Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, April 13, 2010

Inflight Catering

Perjalanan dari Edinburg ke Heatrow London mengambil masa satu jam. Campur tolak dengan menanti pesawat lewat, akhirnya jumlah keseluruhan perjalanan kami ke Kuala Lumpur hampir 20 jam.

Pesawat MAS bertolak pada pukul dua belas tengah malam. Kami kepenatan. Sebaik sahaja mendapat tempat duduk, masing-masing terus terlena. Dengkuran suami jelas bergema-gema. Kelihatan penumpang yang duduk berhampiran suami, beria-ia menekup telinga dengan bantal mereka.

Beberapa jam kemudian, lampu dipasangkan. Terang benderang, sebagai isyarat makan malam dihidangkan.
“Tuan, hidangan makan malam disediakan pilihan daging panggang bersos lada hitam dengan kentang atau pasta ayam dengan sos tomato. ”
Namun, ia langsung tidak menarik hati kami. Puas di pujuk, akhirnya kami bersetuju menjamah makanan. Di barisan sebelah kiri kami, pasangan dari negara barat sedang menikmati minuman keras yang disediakan oleh krew pesawat. Melalui ekor mata, saya menjeling ke arah mereka.


“Tidak mabukkah mereka?”
Beberapa ketika, mereka meminta segelas lagi minuman keras. Jelas, ia tidak digemari oleh pramugari. Namun, barangkali kerana polisi syarikat mereka "Pelanggan adalah diutamakan”, jadi mereka melayan sahaja.


“Maaf, mengikut polisi hanya segelas arak sahaja dibenarkan dalam pesawat ini.”
Saya gementar untuk menegur, namun teguran yang paling lemah adalah berbisik dalam hati. Barangkali polisi syarikat boleh berubah jika mereka takut kepada Allah serta mengikut Al-Quraan dan sunnah. Nabi bersabda:


"Barangsiapa yang minum arak maka sebatlah dia "(Hadis Riwayat Ahmad)
Kadang-kadang saya menjadi keliru dengan polisi. Dalam negara yang memartabatkan rukun negara dengan Islam sebagai agama rasmi, perkara yang jelas hukumnya seperti itupun masih dapat dihalalkan kerana polisi. Tidak takutkah kita kepada Allah yang telah membuat ketetapan larangan dalam Al-Quran? Sabda rasulullah lagi:



" Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak kepadanya " (Hadis Riwayat Abu Daud )

Astagfirullah! Saya lelapkan mata. Dalam hati berdoa supaya Allah menyelamatkan pesawat kami dari sebarang mala petaka. Jangan sampai Allah murka sehingga melibatkan semua yang ada dalam pesawat ini.

Na’uzubillah! Muga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada si pengubal polisi syarikat penerbangan ini.

Apapun yang terjadi, biar kami sampai ditanah air dahulu. Biar kami dapat bertemu keluarga. Dapat memeluk emak, abah, ayah, wan serta adik-adik dan seluruh keluarga tercinta!

Rindu. Rindu dendam pada mereka. Biar terubat dahulu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Roza, semuga semua berada dibawah kerahmatan Allah SWT selalu hendaknya. Saya pernah naik pesawat bersama sekumpulan pak hitam membaca quran (pocket size) tanpa henti.Makan minum pun tidak.Penerbangan dari KL to Kuching.Berbalik pada catatan Puan,saya pun hairan kenapalah meraka perlu mencampuradukkan yang halal bersama yang haram.Saya pernah terdengar orang2 tua berkata manusia zaman sekarang tidak takut kepada balasan Allah,mereka ambil mana2 yang selesa denagan keperluan mereka.Tak tahulah Allahualam. Salam dari Dilla.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Pn. Roza. Suka baca blog puan, mungkin ada yang boleh dijadikan panduan... insyaallah. Biasanya saya baca blog Prof itupun hanya sebagai silent reader. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. betul tu kak...kekadang bila dok atas flight ni..bukan orang putih jer teguk benda tu..kekadang pak2 arab ataupun orang2 kitapun ada...tak takut akan amaran Allah S.W.T.

    ReplyDelete