Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 17, 2011

Kentang

Ketika di luar negara, nasi merupakan makanan mewah kami sekeluarga. Bayangkanlah harga sepuluh kilo beras panjang [American long grain] mencecah 20 pound sterling! Jika ditukarkan dengan tukaran ringgit Malaysia - sekitar RM90 -RM100!

Kami tidak mampu.

Sebagai makanan alternatif, kami menukar selera dan menu harian dengan roti, pasta dan kentang. Namun, kentang dan sayur segar adalah makanan utama kami. Sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak yang sedang membesar lagi kuat makan, otak saya sentiasa berputar memikirkan apakah hidangan yang perlu disediakan.

Akhirnya saya bertemu dengan kentang!

Semasa di lua negara, saya bertemu dengan berbagai spesis kentang yang berbagai rupa, saiz dan warna. Setiap satu mempunyai kelebihan dan enak dimasak jika kena dengan resepinya.

Di pasaraya luar negara, setiap kentang yang dipromosikan akan disertakan dengan latarbelakang, cara penjagaan, khasiat dan resepinya. Saya teruja!

Saya lebih teruja dengan harganya. Bayangkan.. 10 kilogram kentang yang digunakan khas untuk di goreng [potato chips] atau di panggang [baked potatos] harganya hanya 1.99 pound sterling. Itu sekitar RM10 sahaja!

Subhanallah! Jika itu yang lebih baik, mengapa tidak saya mempelajari segala resepinya. Pilihan itu diberikan oleh Allah bagi kita memikirkannya. Puas mengoreng ia boleh direbus, di panggang, di lecek, di hiris nipis, dijadikan sebagai lapisan, di jadikan sup, dijadikan inti, pegedel dan seribu satu macam lagi..

Kentang.. ia mengajar kami erti menghargai dan mensyukuri nikmat kurniaan illahi. Jika nanti anak-anak saya terlontar jauh di rantau orang, saya akan katakan kepada mereka;


"Wahai anak-anakku.. Janganlah berkira, belajar bersyukur dengan apa jua juadah yang ada. Terimalah kurniaan Allah yang dihidangkan kepada kita di bumi yang dipijak ini. Belajarlan menukar selera. Sesungguhnya kita makan untuk meneruskan hidup bagi mengabdikan diri kepada tuan punya dunia, bukan hidup untuk menjadi hamba kepada makanan di dunia."

Jadi, kami tepuk dompet..sebelum bertanya pada selera!

Hidup biar jadi seperti kentang.. Jika di hidang kepada orang kaya ia jadi mulia, jika tidak ia jadi makanan asas bagi orang biasa-biasa. Pokoknya tidak tinggi menjulang. Merendah diri tetapi dalam diam ia berisi.

12 comments:

  1. Terima kasih Puan Roza... benar kita harus sesuaikan diri..tak salah begitu...spt kata org tua, di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung..masuk kandang kambing kena mengembik, masuk kandang harimau kena mengaum...ketika di luar negara, saya juga tidak menjamah nasi utk berminggu-minggu...ia perkara biasa...
    ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera,

    Ada juga orang berpesan, kalau sudah tahu itu kandang harimau.. jangan masuk ke kandang itu. Takut tidak sempat mengaum..ha..ha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Roza,
    Betul resepi kak roza, semalam saya memasak menggunakan kaedah IMP (Islamic Method/Manufacturing Product), kena ada wudhuk, mulakan dengan nama Allah dan berzikir ketika menghasilkan masakan tersebut, saya dan sahabat serumah makan dengan hati yang gembira, padahal juadahnya cuma cucur ikan bilis...heheheh. Nanti di Madinah, mesti Kak Roza mahir masakan Arab pula, harap dikongsi ye..

    ReplyDelete
  4. wow ini kaedah yang betul-betul berkesan; IMP (islamic method product). si tukang masak - suami atau isteri- kena tahu benda ini.

    ReplyDelete
  5. Ha ha ha... betul sgt tu Pn Roza, jgn dimasuk ke dlm kandang harimau...nahas nanti... kih kih kih... kelakar la plak Pn Roza ni...

    smile
    ;-)

    ReplyDelete
  6. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Betapa Allah Maha Kuasa telah memberi ilham untuk manusia mencipta pisau khas/alat pemotong kulit kentang, banyak memberi kemudahan.

    hzm

    ReplyDelete
  7. Begitulah kami Puan Roza, sedekad berada di negara org, kami menyuaipadan apa yang ada di negara itu dengan selera kami.

    ReplyDelete
  8. oh puan, kata2 hikmah 'hidup seperti kentang' itu sangat terkesan di hati...

    ReplyDelete
  9. Salam Puan Roza,
    Adik saya mencari rezeki dengan menjual kentang goreng di pasar2 malam.Gambar kentang tu amat menyelerakan...apa nama dan intinya?Teringin nak mencuba.Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  10. Cheesy potato skins...wow!Puan izinkan saya copy kata2 hikmah "wahai anak2ku...untuk anak2 saya..terima kasih puan.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...

    dulu saya belajar di uk, satu beg kentang cuma 99p, memang murah. bila beli, kongsi ramai2, makan baked potato dgn shrimp, cheese, dsb... tapi masa tu tak berfikir... mungkin juga lupa nak ucap alhamdulillah... astaghfirullah...

    ReplyDelete
  12. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.org
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete