Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 24, 2011

Roti

Semasa berada di uar negara, selain kentang, roti adalah makanan ruji kami sekeluarga. Roti menjadi menu utama kami dari sarapan pagi, tengahari, minum petang dan malam.




Suatu masa dahulu, saya hanya mengenali roti yang disapu dengan majerin dan kaya. Di musim durian, mak membeli roti bantal dan mencecahnya dengan seraya durian [santan durian tanpa di masak].




Semakin dewasa, saya dapati roti boleh disumbat inti, digulung, dicelup telur lalu digoreng. Atau roti dijadikan sandwich berintikan sardin. Lebihan reja roti sandwich jika direndam di dalam susu dipukul dengan telur, boleh dijadikan puding roti.




Mahasuci Allah! Di luar negara saya bertemu dengan roti yang berbagai bentuk, rasa dan rupa!


Ada roti bun dicecah dengan sup berkrim. Ada roti putih di potong kiub yang di goreng sedikit di tabur di dalam sup berkrim Ada pula roti bun yang besar di keluarkan isinya lalu dimasukkan ke dalamnya dengan sup berkrim!




Semasa di Paris, saya bertemu dengan roti panjang yang dimasukkan inti dan salad di panggil "Sandwich." Kolotnya diri ini kerana tidak terfikir ada juga sandwich sebegitu rupa. Roti itu juga jika dibelah memanjang lalu diletakkan ke atas gorengan ramuan telur dadar boleh dipanggil roti John. Waktu sarapan pagi, kami juga bertemu dengan roti putih yang dicelup telur, digoreng lalu dimakan bersama mentega dan madu. Mereka memanggilnya sebagai "France toast."




Namun, yang paling mengembirakan hati saya apabila dapat belajar membuat roti sendiri. Roti yang diuli dan dibakar dengan tangan sendiri. Paling gembira apabila doh roti itu rupanya jika dileperkan di dalam dulang dan dibakar sebentar..ia menjadi base kepada pizza. Di atas roti itu jika ditabur dengan sos bolognise, sosej, hirisan tomato segar, hirisan bawang besar dan keju cedar serta mozarella ....ia menjadi pizza!




Masa beredar, saya mencari jalan singkat. Kini saya hanya menggunakan roti burger yang dibelah dua, lalu ditabur isi tuna mayonis di dalam tin ke atasnya. Sebelum membakarnya di dalam ketuhar, saya taburkan keju cedar dan mozarella ke atasnya... Emmm ia bertukar menjadi pizza segera!



Subhanallah! Dari roti kita dapat mengenali kreativiti orang.. Kita dapat melihat kebesaran Allah yang memberikan ilham kepada hambaNya tanpa mengira walaupun mereka menduakan-Nya. Roti lambang kasih-sayang Allah kepada hambaNa.

8 comments:

  1. roti? pizza? hmmm... bestnyaaaaa!!
    tq for those luvly sharing..luvs u untie!!

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Pn Roza,

    Roti, percayakah Pn Roza orang utara sebut biskut itu roti..he..he..

    Roti Arab aduhh...lembutnya, saiz di Malaysia S yang ori punya XXL , 'sakit' juga nak dihabiskan..

    Roti Benggali aduh sedapnya mencecahnya dengan kari ikan (yang semalam punya lagi best)

    hzm

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera,
    kak roza,
    masih terbayang bagaimana kak roza bersungguh2 menguli doh di besut untuk dibuat roti yang ditabur serbuk kulit kayu manis di atas nyer...ternganga kami adik beradik menanti roti yang siap dibakar..thanks kak roza...

    JMI

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Roza, hadir di negara orang seorang diri di saat diri amat muda remaja hanya memungkinkan saya utk menikmati segala jenis roti yg ada...saya tak berpeluang utk menguli atau memasaknya sendiri...he he he...
    ketika di sepanyol, roti yg dijumpa semua roti yg keras...menurut kenalan dari Itali, bagi mereka roti yg lembut adalah roti yg 'artificial', roti yg bukan roti sebenar... saat itu terkenang roti gardenia kita betapa artificial nya kita...

    ReplyDelete
  5. salam Pn. Roza,
    semalam saya dah dapat buku Travelog Impian Abadi...seronok membacanya... terkenang masa-masa bercinta dikampus dulu-dulu...

    ReplyDelete
  6. suke juga dgn roti.
    byk kali cube buat sendiri.
    ade kala jd ade kala tidak.
    nice story.

    ReplyDelete
  7. salam puan, saya sangat tertarik dengan buku travelog cinta abadi..setiap ceritanya, semua cinta abadi kepada ALLAH swt....ada lagi ke buku yang lain azleenilias@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. kak nani @ yanbu, arab saudiJuly 5, 2011 at 7:03 PM

    Salam pn roza. Bila berhijrah ke madinah/saudi nanti, puaslah makan pelbagai jenis roti. Orang arab makan nasi bersama roti sekali gus. Roti juga merupakan makanan rugi bagi orang2 arab. Size pula ...besar2 dan tak larat nak habiskan tetapi harganya masih murah.

    Dari kak nani @ Yanbu, Arab Saudi

    ReplyDelete