Dari Jementah ke Muar, kami melintas Kampung Paya Jakas. Dari dalam kereta saya menoleh ke kiri jalan, memerhatikan sekolah lama.
Sekolah papan satu setengah tingkat sudah tiada! Bangunan itu sudah rebah menyembah bumi. Disitulah saya pernah menendang ala-ala teakwando seorang budak lelaki ketua samseng yang akhirnya menjadi pengikut saya.
Pokok bunga tanjung juga sudah tiada lagi. Namun, harumannya yang menusuk kalbu masih tetap berbekas di hati.
Yang masih ada hanyalah banjaran gunung ledang, masih gagah berdiri megah dicelah kepulan awan. Saya menghela nafas panjang-panjang. Rindu terubat.
Jalan besar sepanjang laluan dari Jementah ke Tangkak, masih lagi seperti dahulu. Jalan yang pernah kami lalui ketika masih kecil-kecil dahulu, apabila mak wa dan atok abah membawa kami ke kampung Liang Batu semasa cuti sekolah. Nama kampung kami dan kampung itu tidak tercatat di dalam peta.
Ada dua jalan ke Kampung Liang Batu. Pertamanya, melalui Jalan Kundang Ulu. Dari pekan kecil Kundang kami menyeberangi sungai Muar dengan menaiki sampan dipanggil "kotak" terus ke kampung Liang Batu.
Jika musim tengkujuh, apabila air sungai Muar melimpah ruah, kami lalui jalan ke dua iaitu melalui Bukit Kepong dan Lenga. Dari Bukit Kepong bas akan mencicirkan kami disimpang Kampung Liang Batu dan ia meneruskan perjalanan ke Pagoh terus ke Bandar Muar.
Untuk ke Hospital Muar, kami masih juga terpaksa melalaui jalan Tangkak. Jalannya yang sempit, tidak rata dan bengkang-bengkok masih lagi jalan yang dahulu. Selekohnya yang tajam berhampiran air terjun gunung ledang masih lagi disitu. Ada sudut-sudut selekoh tajam yang penghadang tepi jalannya kelihatan telah dirempuh kenderaan beratus-ratus kali, juga tetap di situ. Masa yang berlalu rupanya tidak mengubah sedikitpun keadaan sekitarnya.
Barangkali masyarakat disitu telah biasa dengan jalan seperti itu. Mereka tiada banyak kerenah. Atau, mereka tidak pandai mengadu apatah lagi meminta-minta jalan yang lebih baik kepada wakil-wakil rakyat mereka. Atau, mereka tidak diberikan borang maklumbalas pelanggan sebab itulah wakil-wakil rakyat berpendapat bahawa tiada apa yang tidak kena.
Saya pernah mendengar cerita dari Pak Uda, yang jalan itu akan dibina dengan laluan yang baru. Namun, seingat saya, janji jalan baru itu hanya kedengaran semasa kempen pilihan raya. Ia cerita lama, bertahun-tahun dahulu.

Tahun-tahun berikutnya, jalan itu masih lagi seperti itu.
Membaca entri kak roza mengingatkan saya kepada kata-kata " org johor, berkali2 tertipu dengan janji2 manis pilihanraya yang entah kali keberapa...masih tetap setia dulu kini dan selamanya! Habis tu camna..bila nak berubah?
ReplyDeleteAzalea Ayu
Salam K.Roza,
ReplyDeleteNostalgianya...
abah sy org Muar.. dulu masa kecik seronok bila dpt naik sampan utk gi kampung seberang...
Husband sy pula org Kg. Paya Mas,Tangkak.. ..kalau balik rumah mertua selalu juga gi air terjun Ledang..mmg merbahaya jln tu..
rgds,
ms.legolas
Salam Pn. Roza,
ReplyDeleteNama kampung saya ada tercatat di peta itu. Tersenyum saya melihatnya. Bukit Kangkar, Sungai Mati. :)
Assalamualaikum
ReplyDelete'Orang johor' ...nampak je garang...hati lembut.....he..he..he.. (ye ke)
oooops lupa letak identity
ReplyDeleteKak Wati
Saya pernah menyusur laluan ini pada sambutan hari raya tahun 1974 menaiki bas MARA dari pekan Jementah ke pekan Kundang. Rupa basnya mirip seperti bas mini KL. Muatannya pula tidak ubah seperti bas mini, macam tin sardin.
ReplyDeleteApabila sampai di pekan Kundang, saya menaiki kotak untuk keseberang dan berjalan kaki sehingga ke rumah saudara saya di Kg. Liang Batu. Di sana saya sempat berkunjung ke rumah pakcik Haris (bapa saudara Roza)dan berkawan dengan anaknya yang bernama Midi (kalau tak silap namanya), bermain mercun dan bunga api bersama.
Tapi sekarang cerita bas MARA hanya tinggal kenangan kerana perkhidmatan bas ini sudah tiada lagi. Lama betul saya tidak ke sana, dan menyimpan hasrat untuk ke sana lagi bagi mengimbau kenangan silam.
Setuju ngan azalea, tgk aje jb ntah aper2 laa..jlnraya, bgn lintang pukang, tak malu ke ngan jiran kita org melaka yg lebih advance,tak yah laa banding ngan spore...
ReplyDeletekak zai
saya da 14 thn jd menantu org kg melayu k.ulu(tp x duk dgn mertua)mase mula2 msuk kg 2 mmg mcm pelik,yg bestnyer sg je...tp skrg ok,eh bawak diri...jln ke ledang stil mcm 2 gak...yg lain sume ok tgk je bkt gmbir yg cntik n pesat membgun...
ReplyDelete