Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, January 31, 2009

Otak-otak


Semasa zaman budak-budak, saya sering keliru dengan komunikasi orang-orang dewasa. Satu perkataan yang digunakan akan menjadi maksud yang lain apabila ia digandakan. Saya merasa amat hairan apabila orang dewasa memanggil sesuatu benda tetapi ianya bukan berasal dari benda yang dimaksudkan.

Contohnya, isi ikan yang hancur dicampurkan dengan rempah ratus lalu dibungkus ke dalam daun pisang akan di panggil "Otak-otak". Tetapi jika ianya dibungkus dengan ikan sekelar-sekelar bersama daun-daun ulaman ia dipanggil "Botok-botok".

Suatu hari saya bertanya kepada Mak Wa adakah otak-otak itu diperbuat dari otak? Adakah rupa otak itu macam otak-otak? Jawapan Mak Wa," Tidak."

Di masa yang lain, saya mendengar kakak-kakak sepupu saya bergossip tentang artis yang terdapat di majalah URTV.

Kata mereka," Sah! Ini mesti pakai botok!". Saya akan belek betul-betul gambar muka artis itu. Dalam hati saya berkata,"Ya Allah, tak pedih ke kena sambal dalam botok-botok tu.."

Suatu petang, ketika membeli jajan di kedai abang Jo yang terletak di pangkal jalan, saya mendengar beberapa remaja ketawa berdekah-dekah. Gelihati benar nampaknya.
Sambil ketawa, salah seorang menyebut," Kepala hotak kau!"

Sampai dirumah, saya dapati mak dan abah sedang menonton cerita P.Ramlee - Bujang Lapok. Saya terasa sangat gelihati melihat satu babak di dalam cerita itu. Lalu saya mencuba perkataan baru,"Kepala hotak kau!"

Tiba-tiba abah berkata,"Tutup TV sekarang!"

Zaman budak-budak yang indah, tetapi penuh tanda tanya.

11 comments:

  1. hehe... bahasa dan keindahannya!

    ReplyDelete
  2. Kata mereka," Sah! Ini mesti pakai botok!". Saya akan belek betul-betul gambar muka artis itu. Dalam hati saya berkata,"Ya Allah, tak pedih ke kena sambal dalam botok-botok tu.."


    hahaha kelakar la Puan.

    ReplyDelete
  3. haha....memang kelakar. Mungkin tips baru nak kekal muda belia, hehe pakai botok-botok bukannya botok.

    ReplyDelete
  4. salam..
    kakliza baru jer ditanyakan oleh pengunjung blog akak mengenai resepi otak-otak..
    akak pernah buat otak-otak ni jaman anak kecik2 dulu..
    nampaknya akak kena buat dan tulsikan resepi untuk memenuhi permintaan pengunjung itu..
    bab botok-botok tu ada juga buat..mmg sodap...

    masa jaman muda juga akak suka sangat buat Gulai Ciliapi Otak lembu..buat pedas2..ayoyoyooyo..mmg sedp..
    tapi le ni tahu pasal kolestrol tu ..ampun ler...mmg tak masak dah...

    bab perkatan kepala hotak tu..akak pun mmg tak suka menyebut dan mendengarnya..
    terlalu kasar perkataan itu w/pn bergurau..
    so mmg make sure anak2 tidak menyebutnya...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya otak2.............

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Kelakonya...akak membayangkan muka yang pakai botok2.
    Agaknya penggunaan botok ni dah lama, masa Roza kecil dah ada org guna. Akak dah tua2 ni baru dengan tentang botok ni (Siannya aku)

    Kak Wati

    ReplyDelete
  7. Salam Roza,
    Di nogoghi takda otak-otak ni dululah. Saya cuma mencuba memakannya apabila telah tinggal di Jokor sekitar tahun 80an. Botok-botok pila sampai sekarang pun saya tak pernah rasa lagi...agaknya. Botox tu saya tahulah, tapi saya rasa tak perlukannyalah.. Hahaha...

    ReplyDelete
  8. otak kalau masak lemak cili api memang sodap. tapi ..... bila teringat asal usul otak tu jadi rasa ..... ???? ahaks,belum cuba makan lagi.

    misi

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Otak-otak... su suka makan ni. sedaappp...

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete