Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, February 19, 2009

Durian


Tahun 1977, adalah tahun bonus buat abah. Dia menerima cahaya mata lelaki dan permohonan untuk berpindah sekolah juga telah diluluskan. Abah akhirnya pulang ke kampung halamannya di Kampung Paya Jakas, Jementah. Sebuah kampung kecil di kaki Gunung Ledang.

Kampung tersebut dikelilingi oleh dusun buah-buahan. Terkenal dengan buah duriannya. "Durian Segamat" dikatakan durian terbaik di Johor. Bila tiba musim ini, rata-rata topik perbualan dan hidangan adalah hasil bahan daripada buah itu.
Menu kami :

Pagi - jemput-jemput durian dan buah durian
Tengahari - masak lemak durian muda dengan daun kunyit dan cili tempoyak
Minum petang - pulut durian, santan durian, kuih bingka durian dan buah durian
Malam - Masak gulai tempoyak ikan patin
Malah, pergi lah walau ke rumah sesiapa pun di kampung Paya Jakas pada musim itu, menunya hampir sama.

Jadi, jika kita terhidu sesuatu yang tidak di kenal pasti milik siapa...jangan buat andaian melulu. Kerananya baunya hampir-hampir sama.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Roza

    aduss!!
    sedapnya durian!
    teringin nak makan durian yg paling mahal dan paling sedap! Dapat SEBIJI pun jadi laaa.
    tapi apakan daya! TEMPOYAK jer yg ada GREEN LIGHT!

    Salam Hari Jumaat

    ReplyDelete
  2. Roza,
    sekarang dah musim durian ke kat Jementah.
    Kalau ada durian tu, jemputlah kami ...

    ReplyDelete
  3. salam..
    tadi kakliza p Pasar Tani..
    daha da durian tapi mahai betui rege tu..so tenguk jer la..tak beli pun...

    kakliza mmg hantu durian..tapi sayang sekali asnen dan anak2 kurang...
    so kalau nak makan sekali sekala jer boleh layan...
    tapi kakliza tak kira..masak juga masakan tempoyak tu...:)

    ReplyDelete
  4. kak roza,masa saya pregnant jd hantu durian...sebiji bleh habis sorang..padahal..sya ni bukan minat sgt...
    untuk kak roza..dopet mkn dorian..bestnyaaa..

    ReplyDelete