Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, February 14, 2009

Askar Melayu

Adik bungsu kami, lelaki, mak dan abah namakan sebagai Rahmat Syah Razif. Panjang nama itu. Ia adalah lambang kepuasan, lambang penantian, lambang kesyukuran. Lahirnya Razif merupakan suatu anugerah, bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya. Ia menjawab bisikan doa, jua bisikan hati yang termakbul. Ia suatu rahmat dari Allah.

Sebelum itu, saya pernah bertanya kepada mak, kenapa adik-beradik saya keenam-enamnya perempuan. Kenapa kita tidak mempunyai adik lelaki? Kata mak," Mohon kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Dia yang merancang. Dia yang mengabulkan setiap permohonan."

Lalu, selepas sembahyang, kami adik-beradik berdoa secara berjemaah. Kami lihat cara orang berzikir. Mereka kelihatan khusyuk, menggeleng-gelengkan kepala sambil menyebut," La illa ha ilallah" sebanyak-banyaknya.
"Mari kita mulakan. 1,2,3...La illa ha Illallah..berulang-ulang. Bila dah terlalu lama berzikir, nak berhenti macamana? Kami mula memberikan isyarat untuk berhenti. 1,2,3...berhenti!

Dan kami sambung sedikit lagi..1,2,3.." Nak adik laki-laki, nak adik laki-laki.." berulang-ulang. Isyarat untuk berhenti...1,2,3 berhenti!
Beberapa tahun yang lalu, kehadiran adik lelaki bungsu ini benar-benar membawa kegembiraan kepada kami. Memang dia benar-benar berbeza. Penghibur hati keluarga. Abah lah yang paling ketara keceriaannya.
Bila di tanya tentang cita-cita adik lelaki kami semasa kecil dulu, katanya "Razif nak jadi Askar Melayu."
Lalu, abah dan mak membelikannya baju uniform celoreng bercorak askar di pasar malam. Baju itulah yang dipakai oleh Razif siang dan malam. Dia akan berkawat dari dapur hingga ke serambi rumah bersama sebatang kayu ubi yang diikat dengan tali rapia lalu disandangkan di atas bahu persis senapang.
Askar Tajik! Askar Tajik!
Razif akan berkawat perlahan sambil memberi tabik hormat ke arah kami yang sedang menjamu selera di meja makan. Kami membalas hormat sambil senyum meleret.

Hari ini, Razif begitu sibuk memberi tabik hormat kepada pembesar-pembesar Angkatan Tentera di Raja Malaysia. Kesibukan yang membuatkan mak dan abah kehilangan dia. Tiada wujud cuti hujung minggu apatah lagi cuti tahunan. Amat jarang dia mendapat cuti yang panjang.

Kami adik-beradik kehilangan "Askar Tajik" di ruang meja makan rumah kecil ini, apabila kesemua pulang berkumpul balik kampung. Yang ada hanya lah potret kenangan Razif dengan uniform askar di sekolah tadika dan semasa tamat latihan di Institut Pengajian Tinggi.
"Ya Allah..janganlah kau sibukkan dia dengan segala urusan dunia. Wahai tuhan, sesekali, pulangkan lah dia kepada mak dan abah. Sesekali..mohon dia memberi tabik hormat itu kepada mereka..Razif tentu tahu, mak dan abah merindui anak lelaki kesayangan yang menjadi kebanggaan mereka.."

11 comments:

  1. ya sejarahnya ramai umat melayu msia dan umat msia secara am kurang tahu.... bila british dah berundur ke singapore merekalah mempertahankan dan menentang pihak jepun habis habisan dari pantai di kota baharu... sampai ke selatan ke singapura dlm serba kekurangan.
    askar punjab suma berpaling tadah sebab faktor asal politik mereka di negara mereka.(change of masters )..
    bukan parti komunis malaya ya yg mempertahankan tanah air.

    .

    ReplyDelete
  2. Jagalah daulat Askar Melayu, ini tugas kita generasi baru. Alfatihah buat semua roh mereka dan smoga Malaysia akan kekal aman. amin. Teringat pula lagu INILAH BARISAN KITA. Cukup membakar semangat semasa zaman saya budak  dulu. saya sering mengeluarkan air mata bila menyanyikan lagu itu.INILAH BARISAN KITAYANG IKHLAS BERJUANGSIAP SEDIA BERKURBANUNTUK IBUPERTIWISEBELUM KITA BERJAYAJANGAN HARAP KAMI PULANGINILAH SUMPAH PENDEKAR KITAMENUJU MEDAN BAKTIANDAIKATA KAMI GUGUR SEMUATABURLAH BUNGA DIATAS PUSARAKAMI MOHON DOAMALAYSIA BERJAYASEMBOYAN TELAH BERBUNYIMENUJU MEDAN BAKTI.
    kalau salah lirik tolong betulkan sebab dah tak berapa ingat dah. harap maaf. misi

    ReplyDelete
  3. Salam..
    kakliza adalah anak Askar Melayu..
    pernah dulu kkliza cakap ngan mak..takmo kawin ngan askarsebbpenat asik gosok baju kasi licin dan gosok kasut kasi kilat..
    tapi dapat juga org pakai uniform cuma taklah warna hijau ..hanya warna kuning kunyit..dan kasut tak perlu gosok sebb dia pakai safety shoe..selamat daku..
    wakakakkaka..itu kisah zaman kanak2...

    ReplyDelete
  4. Amiinnn....
    Semoga kesibukan itu akan berlalu. Semoga ruang masa akan terbuka untuk Razif kembali ke mengunjungi ayah bonda bagi mengubati rindu hati mereka.

    ReplyDelete
  5. Pulanglah adikku.
    Mak selalu dan terlalu rindu pada adik kita yang seorang ni.
    Teringat jugak dia ada 'boot' kecil yang sering di padankan dengan baju askar tu. Berderap=derap bunyinya di sekeliling rumah. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga adik puan Roza terbuka hatinya untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga...
    Amin

    ReplyDelete
  7. Mungkin kesibukan kerja ditambah pula dengan sesuatu perkara terpendam di jiwa membuatkn anak lelaki kesayangan ini menjauhkan diri.
    Cuba selami hatinya, askar melayu diraja, punya semangat yang cekal dan kuat.
    Tapi luaran x semestinya sama didalam.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya... Harap segala2 nya menjadi semakin baik suatu hari nanti.Insya Allah!-FA

    ReplyDelete
  9. unit askar melayu ni susah nak dapat cuti..mereka adalah unit infantri jd tugas mereka lagi berat dari unit yg lain..latihan&ops adalah menjadi sebahagian dari hidup mereka...sabar lar kak

    ReplyDelete
  10. emm.. tersentuh hati bila baca coretan ini. pasti kak roza bgitu merindui adik kak roza yang dimaksudkan. tapi.... sye pasti, razif juga merindui stiap ahli keluarganya... cuma... tangunggjawab besar yang dipikulnya kadangkala memerlukan pengorbanan... dalamilah hatinya ... yang mungkin nampak kuat diluar... namun sungguh rapuh didalam.

    ReplyDelete
  11. Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete