Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, August 9, 2010

Mengandung lagi?


Seorang kawan yang sedang cuti belajar [Phd] memberitahu yang dia sedang pening-pening dan mual-mual. Sambil ketawa dia berkata;

"Ya Allah, bertahun-tahun sudah tidak menjaga anak kecil. Saya fikir sudah tutup kedai!"

"Yang terakhir tu sekarang darjah berapa?"

"Darjah? Sudah masuk sekolah menengah! Kenapalah masa ini pulak..mengandung lagi."

Dalam masa yang lain, seorang pelajar luar kampus menghantar e-mail kepada saya. Menurut e-mail yang diterima, dia menghadapi masalah keluarga. Tidak pula saya bertanya. Namun, risik-risik dari rakan sekelas saya mendapat tahu dia baru sahaja lepas pantang bersalin. Beranak rapat. Anak yang sulung masih lagi belum pandai berjalan.

Terkenang diri saya beberapa tahun yang lalu. Saya mengandung lagi semasa sedang belajar secara luar kampus ketika anak ke tiga [Amirul] berumur lima tahun. Rasanya bagaikan langit menghempap ke atas kepala saya apabila mengetahui diri positif mengandung.

Bukan saya sahaja, malah beberapa rakan sekelas dan seusia juga mengalami sindrom yang sama. Namun, kami ibu-ibu yang mengandung masih tetap bersemangat meneruskan perjuangan. Memandangkan keadaan kami begitu, lalu kami lebih kerap mendapatkan pandangan pensyarah. Malah, kami memohon tugasan-tugasan tambahan kalau-kalau ia dapat menampung mana-mana yang kurang.

Benar. Fizikal kami yang lemah, kadang-kadang menghadkan pergerakan dan mengurangkan interaksi/komunikasi dua hala. Kami tidak lagi seaktif sebelum itu.

Pernah terjadi, suami menghantar saya ke fakulti tiga minggu selepas bersalin untuk menduduki ujian [assesment test] ke dua. Seterusnya menduduki peperiksaan akhir seminggu selepas itu. Kami [rakan seangkatan] perlahan-lahan menuju ke meja di dalam dewan besar dengan baju sejuk dan setokin tebal. Mengayakan fesyen ibu di dalam pantang.

Seorang rakan yang lain pula yang sudah cukup masa untuk bersalin, masih gagahkan diri menduduki peperiksaan akhir. Katanya, terasa kepala bayi mencari jalan, sudah terasa sengal-sengal di bahagian pinggang. Seluruh pengawas peperiksaan gempar di dalam dewan. Sementara dia menyudahkan soalan peperiksaan, di luar sana.. suami, bidan dan pegawai ambulan sudah sedia menunggu!

Siap soalan terakhir, beliau mengangkat tangan.. Lalu, berlari-larilah pegawai ambulan ke arahnya!

Gambar ihsan :

http://www.i-am-pregnant.com/Pregnancy/calendar/week/7

8 comments:

  1. HaHaHa!! Kuatnya azam si ibu yang mengandung!!! Anak itu rezeki, bukan ke gitu, kak Roza? :)

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah saya pun gitu,ngandung yg ke3, yg ada baru 1 n 2 thn. haha...bila jumpa coordinator kata ngandung n nak cuti 1 semester terus ngangis...coordinator kata 'it's not the end of the world' n anak itu rezki...saya terdiam n baru tersedar saya patut bersyukur pdNya. Alhamdulillah 3 pointer.

    Aya
    ADIA UITM 1992-95

    ReplyDelete
  3. Sebak pula saya membaca entri ini. Gagah sungguh wanita-wanita ini. Sahabat saya melahirkan anak 3 hari sebelum peperiksaan akhir tahun 2 berlangsung. Hadir juga dia ke dewan peperiksaan untuk menduduki kertas pertama dan kedua, kemudiannya mohon tangguh kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan,namun masih sempat tamat bersama kami semua..subhanallah...

    ReplyDelete
  4. Salam Roza,

    Kalau anak yg kecil dah sek men boleh mengandung lagi, saya nak cubalah jugak sb anak saya yg kecil baru darjah 5. Tp umur dh 46, sesuai ke?

    ReplyDelete
  5. Salam roza..

    Ya saya juga antara ibu yang masuk ke dewan peperiksaan kala baru bersalin 2 minggu ( operation)..heheh indahnya bila dikenang...saya melahirkan 3 anak semasa belajar secara out campus
    Pernah mengandung dalam peperiksaan yg hampir 2 jam terpaksa sediakan sebungkus gula2 untuk mengelakkan rasa lapar...dan yg bongsu ke 4..disahkan mengandung semasa konvokesyen...
    cukup setakat itu..zuriat utk kami..dan kini saya dan suami mula mengejar impian membina bisnes pula..alhamdulillah....

    ReplyDelete
  6. Salam Al Mubarak untuk puan sekeluarga dan para pembaca blog ini. Dilla

    ReplyDelete
  7. SALAM AL-MUBARAK...
    Subhanallah... indahnya mengandung lagi...
    terasa ingin benar menikmati saat-saat begitu...
    - eda

    ReplyDelete
  8. Besarnya pengorbanan seorang ibu ,isteri dan pelajar...Kagum...
    My Blog

    ReplyDelete