Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, June 7, 2011

Kek lapis Sarawak

Pulang dari Scotland, suami ditugaskan ke Kuching, Sarawak. Tugasan yang diterima dengan rela. Tugasan yang diterima dengan penuh debaran. Berdebar kerana itu pertama kali kami menjejakkan kaki di bumi kenyalang.Gambaran orang dayak serta rumah panjang bermain di mata.

Namun, illusi kami ternyata meleset kerana Kuching jauh lebih maju dari apa yang dibayangkan. Ia bandaraya tersusun yang moden ditebingan sungai. Waterfrontnya indah menawan. Bukan calang-calang!

Kami dijemput rakan lama suami. Dibawanya kami pulang ke perkampungan melayu di tebingan sungai Sarawak. Kami dipelawanya tinggal sebumbung bersama keluarga mereka -ibu, emak saudara dan keluarga kakak sulungnya. Beberapa minggu kami disitu sehingga mendapat rumah sewa. Kami menyewa di rumah jiran bersebelahan rumah mereka.

Tahun itu, kami merayakan aidil fitri di bumi kenyalang. Benar kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Di akhir bulan Ramadhan, kami melihat seluruh kampung berpesta memasang lampu kelip-kelip dan pelita. Bertuntung hari tujuh likur, kata mereka.

Persediaan di rumah kecil kami ala kadar sahaja. Selain memasak rendang, sayur lemak lodeh dan ketupat segera, saya membuat kek coklat dan kek lapis strawberi sahaja.

Selalunya kek itu di bakar. Namun, saya terpaksa mengukusnya kerana hanya kukusan sahaja yang terdapat di rumah sewaan itu. Kek lapis strawberi saya perlu mengukus dua adunan berselang seli. Kerja renyah namun saya puas hati dengan hasilnya. Kek itu dihiris-hiris lalu saya masukkan ke dalam piring leper.

"Cantinya..macam kuih lapis," saya memuji diri dalam hati.

Pagi-pagi lagi rakan sebelah rumah dan jiran tetangga datang menghantar juadah. Kami bertukar hidangan. Puas kami menunggu tetamu di rumah selepas sembahyang raya, namun tidak ramai yang muncul. Beberapa kumpulan kanak-kanak jiran tetangga sahaja yang menziarahi. Merekalah yang memeriahkan rumah kami.

Mereka berbisik-bisik apabila melihat hidangan saya. Lagi kuat mereka berbisik apabila saya menuang air sirap biji selasih ke dalam gelas mereka. Mereka menjamah rendang, sayur lodeh dan ketupat segera dalam satu pinggan bergilir-gilir.

"Mari ambil pinggan seorang satu..sedap rendang ni."

"Nyaman tapi kamek kenyang gilak. Di rumah kamek orang masak manok juak.."

Sebentar sahaja mereka meminta diri. Sebelum pulang, mereka menghulur tangan untuk bersalaman. Suami menyambut tangan mereka disertai nota RM1 bagi setiap seorang. Mereka berbisik-bisik lagi sambil menyeringaikan gigi.

Tengahari kami mengambil keputusan untuk berziarah ke rumah rakan-rakan penduduk tempatan. Subhanallah! Kek lapis mereka sepenuh meja makan. Setiap satu lapisannya dijalin halus dengan berbagai corak serta warna. Kami terpesona. Rakan itu memperkenalkan kek yang terhidang itu satu persatu apabila di tanya;

"Itu kek lapis tikar getah, kek lapis sisik ikan, batik kenyalang, tulip, polkadot, ketupat, wawasan...."

Mahasuci Allah yang memberi ilham kepada manusia dengan pelbagai cara. Saya sesak nafas. Dalam diam saya berjanji.. jika mereka datang menziarahi rumah kami, saya tidak sekali-kali akan mengeluarkan kek lapis strawberi!

Gambar ihsan : house of annie

7 comments:

  1. Salam kak Roza,

    Di Madinah nanti, mesti ramai warga Malaysia yang rindu masakan Johor atau Malaysia...mas atu kalau kak Roza nak keluarkan kek lapis strawberi, mereka mesti sangat-sangat gembira.

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Entri ini membawa kenangan 2 tahun lepas semasa saya perlu 'outstation' selama 3 hari di KK, Sabah di mana anak saya pesan belikan kek lapis Sarawak. Saya ingatkan mudah nak dapat tapi setelah 2 hari mencari masuk beberapa kedai kek tiada dan dimaklumkan ada di tempat sekian-sekian sehingga saya sanggup berjalan jauh dari hotel di malam hari (anak punya pasal) tapi masih hampa.
    Pada hari terakhir sebab flight sebelah petang Allah telah mempertemukan saya ke sebuah pasar pagi terbuka dan alhamdulilah setelah tunggu lebih satu jam gerai kek lapis Sarawak dibuka.
    Gembira yang kedua adalah saya dapat beli udang 'Lobster'(Udang Kara) yang dibekukan di airport KK dengan harga yang berpatutan.
    Nikmat Allah yang manakah hendak didustakan?

    hzm

    ReplyDelete
  3. kekekekek... suka baca post kak roza.. ending dia mesti mencuit hati...

    Roni.

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan kak roza...saya juga tak ketinggalan berfikir..mmm orang sarawak mesti tinggal atas pokok...maklum buku sejarah memang tak terang...sampai la berjumpa dengan suami orang sarawak...baru la tau...lebih moden lagi dari kita cuma pembangunan agama masih lagi kurang....kerana masih ramai majoriti agama lain disana...

    ReplyDelete
  5. As salam kak roza.. dah habis pusing sarawak ke.. maseh byak tmpt di swak yg best2.. hehe malah makanan pun best2 trutamanya dabai.. hehe

    ReplyDelete
  6. kat sarawak saling menghormati agama masing2, xde gado2...maklumlh, berbilang bangsa & pertuturan & agamany...InsyaAllah, Islam tetap yg satu.

    ReplyDelete
  7. as-salam kak roza,

    kakak masih tinggal di kuching lagi ke?

    ReplyDelete