Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, April 27, 2010

Itukah mak wa?

Entri untuk topik ini tidak dapat saya siarkan.

Ia terlalu menyentuh hati dan perasaan. Jika dapat diputarkan masa, ingin rasanya agar ia tidak berlaku. Namun, itulah ketentuan Allah yang maha kuasa.

Berikut adalah secebis petikan dalam Travelog Cinta Abadi : Suatu perjalanan.

Di hospital, kami mencari wad yang dimaksudkan. Mencari mak wa. Dari jauh kelihatan seorang perempuan tua, terlantar lemah lesu tidak bermaya. Tidak mungkin itu mak wa.

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [55] Surah Ar-Rum

8 comments:

  1. puan...ternanti2 sy enti tntg mak wa...tertanya2 apa yg terjadi

    ReplyDelete
  2. Bila puan roza bercerita tentang mak wa, saya teringat arwah nenek saya. Saya rapat juga dengan arwah nenek. Semoga rohnya, ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Della,

    Nantikan dalam Travelog Cinta Abadi: Suatu perjalanan. Buku ke 2 saya, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Roza buat suspen je lah....




    Kak wati

    ReplyDelete
  5. roza,


    Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (54)

    rasa macam ayat 54 bukan 55.

    cuba check. maaf kalau saya yang salah....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum najwa's mom,

    Ya, Surah Ar-Rum ayat 54. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  7. Salam Puan Roza,

    Alhamdulillah buku puan telah saya terima semalam. Terimakasih saya ucapkan kepada puan dan suami, Sudah membaca separuh darinya, akan sambung lagi malam ini ...

    Terharu saya kerana puan telah meletakkan URL webhadis dan Sumber utama untuk rujukan terjemahan Al-Quran dan Hadis. Cuma saya ingin memberitahu perubahan pada URL tersebut. Ini adalah kerana hard disk di server lama fakulti crash down, URL yang lama tidak dapat diakses lagi. Ini ada URL baru yang diletakkan di server UiTM di PSMB.

    http://sigir.uitm.edu.my/webhadis

    manakala untuk sumber utama pula:

    http://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php

    Harap puan dapat maklumkan kpd pihak PTS sebelum cetakan baru dibuat.

    Jazakillahu khairan kathira

    Wslm,
    Nurazzah Abd Rahman(nurazzah8)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nurazzah,

    Terima kasih.

    Sesuatu yang datang dari hati akan pergi ke hati.

    ReplyDelete