Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, June 21, 2011

Roasted chicken

Saya masih terkenang-kenang "Roasted turkey" yang terhidang di atas meja pada majlis makan di petang hari natal di rumah Ruth. Bukan sahaja cara hiasannya menyelerakan, hidangan itu juga pasti lazat! Kalaulah Ruth berkata;

"Tuan dan puan boleh makan semuanya yang terhidang di atas meja ini. Di jamin halal!"


Pasti..saya lah orang pertama yang mengambil bahagian peha turkey itu!

Beberapa hari selepas hari natal, tidak ramai rakan-rakan antarabangsa yang datang menghantar anak ke nursery yang disediakan di Universiti. Apatah lagi orang-orang tempatan - termasuk Ruth. Saya menanti-nanti kemunculan Ruth kerana untuk mendapatkan resepi "Roasted Turkey".

Akhirnya, seminggu selepas tahun baru, Ruth muncul kembali. Saya menyambutnya dengan girang hati. Ruth bagaikan tidak percaya apabila saya menyatakan sudah berminggu-minggu saya menanti kehadirannya;

"Maaf kerana buat awak tertunggu-tunggu..kami sebenarnya bercuti sehingga tahun baru di rumah keluarga ibu dan bapa saya di Essex, England."

"Sebenarnya saya mahu meminta resepi turkey yang dihidangkan semasa petang natal tempohari.. boleh?"

Ruth tersipu malu. Tangan kanannya spontan menutup senyuman itu. Subhanallah! Rupa-rupanya masih ada lagi orang putih seperti itu.

"Baik..masa sesi masakan minggu hadapan, saya bawakan buku resepi dan bahan-bahan. Mari kita sama-sama membuatnya."

"Okey, saya bawa seekor ayam dan tempat membakar"

Cepat-cepat saya menawarkan diri untuk membawa ayam halal. Saya dan beberapa rakan dari negara luar teruja. Minggu berikutnya, kami berkumpul di ruang memasak yang disediakan oleh pihak universiti. Begitulah kebiasaanya kami bertukar-tukar resepi dan ilmu.

Bahan-bahan yang digunakan oleh Ruth mudah sahaja. Dia menggunakan garam, lada hitam, plum sauce, BBQ sauce dan campuran herba. Ayam itu di bakar dalam ketuhar dengan ketinggian suhu 250 celcius selama 2 jam. Sementara itu, Ruth menyediakan bahan sayuran seperti carrot, bawang besar dan kentang. Carrot dan kentang di rebus separuh masak lalu dimasukkan ke dalam ketuhar bersama bawang besar. Sayuran tersebut diletakkan dicelah-celah peha dan kepak ayam.

Untuk memastikan ayam itu masak, Ruth mencucuk bahagian isinya dan ayam itu mengeluarkan cecair jernih. Dibawanya keluar bekas pembakar lalu mengasingkan air yang dihasilkan oleh ayam.

"Cecair ini kita gunakan untuk dijadikan gravy."

Kemudian Ruth membungkus ayam panggang itu dengan aluminium foil dan dimasukkan semula ke dalam ketuhar selama setengah jam. Sementara ayam dibakar, Ruth menyediakan gravy iaitu stok ayam yang dicampurkan dengan sedikit cream dan tepung jagung.

Ruth juga merebus kacang peas, cauliflower dan brokoli. Hampir tiga jam menunggu..akhirnya kami menikmati rosted chicken bersama-sama. Emm.. barulah saya tahu, tip memasak roasted chicken adalah cara memanggangnya. Diam-diam saya merancang untuk mereka resepi sendiri. Bahan-bahannya? Ikut sesuka hati...!



Gambar ihsan : rabikkahmyrceipe.blogspot

6 comments:

  1. Salam Roza,
    Kalau dilumurkan dengan olive oil dan diperap terlebih dahulu, mungkin lagi sedap agaknya ya.
    Kalau tak keberatan boleh kongsi resepi sesuka hati Roza. Heehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Lepas 'pelahap' ayam belanda 'pekena' air durian belanda...tidur macam ular sawa kekenyangan

    hzm.

    ReplyDelete
  3. salam..

    kak roza...details nya...kalau saya confirm tak ingat..hehe..cepat lupa..kak roza boleh buat compilation resepi ni..buat buka masakan pula..best tu

    ReplyDelete
  4. untie!! spechless.. tengok semua resipi untie di sini. Tak sabar nak beli buku travelog masakan untie..!! hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Puan Roza,
    Seumur hidup saya tak pernah makan ayam belanda.Teringin nak panggang sekor2 ayam ni..tapi oven kat umah kecik je!Semalam saya buang HP BBQ sauce dan Tabassco..baru tahu ianya ada DNA babi.Inilah penyedap rasa untuk Lamb Chop dan pizza selama ini.Astaghfirullah...puan ada resepi untuk BBQ sauce?

    ReplyDelete
  6. Salam Roza,

    Lepas ni saya menunggu buku travelog resepi pula daripada Roza...

    ReplyDelete