Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, February 22, 2009

Ubi Rebus


Mak Wa selalu bercerita kisah-kisah lampau, terutamanya apabila kami begitu berkira atau terlampau memilih makanan yang terhidang.

Katanya " Ini lah makanan ruji masa zaman perang Jepun dulu. Selalunya Mak Wa akan rebus bersama segenggam beras. Di makan bersama nyior muda yang di kukur. Kalau bosan, ubi rebus akan di tumbuk bersama nyoir tadi lalu, di kepal-kepal menjadi bebola"

Mak Wa selalunya merebus ubi kayu dengan agak banyak. Siapa sahaja tetamu yang singgah ke rumah, akan dipelawanya menikmati ubi rebus yang empuk gebu bersama kopi-O panas. Ubi rebus tadi akan di hidang bersama nyoir muda kukur yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula.

Jika tidak habis, Mak Wa akan meracik-racik ubi rebus tadi lalu di jemur di tengah panas. Ubi racik tadi di jemur berhari-hari sehingga kering. Ia kelihatan seperti kerepek. Setelah cukup kering, Mak Wa mengorengnya pula. Proses seterusnya, Mak Wa akan menyira kerepek tadi seperti kuih keria. Manis, garing, lemak dan ranggup!

Hari ini, jarang sekali saya melihat kerepek seperti itu. Atau, ada kah di antara kita tahu bahawa kerepek seumpama itu pernah wujud sebagai kerepek tradisi melayu?


6 comments:

  1. Salam...

    Saya tahu kerepek itu. Saya masih simpan kerepek buatan terakhir arwah mak saya yang meninggal kami semua pada raya tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. salam..
    ni semua makanan orang2 jawa..
    kat banting banyak lagi kerepek ni.

    oked

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum YatiB

    Kerepek itu tidak akan tahan kalau di simpan lama. Namun, ingatan kepada arwah mak pasti kekal abadi.

    Nikmatnya dipenuhi kasih sayang mak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Oked,

    Iye ke makanan orang Jawa? Tak apa lah, tempe pun dikatakan makanan orang Jawa juga, tapi nampaknya sama ramai yang makan daripada kaum lain. He..he

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Roza,
    Sedapnya...baru berkesempatan meninggalkan komen.Seronok baca cerita Kak Roza.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nazhatulshima,

    Cerita orang kecil. Tak ada apa yang boleh dikongsikan..cuma kenangan cerita diri.

    ReplyDelete