Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, March 2, 2009

Congkak dan biji getah












Dulu, permainan ini kami main di bawah rumah sahaja. Kami korek beberapa lubang. Dalamnya anggaran boleh memasukkan beberapa biji-biji getah.

Untuk mengetahui siapakah yang patut memulakan permainan, pemain perlu membuat undian dengan menggunakan kemahiran tangan. Mula-mula tangan kanan disorokkan ke belakang pinggang masing-masing dan kemudian pemain mengeluarkannya dengan pantas membentuk suatu simbol.

Setiap simbol yang keluar dari tangan kanan pemain mestilah mematahkan simbol yang dikeluarkan oleh pemain yang lain. Contoh, gunting dengan kertas - bermakna kertas akan kalah.

Begitulah seterusnya sebanyak tiga pusingan kiraan.
"1-2-3 OoooooSom! OooooSom! Haa, awak kalah. Saya mulakan dulu."
Lalu, kami bermain sehingga kesemua biji congkak terkumpul di rumah congkak masing-masaing samada di hujung sebelah kiri atau kanan. Siapa yang paling banyak mengumpulkan biji getah bermakna mereka menang!

Permainan yang menguji minda dan ilmu conggak!

Hari ini, congkak mulai dimainkan oleh hantu pula... jika bermain, Jangan pandang belakang!

9 comments:

  1. teringat saya masa kecil2 dulu, main congkak ada musimnya, bila tiba musim 'congkak' saya dan adik2 akan main sampai malam, sehingga la suatu hari mak kata 'haa, main la congkak tu malam2, nanti tengah malam ada "orang" yang tolong sambung mainkan untuk korang pulak"...terus kami berhenti main.

    ReplyDelete
  2. Kalau saya main, tak de yg mula dulu. Dua-dua org akan jalan sekali, dan siapa yg mati dulu, kena la stop dan tunggu next turn ... Pemenang tidak dikira byk buah dalam 'ibu', tapi dikira siapa ada guli lebih dalam lubang congkak ...

    I loooooove congkak .. sorang2 pun layan ... Sekarang ni tinggal papan congkak je sb guli nya dah hilang di trade adik2 untuk main dgn combat2 nya ...

    ReplyDelete
  3. Congkak, memang saya tidak suka main, kerana tak pandai kot. Asyik kalah jer. Tapi, saya suka main batu seremban, atau yang pakai tutup botol tu. Bab tu, boleh ler. BTW, boleh ler buat aktiviti students atau PEWANI, perlawanan permainan traditional.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Sekarang ni papan congkak pun tak tahu lah nak cari di mana.

    Kalau jumpa, apa kata untuk Pertandingan Congkak pusingan pertama kita gandingkan Peesha dengan Zana.Dah tentu Peesha akan menang mudah!

    Main pakai tundung botol tu..saya panggil "main Ceper". Lebih kurang sama konsep dengan Batu seremban, guna kecekapan tangan untuk timbang.Siapa paling banyak dapat sambut batu atau ceper dapat banyak kutipan mata.

    Ha..ha..terasa nak cari batu seremban pulak!

    ReplyDelete
  5. Dulu korek lubang atas tanah utk main congkak. Pastu abih kotor kuku... huhu

    ReplyDelete
  6. salam puan roza...
    saya tak pernah main congkak tapi nampak papan congkak je pernah la..
    lagi pon skang zaman moden..congkak pon da masuk dalam henset mcm bantumi tu...
    hehehe

    ReplyDelete
  7. saya juara congkak waktu kolej buat pertandingan permainan tradisional waktu sambutan KEMERDEKAAN ke 50.

    memang meriah lah!
    lawan dgn pensyarah lak tu
    yg jadi juri org2 dari KEKWA
    bila pensyarah tgk kitaorg nak menang mula ler nak ugut tolak markah exam!
    haha...

    tapi kami tetap lawan smpai jd juara!
    hihihi...
    siap dpt sijil lagi!
    :-p

    p/s: rindu lak saat2 tu.

    ReplyDelete
  8. salam..
    masa kakliza awal belasan tahun tinggal ngan nenek kat Melaka..
    kami sepupu semua mmg suka main congkak bawah rumah..korek lubang...
    sampai nenek mengamuk sebb tak tolong dia kerja sbb nenek adalah pengusaha kantin sekolah..

    le ni hanya tinggal kenangan..
    anak2 dibandar tak pandai dan berkesempatan bermain congkak due to banyak benar permainan letronik or siber..
    maybe diluar bandar masih ada lagi kot..[tapi kakliza dok diluar bandar pun tak nampak permainan ni dirumah2 depa...]
    sayang sekali...

    ReplyDelete
  9. main congkak memang best..haha
    adik saya masih main lagi congkak saya yang dalam hampir 10 puluh tahun...lama gak.
    kalau main mesti main tipu pastu kalah adik saya bergaduh..ishk-ishk. (^_^)
    hehe

    ReplyDelete