Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, April 12, 2010

Pulang 2

Akhirnya, sejam kemudian suami membuka mulut memohon pergi walaupun tuan rumah bagaikan tidak puas dengan kedatangan kami.

“Mohon maaf, kami perlu sampai sebelum pukul 7 malam. Pukul 6 kami kena pergi”
Seperti dijangka, jadual metro mengalami kelewatan. Oleh itu, rakan tadi bersedia menghantar kami dengan menaiki kereta mereka. Namun, dalam perjalanan keadaan trafik bergerak amat perlahan. Kereta yang dinaiki seolah-olah langsung tidak bergerak. Kami cemas!
Namun, masih dengan perasaan sukacita penuh didada, rakan tadi menyambung bicara;

“Di Malaysia nanti, InsyaAllah saya pasti cari tuan. Saya tinggal di daerah berhampiran dengan kampung tuan”

Walau bagaimanapun, kami sudah tidak peduli dan tidak berminat lagi untuk bercerita panjang. Berdiam. Tumpuan hanya diberikan kepada keadaan trafik yang melemaskan! Memandu di tengah kota London dalam waktu-waktu cemas, bukan pilihan terbaik jika difikirkan. Terlintas perasaan menyesal kerana menerima jemputan rakan tersebut ke rumah mereka, jika kami menjangka musibah yang berlaku di depan mata.

“Ya Allah, jangan lah trafik. Cepatlah. Cepatlah sampai!”
Rakan tadi masih lagi meneruskan cakap-cakap yang kami sudah tidak peduli biji butirnya. Kereta betul-betul sampai di Heatrow lewat 5 minit sebelum pukul 7 malam.

Kami bersalaman, mengucapkan terima kasih dan bergegas turun. Pasti kami terlambat sampai ke tempat pendaftaran jika tidak segera pergi. Lalu, kami sekeluarga berlari-lari tanpa mempedulikan sesiapa. Suami mengheret beg-beg ditangan. Saya mengheret Sara dan Azrai. Mencapai troli, menaikkan mereka diatasnya dan menolak dengan segera . Lintang pukang!

Apabila sampai, pegawai kaunter tiket tersenyum melihat kami berpeluh-peluh seluruh badan. Wangian serta bau peluh dari badan berbaur-baur menghasilkan aroma yang tidak tertanggung oleh hidung sendiri.

Kasut jenama Clarks yang baru disarung buat pertama kali, bagaikan menyiat-yiat kulit kaki. Kasut tumit tinggi yang dipakai, tidak sempat hendak digayakan dengan berjalan cara melaram. Entah berapa kali kaki terpelecuk, sudah tidak terkira.

Kasut tumit tinggi boleh jadi patah, jika saya masih terus berlari. Silap-silap saya terpaksa berjalan "kaki ayam" atau dipapah jika kaki tergeliat. Ah, angan-angan untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga yang menunggu dilapangan terbang Subang, pasti tidak kesampaian.

Kami tanggalkan sut di badan. Bau peluh serta tengik ketiak menyengat! Sara dan Azrai meronta-ronta meminta menanggalkan kasut mereka. Belumpun sampai ke Malaysia, kami semua telah hilang gaya! Kusut masai.

Sambil memulangkan passport, pegawai itu berkata;

“Jangan bimbang. Bertenang. Pesawat akan bertolak lewat 3 jam. Di beberapa bahagian pekerja-pekerja lapangan terbang ini sedang mogok. Mereka meminta gaji dinaikan”

“Ah, bagus!”

Spontan terkeluar perkataan itu, berserta teriakan gembira. Tingkahlaku yang menyebabkan pegawai itu boleh keliru. Keliru, samada kami gembira kerana kelewatan pesawat atau kerana menyokong sikap berani pekerja untuk mogok demi tuntutan gaji.

Mahasuci Allah! Kelewatan itu sering dilihat sebagai menyusahkan namun, sebaliknya ia melegakan perasaan disuatu pihak yang lain. Kami melihat bagaimana Allah memberi bantuan.

7 comments:

  1. syukur selamat selamat!

    itulah orang baik-baik selalu ada jalan keluar..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Senak juga dada baca adegan suspen ni.....
    Subhanallah. begitu unik aturan Allah.


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak wati,

    Yang tak tahan tu..kasut tumit tinggi, tak sempat nak berjalan cara melaram dengan penuh bergaya.

    Entah berapa kali kaki terpelecuk, dah tak kira..he..he asal menang gaya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    he..he..he...kelako lah pulak. Nak bergaya punya pasal. nasib baik tak terseliuh. Kalau tak sampai Malaysia kena papah....
    Langsung tak boleh bergaya.


    Kak wati

    ReplyDelete
  5. lembut sekali tiap akhiran entri puan..membaca dr atas ke tengah perasaan normal,tapi bila di hujungnya pasti tersentuh!

    ReplyDelete