Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, June 12, 2010

Saat bersama

Tidak ada saat yang lebih indah berbanding saat-saat berkumpul bersama adik-beradik. Ketika musim cuti sekolah serentak dengan musim cuti semester. Terasa rumah kecil kami sesak sekali.

Namun, kami bahagia.

Dahulu, kami enam beradik saudara perempuan sering berkumpul dalam sebuah bilik. Apabila Kak Long, saya, Tuti dan Ratna meningkat remaja..An dan Ayu terkeluar dari senarai. Aroninya senang sahaja kerana mereka masih budak sekolah. Sekolah rendah.

Jika mereka meminta alasan kenapa mereka diketepikan, kami menjawab:

"Sebab awak berdua masih belum memakai baju dalam.."

Jika mereka merenggek meminta juga, kami kenakan syarat. Apa dia syaratnya?

"Bawa Razif [satu-satunya adik lelaki..bungsu] ke bilik..kami ada satu projek pelik. Tutup mata dia apabila bawa ke sini."

Biasanya Razif yang tegas tidak akan menerima cadangan kami, dia menolak mentah-mentah jika diminta oleh An dan Ayu. Namun, kerana hendak sangat mereka diterima ke dalam kumpulan remaja..An dan Ayu akan menggunakan pelbagai tektik memujuknya.

Dasar kakak-kakak kaki buli! [psst..sekali-sekala sahaja...he..hee]

Berjaya! Lalu, An dan Ayu memimpin Razif ke bilik dengan ditutup kedua matanya. Kami [saya, Tuti dan Ratna] akan menjalankan "projek pelik" dengan kadar segera. Pantas! Lima minit kemudian, Razif kami lepaskan keluar dari bilik dan dibenarkan membuka matanya. Sebentar kemudian ..kami terkekek-kekek mendengar Razif menjerit, menangis memekik-mekik.

"Aaaaargh! Emakkkkkk! Dia orang pakaikan Azif baju dalammmmm! Uwa...uwa..!"

An dan Ayu pasti jadi mangsa. Terjerit-jerit ketakutan di kejar oleh Razif sekeliling rumah. Kakak-kakak? Seperti biasa.."Satu lagi Projek pelik yang berjaya!"

5 comments:

  1. Salam.

    Tumpang lalu di blog akak.
    Semoga Razif bahagia di jiwa nya dan khidupan nya dengan perencanaan keluarga dan pilihan ini. Moga2 Allah merahmati awk RSR sya.. Selamat Bertunang!!

    Setiap kenangan yg lalu adalah yg terindah... Semoga Allah SWT jua merahmati saya..

    Amin.

    -frz-

    ReplyDelete
  2. Salam,


    Kenangan lalu itulah yang menjadikan seseorang itu menangis..., ketawa...,sedih.., hiba..,beruntungnya semuanya masih ada. Semoga Allah merahmati keluarga Kak Roza.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Kesiannya Razif....jadi mangsa kakak-kakak.
    Apa nak buat....gitulah kalau jadi golongan minoriti.


    Kak wati

    ReplyDelete
  4. salam

    lucu mengenangkan zaman kanak2 dulu..tapi saya yakin ikatan kekeluargaan puan sekeluarga pasti erat..

    oh..entry ini tentang pertunangan razif..tahniah dari saya..
    semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
    Doa restu dari keluarga amat penting untuk kebahagiaan bersama.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Roza..

    Tergelak besar nurul baca entry ni. kisah benar ni?? Nak kena tanye kisah daripada si mangsa ni... ;)

    Tahniah kak Roza... di sebalik penceritaan kak Roza bkn sahaja banyk beri pengajaran.. tp juga bnyak bantu nurul lebih kenali keluarga akak.. dan bantu nurul kenali abg Razif ..

    -Nurul-

    ReplyDelete