Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, November 12, 2009

Pulang

Keesokan harinya apabila terjaga, saya mendapati diri berada di tempat yang asing sekali. Saya berada di beranda atau ruang lapang di hostel yang lain. Terdapat beberapa pelajar siswi yang juga masih terbaring.
"Ya Allah, adakah saya juga tersampuk histeria? Burukkah rupa perangai ketika tidak sedar? Atau tersingkapkah kain sarung saya semasa kejadian?"

Ah! Malu sekali jika dikenangkan. Kata orang, selalunya histeria itu terhasil kerana kemasukan jin atau iblis ke dalam badan mangsa. Betulkah begitu? Tetapi jauh di sudut hati sebenarnya saya paling pasti kejadian histeria semalam lebih menjurus kepada ketidak seimbangan perasaan. Kepenatan, keletihan, perasaan tertekan, di buli dan berbagai perkara lagi yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Betulkah begitu? Tetapi kenapakah saya boleh pitam ketika mulut masih lagi kumat-kamit membaca ayat-ayat quraan.

Saya bingkas bangun dan segera menuju ke pintu hadapan kerana terlihat kelibat beberapa pelajar siswa di dalam bangunan yang sama.
"Ini Hostel lelaki?"

"Ya. Semua pelajar siswi yang terkena histeria kami bawa dan kumpulkan ke sini. Ada ustaz yang pulihkan awak semua malam tadi.."

"Err..ya. Terima kasih. Di mana arah hostel siswi?"

Di dalam keadaan masih pening-pening lalat, saya pulang menuju ke hostel. Keadaan hostel senyap sunyi. Ramai pelajar siswi baring bergelimpangan di ruang hadapan secara berkumpulan. Di dalam tangan masing-masing memegang surah Yaasin dan Al-Quraan.

Saya terus ke bilik. Kosong. Naik ke atas katil dan terus menyambung tidur. Sedar-sedar hari sudah tengahari. Itupun kerana dikejutkan oleh kakak-kakak fasilitator yang membuat pengumuman menggunakan alat pembesar suara.
"Kamu dibenarkankan pulang ke rumah masing-masing. Tiket bas boleh didapati di Dungun. Jika terdapat masalah, sila hubungi pihak HEP"

Tengahari itu semasa ke kafe, saya terserempak dengan Maxxx [bekas ketua kumpulan semasa minggu siswi - click Tawaran biasiswa]. Lalu memintanya membelikan tiket bas untuk balik ke Segamat. Dia bersetuju dengan syarat;
"Syarat apa? Mana boleh tolong orang bersyarat. Itu tandanya tidak ikhlas"

"Alah..saya ada benda nak hadiahkan kepada awak sebelum pulang. Pukul 3.oo petang ini saya akan bawa tiket itu. Jumpa nanti di library"

Tepat pada masanya, Maxxx datang berjumpa saya di foyer library. Baru sahaja saya bersama seorang rakan sebilik ingin beredar, Maxxx berkata;
"Tunggu sekejap. Saya hendak hadiahkan sesuatu..tetapi bukan di sini"

"Kenapa? Di sini sahaja lah.."

"Tidak boleh..di sini orang ramai. Saya tidak mahu semua orang dengar"

"Tidak payahlah bagi hadiah. Kami hendak pulang sekarang. Terima kasih di atas pertolongan.."

"Ok..ok mari kita ke sudut sana. Tempat menyimpan beg di library"

Saya dan rakan sebilik pandang memandang. Di dalam hati penuh debaran dan berbagai persoalan bermain di kepala. Akhirnya kerana sedikit simpati kami menuruti kehendaknya.
"Ok..dengarkan ini baik-baik..."

Hati saya terus berdebar-debar. Degupan jantung semakin kencang. Apakah yang bakal saya dengar sebagai suatu hadiah sebelum pulang? Lalu..
Emmmm..yeaaaaa
Aku terjaga dari tidur
Bagai terdengar suatu suara
yang lembut membisik pada ku
Pulanglah..

Termenung di pagi yang dingin
terkenangkan kampung halaman
terbayang wajah-wajah sayu
ku rindu..

laa..laa

(Nyayian Dato' Shake)

Tiba-tiba Maxxx menarik suara tinggi [naik syeikh barangkali] apabila sampai di tempat korus. Dia sudah tidak mempedulikan orang lain lagi. Orang ramai yang lalu lalang di sekitar library pandang-pandang dan senyum-senyum ke arah kami. Diantaranya adalah abang fasilitator 2 yang melintasi tempat kami yang sedang terpaku berdiri.

Darah menyirap naik ke muka. Malu gila!

"Ya Allah, minta simpang malaikat 44. Janganlah kiranya dia itu menjadi jodoh untuk saya!"

10 comments:

  1. salam puan....
    saya sering membaca cerita2 puan...ia ibarat 1 novel yang tak paus untuk dibaca....kenangan itu sangat indah untuk dikenang...puan update la selalu cerita puan ye....yang baik mungkin boleh diteladani yang buruk mungkin perlu dijauhi.....(^_^)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum shuhada,

    Setiap kejadian ciptaan tuhan yang baik dan buruk ada nikmatnya.

    Yang manis menjadi hempedu apabila ia hilang sekelip mata. Apabila kita terkenang saat kemanisannya. Yang pahit ditempuhi dengan sabar, di redah segala onak berliku akhirnya ia menjadi kenangan paling bahagia.

    Pandanglah ia dengan mata hati. Mudah-mudahan ada iktibar daripadanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan Roza..
    tersenyum kakliza membaca nukilan kali ini..
    kakliza terbayangkan mimik muka Maxxx sedang menyanyikan lagu itu..

    Nampaknya berhasil juga doa diperenggan akhir kisah kali ini..

    kakliza menunggu kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  4. hehe..nasib baik dia tak jadi abang iparku....

    -Na-

    ReplyDelete
  5. Assalamaulaikum

    Agaknya Maxxx tu dah berubah sekarang.
    Biasa lah zaman2 remaja macam tu semuanya
    perangai tiga suku sikit.

    Tak boleh dibayangkan 'Maxxx' terpekik2 menyanyi di depan library...


    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam puan,

    saya rindu betul nak baca cerita2 puan nie...kesibukan mengatasi segalanya....saya baca n3 puan sebelum nie...meremang2 bulu tengkuk saya....mmg menakutkan....& bila baca sambungan cerita seterusnya...membuatkan saya ketawa....hahahha...puan mmg seorg penulis yg bagus...berjawa membuatkan kami terus ternanti2 cerita seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Hanis,

    Saya pun agak sibuk juga sekarang ni. Setiap saat hati membuak-buak untuk menulis..

    Ya Allah, masa yang diperuntukan oleh Allah sama sahaja kepada hambaNya..24 jam setiap seorang.

    Saya masih lagi lalai dan tidak pandai membahagikan masa ni..

    ReplyDelete
  8. Na,

    Na patut sujud syukur dapat abang ipar yang lain......

    MKI

    ReplyDelete
  9. salam...kak roza.ape kabar..semoga sihat2 selalu

    ReplyDelete