Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, June 18, 2011

Leeks

Suatu masa dahulu saya fikir sayur-sayuran hanya sedap untuk dijadikan hidangan sampingan bersama lauk-pauk dan nasi sahaja. Rupa-rupanya ia juga boleh dijadikan hidangan minum petang.

Bagaimana? Ia boleh digoreng dengan mencelupnya dalam telur yang dipukul lalu di salut dengan breadcrumbs.

Setiap kali saya pergi membeli sayur di kedai sayur-sayuran dan buah-buahan, mata saya tertumpu kepada sayur itu. Rupanya seperti daun bawang. Segar dan masih berakar. Ketika di Malaysia, sayur itu banyak terdapat ketika di musim perayaan tahun baru cina.

Leeks - itu nama diberi. Kebanyakan orang-orang barat memanggilnya sebagai "poor man's asparagus." Ia dari jenis tumbahan bebawang.

Apakah masakan yang sedap untuk sayuran itu selain di goreng bersama cauliflower, carrot, kacang peas dan brokoli? Kata Ruth, seorang kenalan dari Scotland,

"Leeks sedap dicampur dalam sos putih [white sauce]. Sos itu digunakan untuk lapisan lagsana dan ikan panggang [baked fish]. Sedap juga di buat sup berkrim."

Saya diam kerana tidak dapat membayangkan bagaimanakah rupanya masakan yang dimaksudkan. Sehingga suatu hari yang tidak di rancang, Ruth menjemput kami datang ke rumahnya di petang hari natal. Bagi menunjukkan kesungguhan, dia datang lagi menjemput kami di rumah.

"Jemputlah ke rumah kami pada petang hari natal. Kami akan hidangkan menu masakan tradisonal bagi orang-orang Inggeris dan Scotland. Kami jamin halal."

Janji Ruth apabila kami menyatakan bahawa kami orang muslim dan menyentuh perihal makanan halal. Bagaimana Ruth mahu menjamin itu makanan halal? Soalan pertama yang ditanya adalah jenis makanan dan kemudiannya bahan-bahan yang digunakan bagi bumbu masakan.

Benar, ketika kami menghadiri majlis makan di petang hari natal bersama seluruh keluarganya, Ruth menghidang sambil menerangkan bahan-bahan yang digunakan dan cara memasaknya.

"Bagi tuan dan puan sekeluarga, kami sediakan baked fish with leeks and white sauce. Prawn cocktail itu kami gunakan thousand island sahaja. Christmas cake dan roasted turkey itu tidak halal."

Setiap kali Ruth menghidang, bahan-bahan dan cara memasaknya di ulang-ulang. Kami suami isteri tidak tahu apakah hukum merayakan perayaan hari natal bersama keluarga Inggeris dan Scottish itu..tetapi apa yang kami tahu adalah ketulusan hati Ruth.

Kami melihat bagaimana dia menghormati kepercayaan kami dan seboleh mungkin menyakinkan bahawa dia boleh dipercayai.



9 comments:

  1. Salam sejahtera Pn Roza,

    Dengan ketentuan Allah negara kita terdiri dari berbilang bangsa dan ugama, sekarang ini telah jelas setakat mana penglibatan kita dalam perayaan ugama lain.
    Tentang pinggang mangkuk tuan rumah pun tidak timbul masalah.

    hzm

    ReplyDelete
  2. Salam puan,
    Saya hanya mengenali daun ini setelah diajar oleh Cef Hussin bagaimana hendak menyediakan sup cendawan (mushroom sup)sendiri. Sekarang ini, saya menyediakannya sendiri di rumah dan mendapat pujian dari anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Salam puan,
    Bila saya bermastautin di Sabah,barulah saya mengenali daun bawang ni.Masakan pertama saya daun bawang ni dicampur dengan daging.Terima kasih di atas perkongsian ilmu masakan dari puan.
    P/S:Saya singgah ke kedah buku PH Book Store di Muar selepas menikmati Mee Bandung pada 11jun.Hanya 3Naskhah buku 50tip motivasi haji sahaja yang tinggal dan saya ambil kesemuanya.TIA tiada di book store tersebut.TCA pun hanya tinggal senaskhah.Sekembalinya ke Senawang saya ke MPH di Giant Senawang,tapi hampa juga kerana tiada buku TIA dan 50 tip motivasi tiada dijual.Tak sempat saya nak ke Popular Seremban cz berkejar dengan masa untuk ke airport.Mudah2an saya akan dapat juga buku TIA dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Hasfazilah,

    Semua masakan dari dapur ibu patut mendapat pujian.

    Buat emma..dah dekat Muar kenapa tidak hubungi kak Roza?

    ReplyDelete
  5. Saya juga suka dgn leeks ini... arwah ayah yg ajarkan..menurut arwah ayah, kawan baik berbangsa China yg ajarkan pd beliau...tapi kami/saya hanya tahu goreng aja, tk pandai la plak nak buat masakan lain...hmmm..

    ReplyDelete
  6. saya pon ske leek..tumis2 jer then campo ngn telo..yummeh

    ReplyDelete
  7. Puan Roza,
    Malu dan gementar untuk menghubungi puan,admire pada puan mengalahkan puan ni artis..Seorang artis pun saya tak minat.Mudah-mudahan kita dapat berjumpa nanti.Dulu bila di plaza tol Tangkak tiada siapa yang dikenang..tapi sekarang terkenangkan puan dan prof,terasa2 macam nak ke Segamat.Hanya iringan doa semoga puan sekeluarga sentiasa sihat,dilindungi dan dirahmati Allah swt sentiasa.

    ReplyDelete
  8. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete