Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, June 22, 2011

Roasted Beef

Saya tidak pernah terfikir sebenarnya memasak masakan barat seperti lamb chop, steaks dan roasted beef tidaklah sesusah seperti yang disangka. Jika dilihat dari tatacara menghias dan harga yang dipaparkan di restoran besar dan di hotel-hotel, harga sepinggan yang dihidangkan...subhanallah! Barangkali kita berfikir berpuluh kali sebelum mengambil keputusan untuk menjamu keluarga ke sana.

Cara memanggang Roasted chicken yang diajar oleh Ruth membuka mata saya. Tambahan pula dengan tip yang diberikan oleh Katie, membuatkan saya lebih berkeyakinan diri. Ruth mengajar saya cara memasak dengan secara peringkat demi peringkat. Tetapi Katie mengajar saya cara melakukan beberapa perkara secara serentak! [ KJ-method].

Tip berikut boleh digunakan pada ayam atau daging panggang cara Katie. Katanya buatlah persiapan sehari sebelumnya. Emm..patutlah di negara barat banyak betul makanan separa masak sejuk beku!

Katie memberitahu tip pertama; Gunakan seketul daging batang pinang. Sediakan bahan dan perapkan pada ayam atau daging. Cucuk sedikit dada ayam atau daging dengan garfu. Perap semalaman di dalam peti sejuk. Bahan perapan akan meresap masuk ke dalam daging.

Tip kedua - Untuk menjadikan daging panggang cantik dihidang, ikat daging tersebut dengan menggunakan tali parcel. Lumurkan sedikit dengan minyak zaiton atau mentega. Kemudian taburkan herba campuran.




Tip ketiga... Esoknya, keluarkan daging yang diperap beberapa jam sebelum dipanggang. Sementara memanggang, sediakan sayur-sayuran sampingan dan pemanis mulut sekali.

Tip ke empat.. hendak lebih mudah lagi, cubalah resepi ini.

Ingredients
1 (3-pound) boneless beef eye round roast
Salt and freshly ground black pepper
1/2 cup plus 2 tablespoons vegetable oil
5 cloves garlic
1 bunch parsley, leaves only
1/2 bunch fresh thyme, leaves only
8 sprigs fresh oregano, leaves only 2 sprigs fresh rosemary, leaves only
2 tablespoons mustard powder
Horseradish Cream, [recipe follows]

Directions
Special Equipment: food processor

Preheat oven to 350 degrees F.

Season roast well with salt and pepper. In a medium saute pan over medium-high heat, add 2 tablespoons oil. When hot, sear roast on all sides, until nicely caramelized, about 8 to 10 minutes. Remove roast to a sheet tray lined with a wire rack.

Meanwhile, place garlic, parsley, thyme, oregano, rosemary, mustard powder, 1/2 cup oil, salt and pepper, to taste, in a food processor and pulse until mixture forms a paste.

Rub paste all over roast. Bake in the oven until the roast is cooked to medium-rare or registers 125 degrees F on an instant-read thermometer, about 45 minutes.

Let roast rest 10 minutes before slicing and serve with Horseradish Cream.

Horseradish Cream:

1/2 cup sour cream
2 tablespoons prepared horseradish
1 tablespoon lemon juice
Salt
In a small bowl, mix together all ingredients. Cover and refrigerate until ready to serve.

Haa..Selamat mencuba.

8 comments:

  1. kena cuba ni,thanks kak roza..belum pernah cuba buat dgg panggang lagi..harus cuba ni

    ReplyDelete
  2. salam, kak roza...... terima kasih utk resipi-resipi makanan yang menarik.

    ReplyDelete
  3. hmmm meleleh air liur, tapi tak rasa pandai nak membuatnya....

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Walaupun orang yang ada darah tinggi wajar elakkan makan daging merah tapi kalau 'roasted beef' mengancam juga ni.....

    hzm

    ReplyDelete
  5. Salam Puan Roza,
    Ada juga ingredient yang tak biasa seperti horseradish.Bahan lain seperti parsley, thyme, oregano, rosemary semuanya ada tapi yang kering.Insyallah akan dicuba.Terima kasih puan..semoga Allah swt sentiasa melimpahkan pahala berlipat kali ganda buat puan kerana sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. salam Puan... aduuuh... mencabarnya... mungkin 2 tahun lagi pun saya tak mampu nak cuba... sedey nyer...

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera emma,

    Horseradish ada terdapat di pasar Malaysia tetapi sebagai bahan alternatif, gantikan ia dengan lobak manis [yang di makan dengan bubur nasi].

    ReplyDelete
  8. Salam Puan Roza,
    Fakirnya pengetahuan saya dalam bab memasak ni...lobak manis pun tak kenal juga...kenal lobak merah dan lobak putih je.He..he..terima kasih puan.Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan kasih sayangNya kepada puan sekeluarga.

    ReplyDelete