Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, June 22, 2009

Warkah Pertama


Petang itu saya terima sepucuk surat yang diletakkan di bawah meja. Sudah pasti daripada pelajar di persekolahan sebelah pagi [ Tingkatan 2 - 5]. Entah bagaimana ia berada di situ, saya tidak tahu.

Sebelum itu, saya pernah terima beberapa nota yang ditinggalkan dibawah meja yang sama. Entah siapa yang menulisnya, tidak saya peduli. Saya biarkan ia terkumpul disitu sehingga menerima amaran, rakan yang duduk semeja di sebelah pagi :

Saudari,

Saya tidak peduli sekiranya saudari diutusi nota oleh ramai pelajar lelaki. Tetapi, saya tidak tahan sikap pengotor saudari yang keterlaluan. Tolong buang kertas surat kiriman berkenaan!

Yang Benar,
Jxxxxx
Tingkatan 2A

Saya panas hati dan mula mencari-cari "Jejaka Pembersih" lagi berterus terang itu. Tidak pandai menjaga hati orang. Lancang!
"Handsome sangatkah muka dia?"

"Nanti kita pakat cari sama-sama."

Rakan disebelah meja sepakat dengan hasrat hati saya.

Tetapi, surat yang saya terima petang itu agak berlainan sekali. Bersampul wangi dan tulisannya begitu kemas sekali. Hati terpaut, mulut tersebut. Lalu, saya mengambil keputusan untuk membacanya selepas waktu persekolahan. Surat tersebut saya selitkan ke dalam salah sebuah buku teks sekolah.

Sampai dirumah hati berdebar-debar. Perasaan mahu membaca membuak-buak tetapi takut untuk mengetahui apakah kandungan di dalamnya. Saya tunggu sehingga selesai makan malam dan menghabiskan kerja-kerja sekolah yang cikgu berikan.

Selalunya saya sibuk bercerita kepada mak tentang apa yang berlaku disepanjang waktu persekolahan. Tetapi, hari itu saya senyap sahaja. Diam seribu bahasa. Saya kira mak perasaan, tetapi didiamkan.

Sebelum tidur, perlahan-lahan surat misteri itu di buka. Ya Allah, bedak wangi di dalam sampul surat terbang bertaburan! Saya membaca dengan debaran penuh di dada. Dapat menangkap apa maksud yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Tersenyum sendirian. Maksudnya mendalam. Bergetar jiwa raga anak gadis remaja di sapa anak teruna.

Hampir seminggu saya menjadi pendiam. Terkedu dalam khayalan. Mencari-cari dan tertanya-tanya siapakah gerangan yang ingin berkenalan. Apa yang pasti, ia bukan datangnya dari rakan semeja "Si pembersih" di sebelah pagi itu. Nadanya berbeza. Pasti ianya datang dari pelajar tingkatan yang lain.

Hati berbelah bahagi. Samada patutkah saya membalasnya atau mendiamkan sahaja. Hati tercuit dengan dua baris perkataan yang mengesankan. Ia amat menganggu perasaan :

"Pecah kaca, pecah gelas
Sudah baca, harap balas..."

14 comments:

  1. Citer ni To Be Continued.. ke apa ye? Suspennya nak tahu gak apa cerita telenovela selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Salam..
    kakliza pun nak tahu apa kesudahan citer ni..
    seronok ni..

    ReplyDelete
  3. Hihih debaran anak muda remaja... ada sambungan ker kak ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Rasa-rasanya, you all nak cerita ni di sambung ke tidak?

    ReplyDelete
  5. sambung ye ceritanya

    ReplyDelete
  6. Salam Puan....

    Selamat kembali....Tersenyum saya pagi nie melihat cerita telenovela bersambung kembali setelah berehat untuk 3 minggu.....

    Emmmm tak sabar menanti kesudahan telenovela niee....ternanti-nanti episod seterusnya.....

    Hanis

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Hanis,

    Cerita zaman remaja ni, kena tapis-tapis dan tepis-tepis sebab banyak 'bodohnya'..
    he..he

    ReplyDelete
  8. sapa sapa?? tak sabar nak tau!! hehe..Pn roza boleh buat novel camni!! hehe

    ReplyDelete
  9. Saya hanya mampu tersenyum sahaja :)

    ReplyDelete
  10. salam roza,
    cerite yang menarik. memang mendebarkan bile dpt surat wangi gitu. harap dapat sambung cite ni lepas tapis dan tepis!

    kak jose

    ReplyDelete
  11. salam.saya link blog puan dgn blog saya kerana seronok baca cerita puan. tambah terpesona dengan cerita kutu.rupanya itu yang tersirat.'dia' pun sudah lama arwah.tapi kenangan tntng kutu tu tetap tersemat di ingatan.alfatihah.

    ReplyDelete
  12. kak roza, kisah-kisah bodoh di zaman remaja dulu kalau dikisahkan semula, seronok juga... ;)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum D,

    Ha..ha..
    Jom dengarkan 'kebodohan' zaman remaja saya.

    ReplyDelete