Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, May 31, 2010

Di sebalik kisah Epilog Cinta dari Bromley..

Semasa usia remaja, kami [saya, Tuti dan Ratna] sangat mengilai lagu-lagu Sohaimi Mior Hasan. Terutamanaya Epilog Cinta dari Bromley. Kami sekat makan. Duit saku sekolah yang diberi abah , kami kumpulkan untuk membeli kaset lagu tersebut di pasar malam. Beli yang original!


Sebabnya lagu yang kami rakam dari FM stereo, kebanyakan mutu suaranya tidak menepati citarasa kami, walaupun di rakam berkali-kali. Jika terdapat permintaan dari peminat untuk memainkan lagu tersebut [yang tercatat di ruangan FM dalam surat khabar], kami masih lagi terus merakam dan mendengar.

Kami mendengar dengan penuh penghayatan, bagaikan Sabariah mengilai suara Kasim Selamat! Berguling-guling di atas katil.

Rupa-rupanya kuasa Allah, tiada siapa yang menduga. Di saat-saat hati tidak lagi faham dengan rentak terkini lagu remaja, di saat-saat telinga sudah tidak lagi tahan mendengar muzik yang berat-berat...

Kuasa Allah memang tidak terduga, Dia menemukan kami dengan penyanyinya.

Jika dahulu, barangkali kami akan jatuh pengsan apabila mendengar penyanyi itu akan datang ke kampung terpinggir kami di Jementah. Hari ini, kami terharu dengan kebesaran serta kasih sayang Allah.

Ya Allah, barangkali sudah tidak lama lagi usia yang dipinjamkan kepadaku..kerana Dikau telah menunaikan apa yang berbisik dalam hati satu persatu.. Sehingga sampai waktu itu... Maka, nikmat Allah yang mana satukah lagi hendak ku dustakan?

4 comments:

  1. hihihi.. membaca catatan ini, saya tertawakan diri sendiri..saya pun begitu dulu...Ada hikmahNya Allah temukan Puan dengan penyanyi pojaan kala usia begini.:))
    Tahniah atas pelancaran buku..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Roza,

    Tahniah atas pelancaran buku.
    Hati ingin turut serta tp apakan daya
    sama tarikh dgn majlis persdingan adik.

    Semoga segalanya success.

    regards,
    ms.legolas@nroha

    ReplyDelete
  3. Aslkm Roza

    Tak sangka ya penangan Mior begitu sekali..agaknya anak2 dara masa tu semua satu kepala suka bagai nak gila!Teringin jugak nak jumpa dia....

    Hadiah dari suami ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikmilah & mamaju;

    ha..ha..ha. Tak senonoh betul perangai budak perempuan tu..

    ReplyDelete