Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, June 20, 2011

Sup berkrim

Ketika berhenti rehat di ruang rehat staf, saya terliur melihat seorang rakan sekerja mengeluarkan sup panas dari microvawe oven. Perut terasa lapar tambahan pun ketika itu musim salji di bumi Scotland sedang mengila.

Sup berkrim itu di cecah dengan roti. Aromanya memenuhi di segenap ruang rehat staf. Tidak tahan sambil menahan kelaparan, lalu saya bertanya;

"Leslie, sup apa tu? Nampak sedap."

"Sup cendawan dalam tin.. jenama Campbell's."


Leslie tersenyum sambil menunjukkan bekas tin itu di sudut pantry yang masih belum di buang. Rupa-rupanya sup segera. Sup cendawan? Barangkali samakah rasanya seperti sup yang dihidangkan di Pizza Hut ketika di Malaysia?

Tidak tertahan menahan air liur, saya segera menyarung kot lantas segera ke pasaraya berhampiran. Terdapat berbagai jenama sup di atas rak itu. Namun, mata saya mencari jenama "Campbell's." Subhanallah! Berbagai jenis sup berkrim terjual di atas rak - sup cendawan, sup ayam, sup brokoli, sup carrot, sup sayur campuran, sup bawang, sup labu [pumpkin] hinggalah ke sup ekor [oxtail soup].


"Halal ke sup cendawan ni?"


Mata saya segera membaca bahan-bahan yang tertera di label tinnya. Hampir kesemua sup sayuran itu terdapat bahan air rebusan atau "broth" di dalamnya. Kelaparan dan kuatnya naluri untuk mencuba, lalu saya mencapai sup cendawan dan membayarnya di kaunter.


Semasa cubaan untuk membuka tin sup cendawan itu, mata saya masih lagi membaca ramuannya. Hati tertanya-tanya, apakan air rebusan itu datangnya dari rebusan sayuran? Tiba-tiba saya membatalkan niat untuk mencuba. Timbul was-was dan syak wasangka.

Beberapa hari kemudian, ketika Laura [jiran di tingkat 3, dari Canada] datang ke rumah bersama anaknya, saya melihat dia membawa bekalan sup berkrim. Sambil berbual dia menyuapkan sup yang di cecah roti ke mulut anaknya. Segera saya bertanyakan resepi dan "broth" atau air rebusan yang digunakan untuk membuat sup berkrim yang bermain di dalam kepala.

"Oh, kami selalunya menggunakan tetulang ayam, daging atau ikan. Boleh juga menggunakan air rebusan sayur-sayuran seperti kentang, carrot dan sebagainya."

"Bagaimana dengan sup cendawan ini?"


Lalu saya menunjukkan tin sup cendawan yang dibeli tempohari. Laura nampak terkejut dan bertanya;

"Kenapa menggunakan sup di dalam tin? Bukankah senang sahaja membuatnya..?"


Saya lebih terkejut apabila Laura mengajak saya ke ruang dapur. Meminta izin membuka peti sejuk dan melihat apakah sayuran yang saya ada. Di keluarkannya cendawan butang segar yang belum berbuka. Sekotak susu segar dan mentega. Di ambilnya seketul ayam segar lalu di rebusnya. Dalam rebusan itu dimasukkan sebatang daun bawang [spring onion] dan secubit garam. Tangan Laura pantas memotong kuib bawang besar dan cendawan butang.

Sementara stok ayam mendidih, Laura memanaskan periuk yang lain di atas dapur. Dimasukkannya mentega dan bawang besar. Apabila bawang mengeluarkan aroma dimasukkannya cendawan butang yang di racik kasar. Sambil itu disenduknya air rebusan ayam dan dimasukkan sesudu tepung gandum lalu dikacau-kacau. Disenduknya lagi air rebusan ayam. Kemudian bahan tadi di kisar menggunakan "Blender" atau pengisar tangan.

Saya melihat Laura menunjukkan cara membuat sup berkrim dengan pantas. Akhirnya bahan yang di kisar, air rebusan ayam dan susu segar dimasukkan ke semuanya di dalam satu periuk.


"Rebuslah apa-apa juga jenis sayur-sayuran yang mahu dijadikan sup bersama rebusan ayam , tulang atau daging itu. Apabila empuk, sayur itu dikisar di masak bersama susu segar. Jika awak mahukan sup itu kental, masukkan tepung gandum lebih sedikit."

Hari itu saya benar-benar berpuas hati. Mulai hari itu, sup berkrim sering menjadi menu hidangan kami.

14 comments:

  1. Noorlaila GhazaliJune 20, 2011 at 10:11 AM

    Salam kak roza,

    terima kasih kerana selalu memberi resipi dan tips masakan. Sebenarnya dah lama saya berhajat nak belajar memasak makanan barat dgn kak roza....ada peluang lagi tak? Perlu ke saya ke segamat atau boleh tak jemput kak roza ke program kelas masakan muslimat krt2b7 puncak alam?

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Roza... terima kasih krn bercerita ttg sup cendawan... anak2 saya mmg suka dgn sup tu...tp malang saya tak pandai memasak... masak nasi putih dn goreng telur dn ikan aja yg saya pandai...hmmm...
    insyaAllah saya akan cuba resepi sup cendawan yg puan berikan ni... tq tq tq..

    ReplyDelete
  3. salam kak roza..terliur pulak saya baca entry ni..:)

    p/s:entah macam mana..hari tu saya bermimpi kak roza & prof dtg menziarah saya sekeluarga...hehe

    -DeLLa-

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Norlaila Ghazali,

    Subhanallah! Masa luang di hujung minggu kami nampaknya semua sudah terisi.

    InsyaAllah Taala! kalau PTS bagi ruang barangkali suatu hari nanti kak Roza muncul dalam ruang memasak di TV PTS..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Roza,
    Terima kasih atas resepi akak...Insya-Allah saya akan cuba...terima kasih sekali lagi...:)

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Resipi yg menyelerakan......

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera Pn Roza

    Sup berkrim memang sedap tapi saya ni syok sup tulang, sup sayur, sup perut dan sup keting.Sup gearbox tak pernah try dan sup torpedo membuatkan saya geli hati

    ( Jenama Champbell's tak ujud sepatutnya Cambell)

    hzm

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt...

    Setiap kali kak roza bercerita tentang resepi2 di Dundee, saya sudah terbayang resepi2 Madinah yang bakal terpampang di blog kakak. Saya ingin mencuba resepi sup ini...agak2nya, sup campbell di eropah, walaupun dikatakan sup cendawan, mungkin ada dimasukkan stok ayam yang tak disembelih dengan nama Allah...wallahua'lam... ampun jika ia tidak benar..

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera,

    Di dalam al-Quraan saya ada terbaca yang menyatakan "Tidak menjadi halal binatang halal jika disembelih tanpa menyebut nama Allah."

    Wallah hualam.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Alhamdulillah dapat resepi baru. Terima kasih Roza.
    Saya baru sahaja habis membaca buku kisah benar 'Anakku Brain Tumour', tulisan Isyah Radhiah Idris (isteri kepada Che Amran ahli kumpulan Raihan).
    Sungguh sebak membacanya, sama seperti membaca buku2 Roza & Prof. Ia memberi pengajaran yang tidak ternilai untuk kita mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid. Saya syorkan kepada Roza & para pembaca blog supaya membeli dan membaca buku ini.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Roza,
    Kelmarin saya cuba buat sup ayam mcm kat pizza tu, tp tak jd la kak, mcm terlebih pulak ayam yang saya letak, sangat-sangat kecewa..kalau akak sudi, blh bg resepi yg btl2, brp byk ayam, tepung, susu dan stok ayam yg perlu..terima kasih kak

    ReplyDelete
  12. Wah, saya tidak pernah tahu Puan Roza mempunyai blog. Saya sangat ingin mengirimkan sup campbell dari Malaysia. Malangnya kos penghantaran agak tinggi. Saya terus search sup campbell dan list blog puan tersenarai. Saya melihat address blognya dan sangat teruja! Roza roslan! Saya membaca koleksi resepi puan 2 tahun yang lalu. Setiap resepi sangat menyentuh perasaan! Terima kasih kerana berkongsi dengan kami :)

    ReplyDelete