Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, June 13, 2011

Pasteri

"Sesuatu yang menjadi kekurangan kita, jangan dipertontonkan" pesan pakar motivasi yang bersiaran di kaca televisyen.

Benar, itu boleh diaplikasikan ketika menjamu tetamu yang datang berziarah ke rumah. Jika tidak begitu berkeyakinan dengan resepi masakan tradisional, usahlah masakan itu yang mahu di tonjol. Jika tetamu yang datang adalah pakar masakan.. jangan bimbang. Resepi kita tidak pernah tersalah bancuhan asalkan ia secukup rasa lemak, manis dan masinnya.



"Makanan yang di masak dengan nama Allah, tidak akan tersalah resepi. Selawat kepada Rasulullah atau sebutlah mana-mana nama Allah banyak-banyak sambil kita mengoreng ikan atau mengacau lauk di dalam periuk."

"Sambil menyenduk lauk ke dalam pinggan berdoalah agar masakan itu mendapat berkat kepada sesiapa yang memakannya dan memberikan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadat kepada-Nya. Jangan lupa mendoakan agar makanan itu mengikat perasaan kasih suami dan anak-anak kepada kita"



Panjang lebar seorang kakak itu memberi petua. Benar, kakak itu tidak pernah merasa gusar setiap kali kami singgah apabila melintasi rumah mereka. Dia dengan senang hati mengajak kami masuk.

"Mari masuk..kita minum kopi dahulu."


Lalu, kakak itu akan ke dapur dan memasak apa yang ada dengan dada yang lapang. Tetamu yang hadir baginya membawa seribu rahmat. Sekiranya kami mahu cepat, lalu cepat-cepat kakak itu menyediakan resepi segera. Di hiris-hirisnya bawang besar, daun bawang dan dimasukkan segenggam ikan bilis atau udang kering ke dalam bancuhan tepung. Sambil membancuh tepung, kuali minyak panas sudahpun terjerang di atas dapur.

"Mari kita makan cucur."

Cucur juga boleh dihidang? Saya memanggilnya sebagai jemput-jemput. Lain orang, lain jenama masakannya. Pantas kakak itu membuat kerja. Sebentar sahaja hidangan minum petang sudahpun tersedia. Benar, tetamu sebenarnya tidak berkira dengan apa yang dihidangkan tetapi sebaliknya layanan atau penerimaan tuan rumah. Itu dapat di baca, apakah mereka menerima kita dengan hati yang terbuka.

Di masa yang lain, apabila suami memberitahu rakan sepejabat mahu datang ke rumah. Saya belajar supaya tidak mengelabah. Yang perlu saya ketahui adalah bilangan yang hadir dan waktu kedatangan supaya saya dapat menyesuaikan keadaan masakan.


"Minum petang.."

Saya hanya diberikan masa satu jam. Kalau saya menyediakan kek.. Ah, kek orang sarawak sangat hebat jika dibanding dengan kek lapis strawberi saya. Lalu, saya adunkan doh pasteri, leper-leperkan ke dalam bekasnya dan bakar sebentar. Sementara itu saya bancuh adunan quice, cream cheese dan apple pie. Ketiga-tiga adunan itu boleh di bakar serentak.

Dalam masa yang sama saya kacau custard di atas dapur. Apabila mengeleggak, tutup api dan saya biarkan sebentar. Kemudian adunan custard dicurahkan ke dalam bekas lutsinar. Saya selang-selikan dengan biskut dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian saya aturkan buah-buahan dalam tin diatasnya dan curahkan jeli segera. "Triple" itu adalah manisan pencuci mulut kegemaran keluarga.


Sebelum suami dan rakan-rakan sampai ke rumah, saya pastikan semua cawan dan pinggan telah terhidang. Suami paling sibuk melayan tetamu dengan mengagihkan kepada mereka setiap hidangan satu persatu. Petua saya, jangan dikeluarkan hidangan pasteri semua sekali. Tinggalkan yang paling istemewa yang akhir sekali sebagai penambat hati - the master piece!

Hadiah yang paling indah adalah melihat senyuman dan jelingan suami!

9 comments:

  1. Pn Roza, apa yang boleh kami cakapkan untuk menyatakan penghargaan terima kasih atas kesudian Prof dan Pn untuk memberikan rumah Ar-Raudhah untuk kegunaan PERKIM Segamat. Terima kasih Pn Roza n Prof atas sumbangan besar dan bermakna ini. Kami bimbang dengan kemampuan PERKIM memanfaatkan rumah agam seperti itu.. Siapa yang nak siram pokok, siapa yang bagi makan burung-burung berterbangan liar, siapa nak bersihkan dalam luarnya.. siapa dan siapa?.. (secara peribadi saya tidak sanggup menerima amanah ini, tetapi atas nama PERKIM, apa yang termampu?)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Senyum2 saya baca entry Untie.. 1 jam boleh siap juadah yang sebegitu rupa. Wow!!

    p/s - miss u!!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Roza,

    Tabik, sebab dapat sediakan hidangan yang sedap2 dlm masa yg pantas!!!Bersyukur dengan anugerah Ilahi..:)

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Berapa banyak rumah warisan yang diturunkan kepada anak-anak terbiar sepi di kampung halaman dan di taman perumahan?

    Daripada ia dimamah anai-anai atau menjadi rumah labah-labah, biarlah dipinjamkan kepada yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera Pn Roza,

    Pn Roza kira Master Chef jugalah.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera Pn Roza,

    Pn Roza kira Master Chef jugalah.

    hzm

    ReplyDelete
  7. Puan Roza,

    Saya bru habis membaca kedua2 buku travelog puan, amat menarik dan amat indah untuk di kongsi dengan anak2...muga puan akn menulis lagi

    ReplyDelete
  8. your blog is very inspiring,puan! :)

    ReplyDelete
  9. hebat. hebat. aku mencari diriku kala membaca segala tulisanmu puan ...

    "cinta" pada tulisan suaminya beralih pada isterinya pula... :)

    ReplyDelete