"Ciri-ciri orang munafik adalah..apabila bercakap ia bohong, apabila berjanji, ia dusta dan apabila bertengkar ia melampaui batas.."
Agaknya abang Lu'E mengungkapkan perkataan "Boleh" namun, kerana debaran di hati lebih kuat lagi, lalu ia bagaikan tidak kedengaran."Boleh tolong temankan saya ke pasar esok?"
"Boleh"
"Pukul berapa?""Awal..8.00 pagi""Boleh, boleh..terima kasih"
Lalu, saya segera keluar. Banyak urusan yang perlu dilakukan - ke pasar, mengukir sayur dan buah, kemudian mengubah dan menghiasnya pula. Bagaimana jika sayur-sayur yang saya perlukan itu tiada? Atau pasar tutup dengan tiba-tiba? Berbagai fikiran bermain di kepala.
"Ke pasar Kuala Dungun pula, pakcik.."
"Ya Allah. Minta-minta adalah kesemua bahannya"Oleh kerana kami semua diam sahaja, saya merasakan ia suatu perjalanan yang panjang. Diam-diam saya memikirkan perkara yang bukan-bukan. Entah-entah abang Lu'E marah kepada saya kerana meminta pertolongannya. Entah-entah beliau pergi kerana terpaksa dan pergi tanpa pengetahuan teman wanitanya..Entah-entah beliau sudah ada temujanji namun terpaksa membatalkannya kerana telah berjanji ingin membantu saya. Entah-entah....Ah! terlalu banyak entah-entah yang terbitnya daripada perasaan bersalah.
"Kenapa dia diam sahaja? Dengar kata macam hebat sangat orangnya.. kenapa sampai saya di beri amaran untuk tidak mendekatinya"
"Banyak kah barang yang hendak di beli? Adakah ia mengambil masa yang lama?"
"Bagi saya setengah jam, paling lama. Paling cepat dalam masa 15 minit. Boleh?""OK. Kalau begitu..pak cik boleh tunggu?"
Saya pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas sekali. Teringat pesanan abah, MASA ITU EMAS! Abang Lu'E mengikut saya dari belakang. Setiap kali sayur-sayuran penuh di tangan, beliau akan mengambilnya dari saya dan terus di bawa ke teksi. Kemudian, beliau datang kembali mengekori . Wajahnya masih bersahaja dan tenang orangnya. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik di pasar menegur saya;
"Eh! bergaduhnye..nak cepak?"
Tidak sampai setengah jam, segala barang keperluan telah saya perolehi. Kami pulang segera ke hostel tanpa singgah di mana-mana. Sampai di hadapan hostel A2, rakan-rakan serumah segera membantu memunggah masuk barang keperluan.
"Ini duit tambang"
"Tidak mengapa..abang dah bayar"
"Jangan begitu. Tambang juga termasuk di dalam peruntukan"
"Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Saya tidak tahu apakah yang akan terjadi tanpa bantuan abang Lu'E. Lain kali
saya belanja minum kopi.."
"Saya amat terhutang budi pada abang. Terima kasih daun keladi ya bang ..."
"Terima kasih, ye.."