda

EF 24, Kampung Ketapang Hilir,
Pekan, Pahang.

Menemui saudari yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Semuga berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Begitulah barisan ayat yang ditulis oleh sahabat pena saya yang tinggal jauh di Pekan, Pahang. Saya menerimanya seawal darjah enam. Dikatakan dia menemui nama saya di dalam majalah Utusan Pelajar, ruangan hasrat hari jadi. Saya impikan "Kasut roda" di hari jadi saya yang ke dua belas. Sebabnya ketika menonton televisyen di rumah jiran, saya melihat bagaimana salah seorang pelakun Charlie's Angels mengejar penjahat dengan menggunakan kasut roda. Pelakun itu kelihatan hebat!

Impian saya tersiar di dalam majalah itu sedangkan kasut roda hanya tinggal impian. Tetapi Allah menemukan saya dengan sahabat pena yang nama singkatannya "Anna." Ketika itu barangkali saya belajar menulis surat kiriman kerana Anna. Belajar membeli setem di van pos bergerak juga kerana Anna.

Anna seorang yang matang jika dinilai melalui penulisannya. Saya fikir begitu. Dia banyak menggunakan bunga-bunga bahasa yang indah. Membaca suratnya seperti membaca cerpen yang mencengkam perasaan. Saya kagum, terbuai dan tenggelam dengan penulisannya. Suatu hari emak menyerahkan saya sepucuk surat dari Anna dengan amaran;

"Sudah, jangan berutus surat lagi! Macam surat orang tengah bercinta.."

Emak memang perihatin dan cepat menangkap perubahan tingkahlaku kami. Walaupun telah diberi amaran namun saya berdegil. Secara senyap-senyap kami masih meneruskan persahabatan kerana ada banyak tanda-tanya di dalam kepala saya. Bagi saya kemunculan Anna sangat istemewa. Dia bagaikan sebuah projek misteri yang mahu menyampaikan suatu rahsia besar melalui surat berangkai. Kami berutus surat sehingga ke tingkatan tiga.

Tiba-tiba, suatu hari saya menerima nota ringkas dari Anna. Katanya;

"Tumpukanlah sepenuh perhatian awak kepada SRP."

Dan sepanjang tahun itu Anna tidak menghubungi saya lagi. Entah berapa pucuk surat dilayangkan kepadanya, namun tiada berbalas. Saya terpinga-pinga. Anna hilang tanpa khabar berita.

10 comments:

  1. Salam puan roza, anna tu nama penuhnya apa? Kawan saya pun nama anna jugak, tapi alamatnya EF74ketapang hilir, pekan...kot la org yg sama...

    ReplyDelete
  2. salam..
    sy baru bercadang2 nak buat entry2 tentang zaman kanak2.. baru beberapa minit lepas.. sy sudah mengarang dalam otak cerita2 yg sy nak publishkan.. sekali terjumpa blog akak.. maha besar kuasa allah... :)
    sesuatu yg buat sy semakin percaya kuasa DIA.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam puan.. apa khabar Ayu.. dh lama x dengar citer terbarunya di sini dan blog PROF ... semoga dia semakin sihat .

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera faizam,

    Rasanya tidak perlulah saya siarkan nama sebenarnya. Bagaimanapun salam sejahtera buat Anna, kawan puan itu.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera cikbedahlaser,

    Selamat menulis kenangan indah ketika di zaman kanak-kanak.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera Pn Roza,

    Maaf tegur kesilapan typo ya..sepatutnya Charlie's Angels bukan Carlies Angle

    hzm

    ReplyDelete
  7. Assalam,

    My first visit here. Nice nlog.

    ReplyDelete
  8. blog....typo bukan nlog... maafin guwe.

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera hzm and mamawana,

    He..he..typo error. TQ..TQ

    ReplyDelete
  10. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete