Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, August 22, 2009

Anekdot 2

Sebelum memulakan kelas, saya sering mengingatkan kepada diri sendiri.
"Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

"Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah ini kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayangnya dari kita bayi sehinggalah kita berada di usia ini [samaada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada],

Sedekahkan juga kepada guru-guru yang telah mengajarkan ilmu dari kita tidak tahu membaca sehinggalah kita berada di universiti ini,

Kepada seluruh warga UiTM yang telah banyak membantu kita di sepanjang pengajian,

Kepada kaum muslimin dan muslimat

dan untuk roh diri kita sendiri...Al- Fatihah!

Dan saya memulakan pengajaran. Lalu, di masa yang lain seorang pelajar datang ke bilik saya dengan sayu pilu semata-mata untuk menyatakan :

"Maafkan saya kerana menyangkakan bahawa puan adalah seorang ustazah pada mulanya..hanya kerana melihat cara dan pakaian puan. Ia amat berbeza sekali apabila membaca cerita dari blog puan ketika remaja"

Dengan kasih sayang, saya ceritakan kepadanya:

"Saya telah melalui banyak hentian. Di setiap hentian itu banyak sekali cabaran dan lencongan yang cuba membengkokkan diri dari melalui jalan yang lurus. Namun, apabila saya terleka..Allah kembali mengingatkan diri saya bahawa hentian itu cuma transit sementara. Perjalanan perlu diteruskan.

Di sepanjang hentian, banyak sekali nikmat dan kasih sayang Allah yang saya kecapi. Adakalanya saya ego, angkuh dan membangga diri. Bila jatuh tersungkur saya kembali sedar diri.

Adakalanya saya berjalan, jarang sekali saya berlari. Namun, sebenarnya saya lebih banyak merangkak dan sesekali bertatih-tatih berjalan jatuh. Ketika itulah saya rasakan Allah memimpin di sepanjang perjalanan.

Bertahun-tahun saya merangkak mencari destinasi. Arah tujuan yang tidak keruan. Dalam pencarian itulah saya mengenal diri bahawa saya tidak memiliki diri ini. Nikmat yang dikecapi adalah pinjaman semata-mata. Akan kembali kepada yang menjadikan apabila sampai masanya.

Saya telah berjalan hampir di seluruh pelusuk dunia dengan bergaya. Melihat kebesaran dan keindahan bumi Allah yang Maha berkuasa. Lalu terasa kerdilnya diri ini di sisi-Nya.

Jadi, di suatu sepertiga pagi yang hening saya berbisik kepada-Nya,"Ya Allah! Janganlah ambil nyawaku selagi tidak terhapus dan diampunkan dosa-dosaku. Aku ingin kembali di dalam keadaan fitrahku yang bersih putih. Jemputlah daku ke rumah-Mu ketika ada rezeki kesihatan, rezeki kewangan dan rezeki kelapangan. Jemputlah daku! Jemputlah daku! Jemputlah daku!

Ketika muda sebelum tua,
ketika sihat sebelum sakit,
ketika lapang sebelum sibuk,
ketika senang sebelum susah
ketika hidup sebelum mati..

Lalu, Allah kabulkan permintaan saya.

Banyak perkara yang saya fikir Allah akan membayar secara tunai kepada saya ketika berada di rumah-Nya. namun, Allah tidak begitu. Malah, dia banyak memberi tunjuk ajar, melimpahkan kasih sayang dan menunjukkan kebesaran-Nya yang tidak terucapkan oleh kata-kata.

Ya Allah. Salahkah saya untuk memberikan satu tanda lambang kesyukuran kepada-Nya dengan sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh diri ini selama ini.

Yang paling saya takuti..iaitu memakai pakaian seperti ini"




Pelajar itu berdiri meminta diri untuk pergi. Sebelum beredar dia memeluk saya. Di dalam pelukan itu terasa ada sedu, riak kecil yang berombak-ombak. Di kelopak mata, ada takungan air di dalamnya. Sambil senyum, saya nyatakan kepadanya:

"Saya sudah redha jika nanti satu persatu rakan-rakan saya akan beredar pergi menjauhkan diri. Saya sedar.. banyak implikasi hanya kerana pakaian ini..

Marhaban Ya Ramadhan.

13 comments:

  1. salam ramadhan buat puan & keluarga,

    syahdu baca entry puan pagi ni...terlalu banyak pengajaran & ilmu yang saya perolehi pagi 1 ramadhan ini...

    ReplyDelete
  2. salam.

    bila kita dah biasa dengan pakaian biasa, bila bertukar pakai tudung labuh, berjubah, berstokin.. Bukan satakat rakan-rakan, ahli keluarga sendiri pun akan persoalkan, "kenapa pakai gini? tak panas ke?"

    menduga iman, mencabar kesabaran..lalu bagaimana kak roza jawab jika mereka berkata begitu?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum raha kamal,

    Saya katakan kepada mereka;

    "Ya Allah..selama 44 hari saya di Mekah & Madinah..inilah pakaian saya.Suhu di sana melampaui suhu di Malaysia.Ia mainan minda - jika kita katakan ia panas, maka panasnya akan terasa meruap-ruap.

    Saya ceritakan lagi bagaimana saya melihat sekumpulan wanita berhijab hitam sujud rebah di dataran kaabah di waktu mentari terik mengigit. Mereka kelihatan khusyuk menyerah diri kepada Allah.

    Teringat kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim yang dilemparkan ke dalam api yang marak menyala, tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

    Benar, ketika dahi ini sujud menyembah Allah dihadapan kaabah di waktu mentari tegak di kepala..terasa tiupan dingin menyelinap di seluruh tubuh menyegarkan.

    Berat sebenarnya untuk memakai pakaian ini kerana saya fikir ia disertai dengan tanggungjawab yang besar. Saya perlukan kekuatan dalaman.

    Lalu, saya berdoa :

    "Ya Allah, jika ini pakaianku jadikan ia selesa untuk ku.Melindungi diri ini dari fitnah dunia.Dari bakaran api neraka.

    Cantikkanlah perlakuanku dan amalku sebagaimana cantiknya pakaianku biar buruk kelihatannya di mata mereka. Sesungguhnya daku ingin cantik di sisi-Mu.

    Pandanglah daku,sesungguhnya daku ingin hampir dengan-Mu.Sesungguhnya daku bernekad untuk memakai pakaian ini semata-mata kerana-Mu. Berikanlah kekuatan kepada ku.."

    Di masa-masa yang lain, jika pertanyaan itu berbunyi sinikal, saya hanya senyum lantas meninggalkan mereka..

    Tidak perlukan kata-kata.

    ReplyDelete
  4. salam roza,

    kita selalu menutup aurat dengan sempurna hanya ketika solat.

    tapi kita selalu alpa sepasang kaki kita selalu terdedah ketika luar solat.

    misi

    smoga Allah sentiasa mengingatkan kita. bagaimanakah kaki kita akan melangkah ke syurga sedangkan ia berdosa semasa didunia.

    ReplyDelete
  5. terima kasih roza

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak roza dan kak as jugak atas peringatan itu... sungguh pun nampak kecil tapi amat signifikan.

    ReplyDelete
  7. harap dapat berpakaian spt puan satu hari nanti

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Doa puan Roza dan keluarga dirahmati dan diberkati Allah swt di Ramadhan yang mulia ini.

    Alhamdulillah saya mendapat hidayah berhijrah berpakaian ketika menjadi tetamu Allah.
    Ada suara yang berkata-kata?? Saya abaikan saja...saya doakan mereka diberi hidayah. Prinsip saya biarlah tidak cantik pada pandangan mata manusia tapi sangat cantik pada pandangan Allah. Astaghfirullahala'ziim
    Nur

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Roza,
    Syukur alhamdulillah..

    Tahniah saya ucapkan :)

    Wan.

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Roza,
    Isu pakaian memang penting bagi kaum wanita. Anak saya yang belum baligh pernah bertanya,ketika cuaca semakin panas di bumi England ini, "Kenapa Mama tak pakai stokin? Bukan ke aurat?". Tersentap saya dengan soalan itu kerana memang betul, bila cuaca panas, kita mula lupa anggota aurat. Takkan ketam mengajar anaknya berjalan lurus, ye tak?;)

    Terima kasih kerana berkongsi cerita.

    ReplyDelete
  11. Salam..tuan umah....Slmt bpuasa.kita jln2 jamu mata.....

    ReplyDelete
  12. Salam Pn Roza

    Saya bertanya kepada seorang teman samada baju yang saya pakai ni cantik ke tidak. Jawapannya telah mengubah saya
    "Bagi akak baju yang cantik ialah baju yang yang cantik pada pandangan Allah. Tidak menampakkan bentuk badan dan tudung menutup dada"
    Perubahan bukan senang bagi individu seperti saya, jiwa melaram dan jiwa rockers masih belum hilang walaupun menjejak usia 40an. Saya bertekad memakai baju yang bergaya dan menutup aurat. Alhamdulilah banyak pulak pengikutnya. Saya berjaya mengajak beberapa teman menutup aurat sambil tampil bergaya dan sopan.

    Tapi yang menyakitkan mata sekarang ni banyak betul tudung2 yang tidak menutup dada yang menjadi kegilaan tua muda. Sama-sama kita ingat-mengingati. Maklumlah kadang2 jiwa ni macam lalang, ada juga teringin nak pakai macam dulu2.

    ReplyDelete
  13. Kita hambaNYA.Tunduk dan patuhlah padaNYA. Biarlah kita cantik disisi pandanganNYA. Tatkala bertemu wanita berhijab menutupi seluruh badannya kecuali 2 biji matanya, di dalam hati menyatakan inilah bakal penghuni syurgaMU. Ya ALLAH kuatkanlah iman kami untuk menutup aurat dengan sempurna dan untuk beristiqamah dengannya. Kami takut akan azabMU. Sesungguhnya kekasihMU, muhammad SAW menceritakan bahawa ramainya dari kalangan kami menghuni neraka, jauhkanlah kami dari nya..

    ReplyDelete